26 October 2014

Musim panas di Trieste, Italy


Trieste merupakan bandar di utara Italy bersempadan dengan negara Slovenia, tidak jauh dari Croatia dan Austria. Trieste kurang mendapat tempat di hati pelancong jika dibandingkan dengan Venice, Rom dan Milan. Kenapa ya? Mungkin juga kerana Trieste adalah bandar paling hampir dengan Venice. Maka keindahan Trieste dikaburi oleh populariti Venice.




Bandar Trieste jauh lebih besar dari Venice. Kurang sesak dengan pelancong. Bandarnya lebih tenang dan ada bukit bukau yang menambah seri pemandangan.

Di Trieste kami menginap di Savoia Excelsior Palace. Harganya sangat mahal. Namun di sebabkan encek Z ada tugas di sini kami terpaksa menginap juga di sini. Ada pelbagai pilihan hotel dan B&B murah jika anda ingin berkunjung ke Trieste.


Kami tiba di Trieste sudah lewat petang. Malam itu kami keluar bersiar-siar melawat sekitar bandar Trieste sambil mencari restoran. Oleh kerana hanya berjalan kaki, kami hanya berjalan sekitar beberapa kilometer sahaja dari hotel. 

Acquario Marino. Bangunan ni mirip bangunan mahkamah lama Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka.

Buaya. Yup! Memang diakui orang Itali berbakat dalam bidang masakan. 

Rossopomodoro restaurant. Agak tergeliat menyebutnya. Untuk harga eropah, makanan yang dihidang di sini standard price.

Pada sebelah siangnya, kami berjalan kaki lagi untuk melihat suasana bandar dan merakam beberapa keping gambar untuk kenangan.

Piazza Unita d'Italia. Piazza membawa maksud 'square'. Memang ramai yang duduk-duduk lepak menanti matahari terbenam.

Teatro Romano terletak di via Mazzini. Merupakan runtuhan panggung lama yang boleh memuatkan 6000 orang penonton. Wah! macam pelopor majalah pulak aku :D





Orang-orang Itali ada yang tahu berbahasa Inggeris. Ada yang memang tak tahu langsung. Ada yang tahu basic word sahaja. Anda perlu google dulu tempat-tempat yang nak dilawati untuk lebih mudah.

Eropah memang banyak kawasan pejalan kaki begini

Bila  tengok semula gambar ni.. bulu roma naik seketika! Ok. Tiada unsur-unsur metafizik di sini. Cuma, kami diekori lelaki berkaca mata hitam. Ala-ala spy gitu... Mungkin dia ada niat tak baik dekat kami. Mujurlah encik suami jenis yang alert. Kami pun berlakon macam-macam lah nak elak dari terus diekori. So, kalau korang nak melancong sendiri di negara luar.. kena ingat. Mata mesti ligat tengok orang. Selain ligat tengok baju, beg, kasut, kek.. errr..


Canal Grande bahagian tengah


Pemandangan canal Grande di waktu petang. Nanti korang compare dengan gambar di waktu malam. Siap kerlipan neon!

Inilah kereta polis Itali. Polizia.







Melayan hembusan bayu laut di Molo Audace... dunia seakan tiada penghujung.. cewahhh!




Hari makin gelap...

Lampu neon memang aset penting penambah seri malam. 

Pemandangan Piazza Unita d'Italia pada waktu malam.

Cantikkan?





Kalau kamu terhibur sila letak sumbangan ye...







Sea food. Dinner suami.. katanya sedap. 

Kabin kelas satu. Untuk lebih selesa. Maklumlah Sarah baru 7 bulan. 

On the way to Trieste-Venice. Kami naik train. Nak bagi Adam dan Ilman merasa naik train di Itali.

ok. Ni sedap. nak kata aiskrim bukan aiskrim. Habis tu nak kata apa? Yang ni belum jumpa di Malaysia. So sengaja kami beli nak rasa. Euro 4 secawan. Mula-mula beli nak bagi hilang dahaga. At last jadi penambah dahaga. Kah kah kah...

Ni yang kami bekalkan buat Adam dan Ilman. On the way to Venice. Euro 3.50. Coklat celup Nutella dengan air lemon tea. Aku jumpa RM 12 kedai online jual di Malaysia. 

Ciao!

read more "

1 October 2014

Adam, Thomas and friends.

Adam dan mainan baru..



read more "
Back to Top