4 February 2015

Stena line ke Ireland

Percutian eropah kami hampir dipenghujung hari. Perjalanan diteruskan menuju ke Cainryan. Dari sini kami menaiki feri pulang ke Ireland. Panorama cukup indah menemani kami disepanjang perjalanan.



Bunga Rapeseed. Diguna untuk membuat minyak masak. 

Kuch kuch hota hai...



Untuk adik iparku Atirah.. "Berlari bekejaran.. " Tolong sambung lirik ini!


Semakin menghampiri jeti. Pelabuhan. Erm.. apa ayat sesuai ye?

Stena Line. Inilah feri yang aku maksudkan. Ya, cukup besar. Selesa. 

Pemandangan dari atas feri

Jika bosan berada dalam feri, boleh ambil angin di luar.

Salah satu ruangan rehat dalam feri



Antara aktiviti sepanjang perjalanan kami Scotland-Ireland

E-aquarium. Menarik bukan?

Teruja menyentuh ikan-ikan maya. Haha..

Satu euro untuk satu permainan.



Best juga naik feri. Cuma mengambil masa lebih lama jika dibanding dengan menaiki kapal terbang. Pada siapa yang mabuk laut, memang akan rasa pening juga. So sila standby dengan air bikarbonat oren. Huhuhu..



No comments:

Post a Comment

Back to Top