13 April 2015

Lokasi pengambaran cerita bersiri Merlin: Château de Pierrefonds

Ingat lagi pada Guinevere? Hamba yang diangkat menjadi permaisuri? Ya, saya bercerita tentang antara watak utama dalam cerita bersiri Merlin. Mood Merlin tiba-tiba datang sebaik sahaja buka laptop untuk tulis entri tentang Château de Pierrefonds. Jadi maafkanlah ya kalau entri ini lebih kepada cerita berbanding sejarah! Sekali sekala layan filem pun ok juga kan? Jangan marah ya..

Château de Pierrefonds - Château maknanya castle dalam bahasa Perancis. Memang cantik castle ini yang dibina pada kurun ke 12 ini. Apa yang buat saya tertarik sangat dengan castle ini ialah kerana ianya lokasi utama pengambaran cerita bersiri Merlin. Memang tak pernah terlepas episod demi episod. Bayangkan peminat tegar cerita Korea beralih arah ke cerita orang putih! Hahaha. 

Tiba di Pierrefonds lebih kurang pukul 4.40 petang. Bimbang juga kalau pintu castle dah tutup. Sebab waktu lawatan sehingga pukul 5.30 petang sahaja. Buat peminat cerita bersiri Merlin, anda patut tahu dan datang melawat castle ini. Hehehe. Baru rasa umpama 'masuk dalam cerita'. Nak 'fefeeling' jadi Guinevere? Jom!


Gerimis petang menyambut kedatangan kami ;p
Pekan Pierrefonds merapakan sebuah pekan kecil yang lengang. Memang rasa sangat 'luar negara' bila berada di sini. Jarang ada pelancong Malaysia berkunjung ke sini. Mungkin juga sebab daya tarikan Paris lebih kuat berbanding Pierrefonds.  

Sampai sahaja di tempat parking, dah boleh nampak castle cantik gah di atas bukit. 

Cantik kan? Sampai sahaja di kawasan parkir gerimis mula reda. 

Tiket masuk ke castle Pierrefond adalah Eur 7.50 bagi dewasa. Kanak-kanak pula masuk percuma. Lebih murah dari Athlone castle yang berhampiran dengan kawasan kediaman kami tu. Sayang juga tempat cantik begini kurang kunjungan. Patutlah lokasi pengambaran cerita Merlin itu di sini. Kerana kawasan ini lebih tenang. Castle juga besar. 


Pintu masuk istana. Mula-mula kita perlu melalui pintu ini sebelum masuk ke kawasan istana.
Pintu masuk memang banyak. Lepas satu.. satu. Memang kawalan keselamatan castle ini gred A! Mesti susah kan pihak musuh nak masuk. 

Ini pondok pengawal zaman dulu-dulu

Istana yang gah

Aku ingat lagi ada beberapa scene dalam cerita Merlin yang mana Merlin lari turun dari istana menuruni bukit dan masuk ke dalam hutan. Dia ada lalu kawasan ini. Haha.. obses kan aku?

Dari jauh ada lagi istana... Kami tidak ke sana.

Dahulu mungkin laluan utama kereta kuda. Ini baru perkarangan bawah. Masih jauh lagi untuk ke istana. Lebih kurang 10 minit jalan kaki. 


Adat semua castle dalam dunia ini dibina di atas bukit. Iyalah, pusat pentadbiran. Lagipun atas bukit kedudukannya strategik. Boleh nampak serata alam.


Pemandangan pekan Pierrefond dari atas bukit istana. 



Kagum dengan teknologi zaman dahulu. 


Tapak ini digunakan sebagai kedai menjual tiket dan cenderamata. Bangunan ini terletak di bawah istana. Sebelum pintu masuk yang kedua. Agak-agak zaman dulu bangunan ini fungsinya apa ya?




Baru sahaja melepasi pintu masuk kedua. Di belakang adalah pintu masuk yang ketiga.


Ini pintu masuk yang keempat. Jambatan yang boleh ditarik dan diturunkan. Dalam cerita Merlin sering sahaja ada adegan pintu masuk istana ini dibuka dan ditutup. Kuda yang ditunggang Arthur dan Merlin banyak kali melalui pintu ini. Zaman pemerintahan raja dulu-dulu ini merupakan pintu pertahanan terakhir. Jika musuh dapat melaluinya, keselamatan istana mungkin 50-50.
Sesi wajib sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke lapangan utama.

Lapangan utama. Fungsi zaman dahulu tidak dinyatakan. Tapi dalam adegan Merlin, ahli sihir akan dihukum bunuh di kawasan ini oleh King Uther. 


Siapa ingat dewan ini? Upacara pertabalan King Arthur. Dan juga Guinevere sebagai permaisuri. Majlis makan malam juga diadakan di sini. Aku rasa fungsi dewan ini pada zaman dahulu mungkin sedikit sebanyak ditayangkan dalam cerita Merlin.





Patung kuda ni memang legend. Cuba check balik cerita Merlin, mesti nampak patung ni. Setiap episod ada.


Ini pintu masuk kelima. Pintu ini terletak 50 meter dari pintu masuk keempat tadi.

Bayangkan betapa kreatifnya mereka.



Tangga berbentuk spiral. Semua tangga dalam istana ini berbentu spiral kecuali tangga utama.





Ingat lagi adegan istana camelot diserang? Sir Lancelot,Arthur, Merlin dan ramai lagi berlakon berlari-lari disini..









Ini tangga utama. Kalau dalam Merlin, tangga ini dilapik dengan carpet merah dan hanya dilalui oleh Arthur, King Uther, Merlin, Guinevere dan Morgana. Dan dijaga rapi oleh pengawal di kiri kanan.

Ingat lagi scene Morgana mengintai dari jendela ini. 







Tangga utama Arthur turun sebelum menunggang kuda.





Barangan sejarah. Yang diguna zaman pemerintahan dulu.






Ini telaga Guinevere ambil air sambil melihat keadaan sekeliling. Hehehe. Seronoknya datang sini! Sempat berangan sekejap. Maaflah ye..

Perhatikan bentuk istana atas tiang. Unik. 



Inilah rupa pintu keempat tadi. nampak tak ada roda sebelah kiri dan kanan. Ada rantai besi yang diguna untuk membuka dan menutup pintu.

Kalau pintu ditutup, jambatan diangkat. Maka adalah mustahil bagi musuh untuk masuk ke dalam. Tinggi woo!



Pintu masuk ketiga. Gambar ditangkap dari bahagian dalam istana.

Kawasan lapang antara pintu masuk ketiga dan keempat.

Kami orang terakhir yang meninggalkan istana. Sebaik sahaja kami keluar, pintu ditutup.


Kawasan ini tinggi sangat. Ada adegan Morgana membunuh seorang pengawal dan menolak pengawal itu dari atas tembok ini.






Baru awal April. Daun pokok belum tumbuh lagi. Tunggu awal Mei.  Baru lebat merimbun. Barulah nampak macam hutan tebal.





Senyum simpul je lepas melawat. Puas hati dapat tengok lokasi pengambaraan cerita yang cukup saya minat. Hehe. Jemputlah tengok cerita tu ya. Best. Cuma ending cerita buat saya tak puas hati. Ini kalau di India orang kata boleh bakar panggung! Orang kata lah..

Terima kasih berkunjung ke blog saya. Nak baca Tips melancong ke Eropah? Sesuai sangat bagi mereka yang pertama kali nak ke eropah. Jom baca di sini! (Klik)


No comments:

Post a Comment

Back to Top