19 February 2016

Jom Jalan LONDON!

Rasa kekwat sangat tau bila sebut LONDON! Hahaha.. Ini kali kedua kami sampai London. So jalan-jalan sajalah pusing kota London.. Percutian di London kali ini pada musim sejuk. Matahari terbenam pada pukul 4.15 petang dan terbit sekitar pukul 8.30 pagi. 

Lebih kurang pukul 10 pagi kami menaiki Tube dari Beckton. Memang best bermalam di Beckton. Train station cuma beberapa minit jalan kaki dari hotel. Boleh baca di sini hotel-hotel murah tempat kami bermalam sepanjang berada di London. 


Beckton station. Sangat dekat dengan hotel.
                           
Kiri: Oyster card (encek Z - sebab dia kerap ke London urusan rasmi so dia beli satu Oyster card. Topup saja bila di perlukan)
Kanan: One day card.. untuk siapa-siapa yang nak tour London satu hari sahaja.. 
  

Day 1

1) Buckingham Palace:  

Kami ke sini untuk melihat upacara rasmi pertukaran waktu bertugas Pengawal istana. 

Dari St. James' Park Tube Station ada panduan untuk jalan kaki ke Buckingham Palace

Adam dan background 'Adam & Eve'


Semakin menghampiri destinasi tujuan














2) St. James Park : Memandangkan ia berada berhampiran Buckingham Palace dan kami perlu melintasi kawasan taman untuk ke Victoria Tube Station (Station paling dekat dengan Buckingham Palace), secara tidak langsung kami perlu ke sini. Hehehe.. tapi tak tawaf satu taman lah!














2) Makan ayam goreng - Chicken Cottage:

Destinasi kami seterusnya ke Chicken Cottage di Paddington station. Ada banyak cawangan Chicken Cottage. Jadi kami pilih yang terletak berhampiran dengan Paddington station. Tujuan?? Sebab nak tengok Paddington Station- kan ada dalam cerita Paddington Bear.. Alah, bear yang boleh cakap tu.. 





Ayam gorengnya tidak berapa sedap. Kawan yang cadangkan ke sini sebenarnya. Entah, mungkin tidak kena dengan selera kami. Oleh kerana tidak memenuhi standard piawaian hati, tak jadi nak kongsi lokasi lengkap kedai ini. Hehehe.. 

Inilah rupa ayam di Chicken Cottage, Paddington. Tidak berapa gemar rasa ayamnya. 

3) Shopping souvenir

Kami singgah ke Bayswater untuk solat dan membeli souvenir. Tak beli banyak pun. Untuk jiran yang rapat dengan kami. Memang kawasan Bayswater tempat untuk beli souvenir. Ada kedai yang murah. Ada yang mahal. Kena survey juga harga. Tapi tak banyak beza pun. Dalam £1 - £4. Kalau ada masa boleh banding-banding harga.



Merata England kalau pergi mesti jumpa phonebooth ini. Tak mengapa esok kami nak pergi ambil gambar di kawasan phonebooth yang 'bukan biasa-biasa' tau!

Singgah solat di masjid yang terletak di Queensway iaitu kawasan kedai-kedai di Bayswater. Nak cari masjid ini senang sahaja. Sama ada nak tanya pekedai yang beragama islam ataupun jalan sahaja sampai jumpa kawasan market yang bertulis ' Queensway market'. Hah.. masuklah dalam bangunan itu. 


ini alamat masjid tersebut...


4) Harrods: 

Memang nak tengok sangat-sangat Harrods ni. Orang kata syurga barang berjenama. Ada Prada. Longchamp. Burberry. Jam Omega. Pertama kali tengok jam berharga £20,000. Eh. Siapa yang pakai agaknya ya?

Memang besar bangunan Harrods ni dan agak mahal barang-barang yang dijual. Susah nak ambil gambar dalam Harrods kecuali di kawasan ini - Harrods Giftshop.



Di ruangan Harrods gift shop ini memang sesak. Semua barang yang dijual berjenama Harrods. Beg tangan berharga £40 ke atas. Ada dijual Shopping bag. Wallet. Key chain. 








5) Christmas Market: 

Christmas Market terletak di kawasan Hyde Park. Orang memang terlalu ramai. Fikir banyak kali juga nak bersesak dalam ni. Memandangkan dah sampai. Masuk percuma. Kami masuk saja lah. Jalan-jalan cuci mata.







Churros dijual dengan harga £5 sebekas. 


Jika nak bermain permainan yang disediakan perlu beli token. Kami tak main pun. Hanya jalan-jalan saja.











6) Primark

Memang niat di hati nak singgah di Primark. Namun kami terlewat. Primark ni merupakan shopping mall bagi mereka yang suka baju-baju berharga £1, £2, £3.... up to £50. Memang harga berpatutan. Tanya saja rakan-rakan yang pernah ke London, masing-masing akan singgah di sini. Kalau nak beli baju panas pun murah. Harga sekitar £15-£40. Kalau ada sales lagi lah murah. Baju kanak-kanak pelbagai fesyen. Semuanya cantik-cantik. Harga bawah £10.  Jika di Ireland, shopping mall yang menjual pakaian dan barang-barang berjenama Primark ialah Penneys. Penneys terletak 10 minit jalan kaki dari rumah kami. Jadi tidaklah kempunan nak masuk Primark. Primark beroperasi sehingga pukul 6 petang.






Day 2

Hari kedua perancangan asal untuk bergambar di perkarangan stadium Wembley. Maklumlah travel buddy peminat sukan bola sepak.

Menghampiri stadium yang dimaksudkan tiba-tiba ternampak sign 'Designer Outlet'. Mata bersinar sebaik ternampak sign tu. Hati yang biasa-biasa sahaja perasaannya tadi tiba-tiba melonjak gembira. Hahaha.. Makanya...



Kami singgahlah barang dua tiga jam di sini!!


Antara kedai yang kami masuk...




Sekitar kawasan dalam outlet.





Inilah Wembley Stadium!! ambil gambar dari outlet saja boleh nampak... 




Ok kita masuk outlet Skechers dulu cari kasut...



Hasilnya...

Inlah kawasan parking untuk Wembley stadium dan London designer outlet. Pay parking tau. Tapi kalau membeli atas £30.. dapat free!! 

Hari itu memang agak kelam kabut sikit sebab encek Z ada janji dengan kawannya untuk pergi menonton perlawanan bola sepak. Arsenal melawan.... entah.. lupa lah uols... Sudahnya tak sempat juga nak beli tiket dekat orang-orang yang jual di luar stadium. So tak dapatlah masuk untuk tengok bola.. Kasihan dia...













Piccadilly circus...






Day 3

Hari yang cerah dan ceria!! Alhamdulillah...  Inilah hotel tempat kami bermalam yang terletak di Beckton.


Sebelum ke destinasi seterusnya , kami singgah di ASDA dulu beli makanan untuk bekal dalam perjalanan.
Sedap soft cookies ni uols...

Hari ketiga kami teruskan perjalanan jauh ke selatan kota London untuk pergi ke Out of order phone booth David Mach sculpture. Boleh klik di sini untuk baca entri jalan-jalan kami di Kingston Upon Thames.

Babai!!


Kali pertama ke London kami sempat singgah di Tower bridge, Big Ben dan beberapa tempat lain. Boleh klik di sini untuk membaca entri tersebut.



read more "
Back to Top