19 April 2015

Jalan-jalan di Amsterdam

Apa yang anda bayangkan jika saya sebut 'Amsterdam'? Pasti ada yang terbayang terusan air yang cantik jernih. Betul tak? Kami berkunjung ke Amsterdam pada musim bunga. Tujuan asal untuk ke Keukenhof - Taman Tulip terbesar di dunia katanya. Selain itu, teringin juga nak naik bot di sini. Di Amsterdam, kami tidak punya itinerari yang spesifik. Lebih kepada jalan-jalan melihat bandar dan menyusuri terusan / canal dengan menaiki bot.

Untuk sampai ke Amsterdam central, kami naik bot dari Rijksmuseum. Berhenti di Amsterdam central west. Amsterdam - bandar yang dikelilingi canal. Rugi jika sudah sampai di Amsterdam tetapi tidak cipta pengalaman menyusuri canal di sini.

Berlatarbelakang bot yang kami naik untuk ke Amsterdam central
Sungguh ramai pelancong yang berkunjung ke Amsterdam. Suasana di Amsterdam sangat sibuk seperti di KL. Anda akan terserempak dengan ramai pelancong luar di sini.

Magic show. Anda perlu berhati-hati dengan crowd yang begitu ramai di sini. Banyak kes penyeluk saku.

Selain dari tram dan bot, anda juga boleh berbasikal atau berjalan kaki di bandar Amsterdam. Memang ramai yang hanya berjalan kaki sahaja.


Madame Tussaud Amsterdam



Amsterdam - bandar yang sangat maju. Tetapi masih mengekal dan memelihara bangunan-bangunan lamanya. Bangunan-bangunan di sini semuanya besar-besar dan tinggi. Warna bangunan lebih kurang sama sahaja iaitu perang.


Ramai kan pejalan kaki?




Kawasan ini mengingatkan aku di Piazza San Marco, Venice :)

Jika di darat penuh sesak dengan orang ramai yang berjalan kaki dan menaiki basikal, di terusan pula penuh dengan bot-bot penumpang dan ada juga milik persendirian.

Cantik tak terusan di Amsterdam?











Sebagai memenuhi kehendak Ilman yang teringin nak naik Tram, kami pun beli tiket ke Rijksmuseum. Sebab kereta parking di sana. Tiket ke Rijksmuseum Eur 2.90 untuk dewasa. Kanak-kanak cuma Adam sahaja. Eur 2.50.

Tempat tunggu train..

Muka puas hati dapat naik Tram ;p

Comel saja dia bawa baby naik basikal..

Memang menjadi amalan di Amsterdam sama ada berbasikal atau berjalan kaki. Tidak hairanlah merata-rata anda akan jumpa tempat parking basikal. Tempat parking kereta pun tak banyak macam ini. Hahah. Boleh tengok entri canal tour saya. Ada gambar tempat parking basikal yang bertingkat-tingkat. Klik di sini. 

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Selamat melancong!



No comments:

Post a Comment

Back to Top