13 January 2016

Tips Shopping di UK


 CHESHIRE OAKS DESIGNER OUTLET

Tempat shopping yang paling best di UK adalah di Chesire Oak Outlet Village yang terletak di Chesire, Liverpool. Di sini terdapat pelbagai jenama popular yang di minati dan harganya mampu milik. Masa yang paling sesuai untuk shopping pula adalah pada boxing Day iaitu setiap 26 Disember setiap tahun.












Sudah sedia maklum harga barang-barang yang dijual di outlet selalunya lebih murah daripada harga runcit yang di jual di retail shop. Pada waktu Boxing Day, diskaun diberi sehingga 80% daripada harga yang sudah sedia murah. Sehingga jam tangan Fossil yang bernilai £135 dijual pada harga £35 sahaja!



Di Chesire Oak Village, selalunya tempat tumpuan para shopaholic di NEXT Outlet yang menjual pakaian kanak-kanak, pakaian lelaki dan wanita serta barang dapur dan hiasan di rumah dengan harga serendah £1! (Bukan maksud saya semua barang dijual pada harga £1 tetapi ada beberapa barang yang dijual pada harga tersebut. Yang lain diskaun 10-70%). Anda perlu datang lebih awal untuk 'sesi berebut'. (Tak adalah sampai tolak menolak..) Awal pagi yang saya maksudkan di sini adalah pada pukul 6.00 pagi. NEXT sudah buka seawal itu. Manakala outlet lain mula beroperasi pada pukul 8 pagi. Hujung tahun di Eropah merupakan musim sejuk. Waktu ini subuh masuk pada pukul 6.30 pagi dan matahari terbit pada pukul 8.30 pagi. Inilah yang dinamakan shopping sebelum Subuh.. 




Di sini terdapat Outlet Adidas, GAP, Skechers, Micheal Kors, dan beratus jenama lagi. 

TIPS: Anda boleh tidur di hotel murah (Travelodge Hotel) berhampiran dengan Chesire Oak Village. Hanya beberapa minit jalan kaki dari hotel! Tidak perlu gusar tentang parking. 

Nota: Free parking. Namun susah untuk dapat parking kosong jika anda datang pukul 10 pagi!
...................................................................................................................................................................

BICESTER VILLAGE


Bagi yang meminati High End Brand anda boleh ke Bicester Village yang terletak di Oxfordshire berhampiran dengan London. Di sini Prada, Longchamp, Gucci dan pelbagai lagi jenama anda boleh temui. Selain daripada jenama-jenama mahal terdapat juga jenama mampu milik seperti Cath Kidston, Kipling, Swatch dan lain-lain lagi. Bicester Village kurang diminati oleh orang Malaysia. Hanya sebilangan kecil sahaja yang suka shopping di sini. Selain daripada jenamanya mahal, Bicester Village lebih kecil dan tidak banyak sangat kedai berbanding dengan Chesire Oak. Ramai juga yang datang hanya cuci-cuci mata sahaja ataupun untuk ke Cathkidston Outlet kerana di Chesire Oak Village tidak ada Cathkidston Outlet. 






Nota: Free parking
Waktu paling best untuk shopping: 26 Disember. 
...................................................................................................................................................................

LONDON DESIGNER OUTLET


London Designer Outlet terletak di Wembley Park, London bersebelahan dengan Stadium Wembley. Bayaran Parking dikenakan di sini. Tetapi anda boleh claim for free parking jika berbelanja lebih £30 di outlet. Masa perjalanan dengan menaiki kereta ke London Designer Outlet dari London City selama 45 minit sahaja. Boleh juga menggunakan pengangkutan awam. Di sini juga terdapat NEXT outlet (NEXT outlet berbeza dengan NEXT Home. NEXT outlet lebih murah berbanding NEXT Home). Ada Skechers, NB, Guess, H&M, GAP, Clark dan pelbagai lagi. London Designer outlet sesuai untuk shopaholic yang berada di London dan tidak mahu membazir duit dan masa untuk ke Chesire Oak yang sejauh 4 jam dari London city.








Nota: Pay parking. Free jika berbelanja £30 dan lebih. 
Waktu paling best untuk shopping: 26 Disember kerana banyak barang dan harga murah. Kalau pergi 27 disember dan ke atas tak banyak barang murah yang tinggal.

...................................................................................................................................................................


HARRODS


Harrods merupakan gedung membeli belah jenama mewah yang terbesar di London. Terletak di Brompton Road. Mudah di akses hanya menaiki tube sahaja. Hanya 3 minit jalan kaki stesen Knightsbridge. Jenama mewah seperti Omega, Prada, LV, Versace, Burberry dan macam-macam lagi.Ada satu ruangan kegemaran para shopaholic di sini iaitu bahagian Harrods Gift Shop. Naik lift tekan butang untuk ke Harrods Gift/Souvenier shop. Di sini dijual pelbagai barangan yang berjenama HARRODS seperti beg tangan, barangan cenderahati dan T-shirt. 









Nota: Parking sukar. Nasihat saya supaya gunakan tube (underground train) sahaja. 
Waktu paling best untuk shopping: 26 Disember sehingga 17 Januari. Waktu operasi 10 pagi sehingga 6 petang. 


Perlu tips naik kapal terbang dengan anak-anak kecil? (Klik di sini)

Tips melancong ke eropah untuk mereka yang pertama kali ke eropah (Klik di sini)

No comments:

Post a Comment

Back to Top