4 February 2015

Mengintai Oxford City di petang hari...

Ehem.. ehem.. akhirnya sampai juga di sini. Oxford University. Terasa bahang-bahang api perjuangannya. Seronok juga kalau dapat mendaftar masuk belajar di sini kan?

Besar sungguh kawasan Oxford University ini. Kampus dalam satu bandar. Memang kami tak pusing habis. Sengaja kami selit masuk untuk 'rasa' aura universiti terkemuka di dunia. Bangunan lama yang bersejarah masih kekal hingga kini. 

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam dalam kesuntukan masa.





Ini satu seni. Bukan saja-saja 'parking' ok? Hehehe...











Jiwa seakan-akan terpanggil melalui kawasan ini. Nampak tak? Oh.. Fizik memang sebati dalam darah dagingku. Dulu, kini dan...





Kami singgah di Stoke on Trent selepas itu. Tengok-tengok pinggan mangkuk. Nanti ku selongkar-selongkar hard disk cari koleksi gambar-gambar stoke on trent ok. Sabar...
read more "

Stena line ke Ireland

Percutian eropah kami hampir dipenghujung hari. Perjalanan diteruskan menuju ke Cainryan. Dari sini kami menaiki feri pulang ke Ireland. Panorama cukup indah menemani kami disepanjang perjalanan.



Bunga Rapeseed. Diguna untuk membuat minyak masak. 

Kuch kuch hota hai...



Untuk adik iparku Atirah.. "Berlari bekejaran.. " Tolong sambung lirik ini!


Semakin menghampiri jeti. Pelabuhan. Erm.. apa ayat sesuai ye?

Stena Line. Inilah feri yang aku maksudkan. Ya, cukup besar. Selesa. 

Pemandangan dari atas feri

Jika bosan berada dalam feri, boleh ambil angin di luar.

Salah satu ruangan rehat dalam feri



Antara aktiviti sepanjang perjalanan kami Scotland-Ireland

E-aquarium. Menarik bukan?

Teruja menyentuh ikan-ikan maya. Haha..

Satu euro untuk satu permainan.



Best juga naik feri. Cuma mengambil masa lebih lama jika dibanding dengan menaiki kapal terbang. Pada siapa yang mabuk laut, memang akan rasa pening juga. So sila standby dengan air bikarbonat oren. Huhuhu..



read more "

3 February 2015

Musim bunga di Belvedere Park

Entri kali ini berkongsi cerita sekitar musim bunga 2014. Kami bersiar-siar di Belvedere Park. Suhu sejuk sederhana lingkungan 15 darjah celcius. 
Beberapa ekor keldai mencuri tumpuan kami setibanya di sini. Kali pertama melihat keldai secara 'live'..hehe


Biri-biri yang keletihan...

Peta kawasan sekitar. Luas juga kawasannya. Kami tak teroka semua. 

Korang agak-agaklah.. apakah objek di bawah jam ni? Aku rasa macam tanduk rusa. Macam pernah tengok kan?

Ilman cukup kagum melihat bola air tu. Lama juga dia tercegat di situ.  Anak oh anak..

Satu-satunya cafe yang ada di sini. Tak ramai pengunjung ketika ini. Pintu kaca yang terletak di hujung sekali tu merupakan pintu laluan ke taman.

Ini yang berlaku kalau ada anak kecil. Curiosity kill the cat!

Keluar dari pintu kaca tadi, jalan sikit menuruni bukit, akan jumpa hutan kecil ni. Ini antara hutan kecil yang terdapat di Belvedere. Yang buat kami tertarik adalah pada bunga-bunga kecil yang menutup bumi. Tampak kebiruan saja.

Kawasan hutan yang cantik

Ada juga tapak untuk berkhelah. Ada disediakan tempat untuk barbeque. Tapi kami hanya bawa bekal yang siap dimasak di rumah. Nasi putih. Gulai lemak kuning udang. Dan sambal petai udang! Nyummmm... mana yang lebih indah selain dari bekal dari rumah?? Cewahhh...

Inilah pemandangan luar Belvedere House.

Menenangkan fikiran setelah bertungkus lumus di dapur pagi tadi.. hehehe

Denai ini membawa masuk ke dalam kawasan hutan kecil bunga biru tadi.

Antara aktiviti yang digemari Adam dan Ilman. Main buih sabun...

Belvedere Park merupakan kawasan hutan yang cantik. Anda hanya akan temui flora dan fauna yang semulajadi hidup di sini. Kawasannya tenang. Sunyi. 




Seperti perumpamaan pohon tidak berdaun...



Rumah burung yang aku rasa unik..







Perasan tak rumah burung tu?

Lagi rumah burung

Dan lagi...
Kalau nak pelihara burung secara alami, tak perlu kurung dalam sangkar.. aku cadangkan cara yang paling bijak adalah dengan menyediakan rumah-rumah burung. Yup, memang akan ada burung datang singgah. Encek Z pernah bercadang nak buat satu rumah burung di laman belakang rumah kami. Mungkin di pokok epal. Mungkin di kawasan belakang tangki. Aku pun kurang pasti. Nanti bila encek Z siap projek rumah burung tu, aku update ok?

Pondok buaian yang banyak terdapat di sekitar kawasan hutan




Runtuhan castle lama

Yang tinggal cuma dinding sekeping.. mungkin  ada cerita di sebaliknya..





read more "
Back to Top