26 April 2015

Atomium


Kali pertama melihat gambar Atomium di web, tidak terlintas di fikiran yang bangunannya begitu besar dan tinggi sehinggalah dapat melihat di depan mata sendiri. Memang tinggi. Bukannya arca. Tetapi bangunan. Boleh saya katakan bangunan yang berbentuk model atom. Ha.. unikkan? Sewaktu kami tiba di sini, hujan mula turun renyai-renyai. Disebabkan kami beli combination ticket (Atomium + Mini Europe), jadi kami ke Atomium dahulu sementara menunggu hujan reda. Kalau ke Mini Europe alamatnya basah kuyuplah nanti. Mini Europe kawasannya terbuka. Bukan di dalam bangunan.


Bergambar di kawasan parking Atomium
Ketinggian Atomium adalah 102 meter . Atomium merupakan model sel unit yang dibesarkan 165 billion kali pembesaran.


Berehat sebentar.. 

Tangga sebagai penghubung dan digunakan untuk bergerak dari satu atom ke atom yang lain.


Memang tinggi. Gayat tau!

Dalam tiub panjang inilah tempat ada tangga tu.. 





Memang beratur panjang. Mujur kami sampai awal.. 

adam dan Ilman memeriksa tiket masing-masing



Maskot Atomium

Dari dalam lif bergerak ke tingkat paling atas

Pemandangan dari atas Atomium


Nak guna ni kena masuk Eur 1








Solar panel atas bumbung..








Antara bahan pameran dalam Atomium.. lebih kepada sejarah penubuhan Atomium, teknologi zaman dahulu ( tahun 50an hingga 90an), produk dan senibina yang menggunakan teknologi era baru dan gambar-gambar  yang dirakam sekitar Atomium.






















Muka cuak Adam! Tangganya tinggi-tinggi belaka. Adam sampai dah tak boleh tahan rasa gayat..

Photo dirakam oleh pelancong dari Indonesia yang menetap di German..  


Berada dalam Atomium seperti berada dalam Petrosains KLCC. Pelbagai pameran yang berkaitan dengan teknologi dahulu dan teknologi terbaru dipamerkan di ruang pameran. Jika anda ke Brussels, belilah tiket untuk masuk ke dalam Atomium. Walaupun mahal tapi sekurang-kurangnya anda dapat merasa berada dalam model atom gergasi terbesar di dunia! Pengalaman lebih penting. 

Ingin tips melancong dengan anak-anak kecil? Boleh baca di sini. (Klik)


No comments:

Post a Comment

Back to Top