25 January 2016

Out of Order - Jom jalan London!

Dalam perjalanan dari kota London ke Stonehenge, kami singgah bergambar di David Mach Sculpture yang terletak di Kingston Upon Thames. Tujuan kami ke sini semata-mata untuk mencari pondok telofon yang menjadi trademark England sekian lamanya. Tetapi kami tidak mahu versi yang biasa-biasa.. Kalau yang biasa memang banyak terdapat di sekitar England.. Hahaha.. Apa yang aku maksudkan dengan 'bukan versi biasa-biasa'?

Sebelum tiba di David Mach Sculpture, kami perlu berjalan kaki lebih kurang 10 minit dari tapak parking. Sebagai pununjuk arah kami guna Google Maps.

Cantik marble mural di bawah. Aku memang pencinta street art yang tegar. 








 Inilah pondok telefon bukan versi biasa-biasa yang aku maksudkan tadi. This is out of order version!










 Memang tiada aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini selain daripada... POSING!



Kami boleh tahu tentang kewujudan tempat ini setelah melihatnya dalam satu klip video lagu hindustan.
















Melayan perut yang sudah lapar, kami singgah beli lamb rib di sini. Aku memang suka lamb rib yang dijual di sekitar UK. Memang sedap. Rib yang dicelup tepung, digoreng kemudian dicelup dalam sos BBQ. Memang terbaik! Eh! Cuba tau kalau you all datang UK. Pergi saja mana-mana restoran halal. Insyaallah ada.

Harganya bolehlah. Tidaklah mahal. Empat ketul rib harganya £4++.  Beserta french fries.

Inilah kedai yang kami singgah untuk lunch! Berdekatan sahaja dengan sculpture tadi.











Jom baca cerita kami jalan-jalan lawat stadium sekitar UK. Klik di sini



No comments:

Post a Comment

Back to Top