17 April 2015

Menyambut senja di Marken

See the beauty everywhere.. because BEAUTY IS EVERYWHERE..

Marken merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di sebuah pulau berhampiran dengan Volendam. Apa yang menarik, penduduk tempatan di sini masih mengekalkan cara hidup tradisi mereka untuk tujuan komersial. Pada mulanya memang kami tak rancang nak pergi ke Marken, sebab sudah letih seharian berjalan. Tapi bila tengok jam baru pukul 5.00 petang, matahari terbenam pula lebih kurang pukul 8.15 malam, jadi terus ubah niat ke Marken. Untuk ke Marken boleh naik feri dari Volendam. Ada juga jalan darat. Jadi boleh juga naik bas ataupun drive sendiri. Jauhnya 40 minit dari Volendam.

Memang rezeki kami. Sampai sahaja di Marken, kami terus ke kedai cenderamata. Tak sangka pula ada kilang membuat terompah (clog) di sini. Dapatlah kami tengok demonstrasi membuat terompah. Biasanya kalau ada rombongan baru penjual tunjuk cara membuat terompah. Kalau setakat 5,6 orang, jalan-jalan sajalah dalam kedai.

Nak buat terompah ni nampak macam senang. Kena rendam dulu kayu sampai kembang. Lepas tu guna mesin untuk membentuk terompah. Macam mesin kunci. Sebelah kiri terompah keras yang dah siap, sebelah kanan pula kayu yang baru nak ditebuk. 

Penerangan yang mantap! Inilah mesin membuat terompak. Nampak tak ada acuan terompah yang dah siap? Nanti besi tu yang akan ukir bentuk terompah baru ikut bentuk acuan terompah.

Bila masuk saja di kedai ni, terus rasa nak beli satu terompah buat kenangan.

Clog / terompah yang siap dibentuk bergantungan di syiling kedai. - Proses pengeringan


Orang yang membuat terompah ini memang bagus. Dia sangat pandai entertain pelancong dengan gaya yang bersahaja tapi ada sense of humor. Respect lah pada orang macam dia ni.


Jenis-jenis terompah. Berbeza bentuk. Setiap region (negeri dalam Netherlands) ada bentuk terompah yang tersendiri.

Pameran terompah pelbagai bentuk dan corak



Tarian tradisi. Menari sambil membunyikan kasut. 



Di luar kedai ini terdapat sebatang tiang tinggi yang digantung penuh dengan terompah.

Tiang terompah!

Haha.. kreatif kan?

Seronok kan kalau kita dibayar untuk baikpulih dan mencantikkan rumah sendiri? Rumah-rumah di sini memang cantik-cantik dan rekabentuknya masih mengekalkan ciri-ciri tradisi. Penduduk tempatan di sini diberi elaun untuk menjaga rumah masing-masing semata-mata sebagai daya tarikan pelancong. Cuba bayangkan perkampungan nelayan di Kuala Kedah mendapat kelebihan yang sama? Mesti Kuala Kedah pun boleh jadi salah satu negeri tumpuan pelancong sama seperti Marken. Kalau nak diikutkan, Marken ni tak ada apa-apa pun melainkan sebuah pulau penempatan nelayan.

Inilah rumah para nelayan. Mungkin di sini ada yang masih kerja nelayan. Mungkin juga ada yang dah berhijarah. Tapi rumah mereka tetap dijaga rapi. Sebab kawasan ini umpama muzium. Untuk tatapan umum.




Di luar rumah juga dihias cantik. 



Tak pernah jumpa kampung secantik dan sebersih ini!

Kawasan perkampungan ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari ilham untuk menulis. Tulis novel ke, sajak ke.. tulis blog pun boleh. Jejak saja kaki ke sini, segala bait-bait kata yang indah-indah tu datang menerpa. Kalau duduk sebulan di Marken ni, agaknya boleh siap satu novel! Hahaha..




Aduh.. sedih sangat tau. Belum sempat matahari nak terbenam, kamera habis bateri. Huwaaaaa!!! Tak dapat nak tangkap gambar pemandangan kampung nelayan dikala matahari terbenam. Jadi ini saja yang dapat saya kongsi tentang Marken. Oh, ya. Tiket masuk dewasa Eur 0.55 seorang. Parking kereta Eur 4. Memang seronok jalan-jalan di Marken. Kawasannya sangat tenang. Sunyi. Boleh layan hembusan bayu petang-petang. Singgahlah ke Marken ya jika anda berkunjung ke Netherlands. Memang terbaik! 

Nak layan lagi bayu petang? Jom terjah entri Volendam




No comments:

Post a Comment

Back to Top