28 May 2014

From Athlone to UK (Episode Pheonix Park)

Dublin memang bandar yang sibuk dan sesak. Jika anda berkunjung ke Dublin dan ingin keluar dari kesibukan bandarnya, saya cadangkan anda ke Pheonix Park. Pheonix Park - Hutan rekreasi di tengah-tengah kesibukan bandar Dublin. Lebih kurang 30% daripada keluasan taman ini dipenuhi dengan pokok-pokok seperti Oak, Ash, Lime, Beech, Sycamore dan Horsechestnut.  Antara keunikan Pheonix park ialah wujud habitat rusa-rusa liar yang jinak di sekeliling taman. Khabarnya kumpulan rusa-rusa ini sudah lama tinggal di kawasan Pheonix Park sejak tahun 1660 lagi apabila dibawa masuk oleh Duke of Ormond.  Selain rusa, pelbagai jenis spesis burung boleh ditemui di sini.

Wellington monument atau dikenali juga sebagai wellington testimonial ialah tiang yang berbentuk piramid yang berketinggian 62 m. Wellington monument ini terletak di kawasan padang rumput yang luas. 

Wellington monument 

Berhampiran dengan Wellington monument, terdapat kawasan rekreasi yang ditanam pelbagai jenis bunga. Antara yang banyak ditanam ialah bunga Tulip.

Bunga Tulip yang berkembang mekar di penghujung musim bunga



Kawasan taman ini cukup luas

Adam dan Ilman bersama aunty yang terbang jauh dari Perlis ;)







Bunga-bunga sudah mula luruh

Zoo Dublin juga terletak dalam kawasan Pheonix Park. Boleh klik di sini untuk baca entri di Zoo Dublin. (KLIK)


No comments:

Post a Comment

Back to Top