15 September 2014

Secebis kenangan: Percutian ke Venice, Italy

Tanggal 21 Ogos 2014 merupakan tarikh paling bermakna buat kami kerana ini kali pertama kami berpeluang melancong ke Italy. Dua bandar yang kami lawati ialah Trieste dan bandar atas air, Venice. Kedua-dua bandar ini memang menarik dan punya keunikannya tersendiri.

Entri kali ini hanya fokus kepada Venice sahaja dan beberapa tips yang ingin kami kongsi untuk mereka yang ingin melancong ke Venice. 


Dari Mestre station, kami menaiki Train ke Venice. Turun sahaja dari train di Venezia station, jalan kaki lebih kurang beberapa minit sampai di laman utama tempat orang duduk-duduk minum, ada juga yang menunggu waterbus, gondola, water taxi dan bot.

Hanya ada dua cara sahaja yang boleh kita pilih untuk bersiar-siar di Venice. Sama ada kita berjalan kaki sahaja menyeberangi jambatan, menyusuri tebing-tebing sungai ataupun cara yang lebih pantas menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan iaitu pengangkutan air. Memang pengangkutan utama di Venice menggunakan sungai.




Pengangkutan air yang paling murah adalah waterbus. Ini mampu dinaiki. Gondola agak mahal. Dan kurang sesuai untuk kami yang ada tiga anak kecil. Dengan satu twin stroller.

Kaunter tiket waterbus.
Padlock memang bersepah digantung di tepi-tepi jambatan. Ada banyak juga yang telah di buang oleh pihak bertanggungjawab di Venice. Alasannya padlock ini beri lebih bebanan pada jambatan-jambatan di sini. Jika difikir logik juga. Kalau satu saja tak membebankan. Tapi bayangkanlah berapa ribu padlock yang orang dah kunci pada penghadang-penghadang di jambatan ni? 

Tanda cinta. Mungkin?

Gondola menunggu pelanggan

Gambar diambil dari atas jambatan Rialto Bridge. Apa istimewa tentang Rialto Bridge? Sekejap lagi sayacerita..




Piazza San Marco: Salah satu tumpuan pelancong di Venice. Boleh bawa beras untuk bagi makan burung merpati yang jinak2 di sini. Awas jangan sampai korang mengganggu ketenteraman awam kerana ada penjaga kawasan yang sentiasa memerhatikan.


Pelik tak.. kenapa dalam banyak2 tempat.. ni yang paling sesak? Inilah kawasan Rialto Bridge. Terdapat barisan kedai-kedai cenderamata yang menjual cenderamata dengan harga RUNTUH! Murah sangat!! Berbanding dengan kedai-kedai di kawasan lain. So simpan duit korang untuk 'beli belah beli belah' kat sini yer!



Memori indah yang sempat kami rakam di Venice.. versi hitam putih lebih romantik!





Beberapa tips untuk melancong di Venice:

1. Pengangkutan:
 
Jika anda dari Marco Polo airport atau dari bandar lain di Italy, anda boleh ambil bas atau train terus ke Mestre. Dari Mestre anda boleh menukar train untuk ke Venice. Ada juga bas yang disediakan di Marco Polo Airport terus ke Venice.




Peta menunjukkan kedudukan Mestre, Marco Polo Airport dan Venice.


Jarak Mestre dan Venice hanyalah lebih kurang 10 minit dengan train. Train untuk masuk ke Venice boleh dikatakan sangat kerap dengan sela masa hanya lebih kurang 15 minit. Tapi pastikan berada di platform yang betul kerana jika tersalah platform, anda terpaksa menunggu train seterusnya. 

Selain daripada menaiki train, boleh juga menaiki bas atau teksi untuk ke venice dengan melalui jambatan. Anda juga boleh menaiki bot cuma harganya lebih mahal. Kalau bas boleh ambil dari stesen yang sama di stesen train di Mestre.

Kaunter tiket layan diri untuk train dari Mestre ke Venice.

Jangan lupa validate tiket sebelum naik train. Surcaj dikenakan jika tidak berbuat demikian.
Sekitar platform di stesen Mestre.


Gondola boleh melalui celah-celah lorong air yang sempit di Venice.
Waterbus. Pengangkutan air paling murah di sini



2. Hotel:

a) Hotel dalam pulau Venice.

Hotel dalam pulau memang agak mahal mungkin kerana lokasinya yang terletak di kawasan tumpuan pelancong. Agak sukar untuk menempah  family room. Lebih banyak bilik single dan double.
b) Hotel di Mestre.

Jika dibandingkan harga, hotel di Mestre lebih murah dan lebih luas. Walau dihitung kos perjalanan dari Mestre ke Venice, rasanya bermalam di Mestre lebih menjimatkan. Cuma perlu untuk berulang alik dengan train dari Mestre ke Pulau. So pilihlah ikut kemampuan dan keselesaan masing-masing.


Ops! Maaf. Terkongsi plak.. Hehehe.. ni gambar toilet hotel. Kalau perasan ada dua mangkuk. Di Italy ni memang trend nya begini. Tak kisah hotel mahal atau murah. Semua macam ni. Ada rahsianya tersendiri. Hahaha..


3. Makan:

Di Italy, soal makan bukan masalah besar. Boleh makan pizza ataupun chips. Pilih menu untuk vegetarian iaitu margarita (Sos tomato, tomato, mozarella), Tonno pizza (ini ialah pizza ikan tuna) ataupun anchovies pizza (kurang sedap kerana ikan bilisnya masin dan gebu.. ala-ala ikan masin di Malaysia). Kalau nak makan seafood, pesan pada waiter jangan letak wine. Menu kebanyakan dalam bahasa Itali.



Aiskrim memang menu wajib. Rugi kalau tak cuba. Pelbagai perasa. Sedap-sedap semuanya..


Sebahagian menu pizza. Yup. Dalam bahasa Italy. Jangan bimbang. Sebut je vegetarian. Mereka kurang fasih berbahasa Inggeris. Tapi certain familiar words memang diorang tahu. 

OK. Tak tahu ini kategori apa. Super duper triple extra large mungkin???

Sedap  pizza kedai ni. Dua kali kami singgah sini


4. Bahasa:

Orang Itali kurang fasih berbahasa Inggeris termasuklah yang bekerja di kedai-kedai makan dan souvenir. Cuma sebilangan kecil sahaja yang boleh berbahasa Inggeris.



5. Keselamatan:

Keselamatan dalam pulau agak memuaskan dengan rondaan polis yang bertugas. Cuma hati-hati dengan golongan yang suka mengambil kesempatan. Orang Italy ni kurang sikit dari segi tourist friendly. Ada orang yang memang nampak macam nak membantu tapi sebenarnya bantuan yang diberi bukan 'percuma'. Pernah berlaku semasa encek Z sedang mengangkut beg besar di train station. Ada orang offer nak tolong kami angkat beg dari tingkat 1 ke tingkat 2 (melalui tangga). Mula-mula aku fikir memang dia ikhlas nak tolong pelancong macam kami ni yang travel dengan anak-anak kecil, tapi bila sampai atas terus dia minta upah. So kami bagi saja duit syiling yang ada. Dalam segenggam sambil buat muka dah tak ada duit lebih untuk mereka. 



Ini ambulance...


6. Cenderahati:

Pelbagai jenis cenderahati boleh beli di sini. Ada yang murah. ada yang mahal. Venice terkenal dengan kaca Murano. Macam-macam yang mereka buat dari kaca murano.



Pendant yang glamour di Venice. Dalamnya kaca murano. Beli ok barang satu dua. Untuk simpanan. 






Banyak gerai-gerai begini di sepanjang lorong darat. Kebanyakan penjualnya dari Bangladesh. Ya, mereka pandai berbahasa melayu. Dan cukup kenal dengan orang Malaysia. Kerana ada antara mereka yang pernah bekerja di Malaysia.


Topeng Venice. Hanya di Venice. Ada satu perayaan yang mereka sambut dan pada hari itu semua orang akan pakai topeng begini.

Kristal. Ada yang original. Ada yang buatan China.





Untuk beli cenderahati yang murah.. boleh ke Rialto bridge. Fridge magnet yang dijual serendah Eur 0.60 sekeping. 
Harga tertera dalam matawang euro

Kawasan Rialto Bridge menjelang hampir malam. Kurang sesak.
Kedai-kedai di sini banyak yang tutup seawal jam 6 petang. Ada beberapa sahaja yang buka sehingga pukul 8 malam lebih.

Musim yang sesuai melancong ke Venice adalah pada musim panas. Kerana siangnya panjang. Dan suhu tidak terlalu sejuk. Pada musim sejuk (winter) malam lebih panjang. Lebih sejuk. Dan ada beberapa kawasan yang ditenggelami air sehingga ke paras buku lali.

Ingin TIPS JIMAT KOS semasa travel? (Klik di sini)

Nak baca entri di Trieste? Boleh klik di sini

Sehingga di sini sahaja ya. Harap dapat menjadi perkongsian yang baik buat semua. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Jumpa lagi!


8 comments:

  1. Salam..

    InsyaAllah, saya akan pergi ke rome nxt mnth. reason yg sama-to attend a conference ;) sambil tu, ingat nak jalan ke venice juga..tp balik hari. any recommendation on nice places to go there?dekat ke tempat2 tu?

    berapa fares naik gondola kat sana?which one is worth-to buy tickets on the spot or beli online?

    thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk ke pulau venice paling murah naik train. Eur 1.20 kalau tak silap dari meastre station.Venice dlm satu pulau. Dalam venice cuma boleh Jalan kaki atau naik gondola/waterbus/water taxi. Harga gondola tak tetap. Ikut jalan gondola lalu. Kalau dekat murah sikit, kalau jauh mahal. Kalau sewa sebuah gondola lebih kurang Eur 100-160. Harga boleh bincang dgn org gondola. Boleh juga share dengan tourist lain. Dapatlah murah sikit. Naik waterbus pun boleh. Eur 6. Tapi bus tak masuk lorong air kecil celah bangunan. water taxi eur 15. Kami beli on the spot. Kalau nak naik waterbus/water taxi seeloknya sampai pulau venice awal pagi sbb beratur panjang juga nak beli tiket. Tiket waterbus boleh pakai whole day. Boleh lah turun setiap station. Simpan duit beli fridge magnet/ souvenir kt rialto bridge. Boleh juga ambil bot ke murano island. Kut nak tgk org buat murano glass.
      selamat bercuti!

      Delete
  2. Nice info... haritu kami pergi ke Milan - Florence - Rom jer... ada rezeki kami akan ke Venice pulak... Insya Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq! Menarik juga ke sana ya. kami belum ada rezeki lagi ke sana..

      Delete
  3. good info... kalau jalan2 venice 3 hari 2 malam cukup ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq! 3 hari 2 malam memang terbaik! Mcm-mcm tempat boleh pergi tu.. jangan lupa ke Murano Island kalau ada banyak masa begitu..

      Delete
  4. di mana hotel/ tmpt stay yg elok and murah? ade suggestion x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. pemilihan hotel bergantung kepada beberapa faktor antaranya bilangan orang dan pengangkutan yang digunakan. secara amnya hotel di dalam 'pulau' venice amat terhad, bilik yag kecil dan lebih mahal berbanding hotel di kawasan 'tanah besar' iaitu Mestre. Info train (Mestre - Venice) sudah ditulis dalam post di atas. Tempahan dan perincian boleh dilihat melalui laman tempahan seperti www.booking.com, www.agoda.com dan www.trivago.com. terima kasih.

      Delete

Back to Top