12 April 2015

"Eiffel Tower.. kami datang!"



Eiffel tower terletak di Champ de Mars, Paris. Ketinggian 324 m lebih kurang bersamaan ketinggian bangunan 81 tingkat. Mula dibina sekitar Disember 1887. Gambar-gambar di bawah adalah sewaktu pembinaan Eiffel Tower yang menjadi mercu tanda kota Paris sehingga kini.



Kami tiba di kawasan rekreasi menara ini pada waktu petang. Sekitar pukul 5 petang. Kami cari parking berhampiran dengan kawasan taman supaya tidak letih nak menapak jauh. 


Inilah kereta sewa kami. Renault Captur. 
Kawasan parkir berbayar. Tapi sehingga pukul 8 malam sahaja. Lepas tu free! Hanya 5 minit jalan kaki ke Eiffel tower. Eur 6 untuk 2 jam.

Disebalik rimbunan pohon. Suasana awal musim bunga. Pokok-pokok masih tidak berdaun. 



Special pose for Sarahsoffiya.blogspot !

Kalau bertiga bukan selfie kan? 

Adam dan Ilman macam biasa lah. Aksi peluk memeluk mereka ;)

Berjalan menyeberangi jambatan ini untuk ke seberang. Saja nak tengok view dari seberang sana.

Untuk ke kawasan ini, kami perlu berjalan lebih kurang 10 minit. Dari sini boleh nampak pemandangan menara dari jauh. 


Eiffel.. You and Me ;) wink!







Cuba perhati betul-betul gambar ni.. ada ukiran nama..

Tingkat satu menara


Centre view..





Paris river cruise..

Inilah jambatan yang kami seberang tadi..



Boleh juga naik beca untuk tour kawasan ini. Tapi kami berlima.. so jalan lebih mudah.. :)



























Siang..

Selepas beberapa saat...


Selang beberapa jam.. lampu berkelip-kelip dari menara. Cantik!


Pemandangan malam di Eiffel Tower. Sekitar pukul 8 malam.








Sarah pun dah mengantuk.. jom kita balik!
Video Adam, Ilman dengan Sarah.. enjoy main kejar-kejar

Video di bawah sewaktu persembahan lampu.. ala-ala KLCC


Kalau berkesempatan ke Paris.. aku cadangkan waktu yang sesuai untuk jalan-jalan di kawasan Eiffel tower adalah pada waktu petang. Sebab boleh terus tunggu sampai malam. Di sekitar kawasan Eiffel tower ada saja gerai-gerai menjual cenderamata. Harganya pun lebih murah berbanding dengan kedai cenderamata di kawasan lain. Ada juga penjual jalanan yang akan offer harga lebih murah. Tapi aku nasihatkan lebih baik jangan beli dari mereka. Sebab ada yang tak jujur. Bila dah pegang barang yang kita nak beli dia tukar harga lain. Tadi cakap Eur 1. Dah ambil dia suruh tambah lagi Eur 1. so berhati-hatilah ye..  

Untuk anda yang nak pergi melancong ke kota Paris, boleh jengah-jengah entri kami. Ada beberapa lagi tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong dan kami kongsi dalam entri berikutnya.




2 comments:

  1. Seronoknya kalo dpt marriage proposal kt Eiffel Tower! =D =b

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhnye lahai.. kat depan athlone castle pun ok farah.. =D

      Delete

Back to Top