18 March 2016

Hotel murah London/UK - Trip bersama keluarga

Anda berada di entri yang betul untuk mencari hotel murah di UK! Di sini ada beberapa perkara yang kami titikberatkan dalam pemilihan hotel di United Kingdom:

1) Harga hotel - harga hotel sebenarnya lebih murah jika anda tempah dari laman web rasmi hotel berbanding dengan menempah dari ejen hotel. (sila tempah awal)

2) Kemudahan Parking - kalau boleh yang percuma! Tak sanggup rasanya nak bayar parking yang kadang-kadang harganya separuh dari harga bilik hotel!

3) Boleh masuk 5 orang (kerana rata-rata hotel hanya untuk 4 orang sahaja) - 2 dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 bayi (Tips: di ruangan tempahan pilih 2 adults, 2 kids dan tanda di bahagian 'cot' untuk bayi.)

Di UK hanya ada dua rangkaian hotel yang menepati citarasa kami iaitu rangkaian Hotel Primier Inn dan juga rangkaian Hotel Travelodge. Harga yang ditawarkan amat murah berbanding dengan hotel-hotel lain. Namun saya nasihatkan agar menempah lebih awal kerana harga hotel sentiasa berubah. Ada rangkain hotel Primier Inn yang tidak menyediakan kemudahan parking percuma. Jadi anda perlu periksa kemudahan hotel yang disediakan terlebih dahulu sebelum membuat tempahan. 

Selain daripada dua rangkaian hotel ini, terdapat juga rangkaian hotel budget yang lain antaranya Campanile Hotel. Kami pernah menginap sekali sahaja di rangkaian hotel Campanile walaupun harga yang ditawarkannya berpatutan. Ini kerana kami perlu menyewa dua bilik untuk 2 dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 bayi. Berbeza dengan Primier Inn dan Travelodge yang membenarkan kami tidur lima orang sebilik (lebih jimat!).

HOTEL PRIMIER INN




Manchester:

Sewaktu di Manchester kami menginap di Premier Inn Salford Quay. Memang terbaik! Panorama indah bersebelahan dengan sungai. Harga yang kami dapat £35 semalam(tanpa sarapan pagi) untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Kemudahan parking percuma. Sila tempah awal untuk harga murah. 

Kami juga pernah menginap di Primier Inn Old Trafford. Harganya juga £35 semalam (tanpa sarapan pagi). Kemudahan parking percuma. Betul-betul berdekatan dengan Stadium Old Trafford. Bagi peminat bola sepak yang ingin menonton perlawanan di stadium Old Trafford dicadangkan untuk tidur di sini kerana hanya jalan kaki sahaja ke stadium. 


London:

Banyak cawangan Primier Inn di London tetapi jika ke London kami hanya akan menginap di Premier Inn Beckton. Harga hotel ini berubah mengikut hari-hari tertentu. Namun harganya sekitar £35 hingga £60 sahaja semalam. Kami pilih Primier Inn Beckton kerana bersebelahan dengan stesen Beckton. Hanya lima minit jalan kaki ke stesen. Mudah untuk ke London City. 


Norwich:


Primier Inn norwich Broadlands Park terletak berdekatan dengan stadium Norwich. Kemudahan parking percuma di sediakan. Pemandangan di sekitar kawasan hotel ini sungguh indah. Sewaktu menginap di sini kami membayar £35/malam. 


Bristol:

Ada beberapa rangkaian hotel Primier Inn dan juga Travelodge di Bristol. Target kami mencari yang paling murah! Jadi kami bermalam di Primier Inn Bristol South. £35/malam. Parking percuma disediakan.


Swansea:

Sewaktu di Swansea kami menginap di Travelodge Hotel Swansea M4 kerana harga yang ditawarkan £35/malam. Ada juga hotel Primier Inn di sini tetapi kebetulan hari yang ingin kami tempah harga yang ditawarkan £45. Jadi kami memilih untuk bermalam di Travelodge. Parking percuma disediakan untuk tetamu hotel. Hotel ini terletak di kawasan R&R M4. Bangunan hotel berkongsi dengan bangunan kedai.


Edinburgh:

Di Edinburgh kami menginap di Travelodge Hotel - Dreghorn Link Edinburgh. Sudah pasti kerana harganya £35/malam. Kemudahan parking percuma disediakan.


Belfast:

Primier Inn Carrickfergus Belfast terletak berhampiran laut. Kemudahan parking percuma disediakan. Sewaktu menginap di sini kami perlu membayar £35/malam.


Jika dibandingkan Hotel Primier Inn dengan Hotel Travelodge, saya lebih suka Hotel Primier Inn kerana hiasan biliknya yang cantik dan katil yang selesa seperti hotel yang menawarkan harga lebih mahal. Kemudahan WiFi yang disediakan percuma tanpa had. Berbanding Hotel Travelodge yang menyediakan kemudahan WiFi percuma hanya selama 30 minit.

Perlu Tips Shopping di UK? (Klik di sini)


read more "

17 March 2016

St. Patrick Day, Athlone

Sekitar sambutan St. Patrick Day di Athlone, Ireland pada 17 Mac 2016. St. Patrick Day merupakan hari kebangsaan yang di sambut secara besar-besaran di Ireland dan juga di beberapa negara lain di seluruh dunia.  Warna tema sambutan perayaan ini ialah hijau. Mungkin juga sempena daun Shamrock yang menjadi lambang kebangsaan Ireland.

St. Patrick parade

Kebetulan perarakan diadakan berhampiran dengan rumah kami, jadi kami keluar jalan-jalan petang sambil melihat suasana sambutan. Sambutan di Athlone tidak semeriah di Dublin.


Ilman bergambar di tangga sekolah sempena sambutan St. Patrick di sekolahnya


Perarakan persatuan/kelab/pertubuhan dan pasukan keselamatan Athlone


Irish dengan pelbagai ragam mereka


Hampir 5 km juga mereka berjalan..



Pentas yang dihias pun simple sahaja. Tidak ada gerai jualan makanan atau minuman. Mereka yang hadir singgah di cafe dan bar yang terletak di tepi-tepi jalan.



Ingin baca kisah-kisah kembara kami di Ireland? Klik link di bawah

- Pengalaman pertama kami salji turun lebat di Ireland

- Musim luruh di Ireland



read more "

15 March 2016

Carrick-a-rede: Rope Bridge

Carrick-a-Rede Rope Bridge terletak di kawasan pinggir pantai bahagian utara county Antrim di Northern Ireland. Berasal dari bahasa Scottish Gaelic 'Carraig-a-Rade' yang bermaksud 'The Rock In The Road'. Jambatan gantung ini dibina atas tapak asal jambatan yang dibina pada tahun 1755 oleh nelayan-nelayan Salmon di lautan Atlantik. Ia menghubungkan tanah besar dan sebuah pulau kecil yang berhampiran. Khabarnya jambatan ini dibina bertujuan untuk memudahkan para nelayan ke pulau tanpa perlu menaiki bot.

Pembinaan semula jambatan gantung ini bertujuan untuk mengembalikan tapak warisan nelayan Salmon yang kini telah berusia lebih 400 tahun.




Untuk menyeberangi jambatan ini, bayaran dikenakan seperti dalam gambar. Tidak perlu bayar jika anda tidak mahu menyeberangi jambatan.


Pemandangan indah menjamu mata di sepanjang jalan. Tidak letih berjalan kerana bayu yang bertiup cukup dingin.



 Sarah baru berumur 4 bulan ketika ini














Anda perlu berjalan menuruni bukit melalui anak tangga yang disediakan sehingga tiba di hujung tebing. Di pintu ini, ada penjaga yang akan meminta tiket bukti bayaran.


Jambatannya agak kukuh. Penghadang jambatan dibina separas pinggang. Sesekali terasa berbuai apabila sampai di tengah-tengah jambatan.














Walaupun Nothern Ireland terletak di bawah jajahan UK, namun ia berada di tanah besar bersempadan dengan Republik Ireland. Anda perlu menaiki kapal terbang ataupun feri jika datang dari UK. 

Banyak lagi tempat-tempat menarik di Ireland antaranya yang kami pernah kunjungi adalah:

1) Giant Causeway di county Antrim
2) Cliff of Moher di Galway
3) Old Head  di Cork

Jumpa lagi next entry!!


read more "

8 March 2016

Athlone Lock - Damai di River Shannon


River Shannon merupakan sungai yang terpanjang di Ireland. Sungai sepanjang 360.5 km ini memisahkan kawasan barat Ireland dari kawasan timur dan selatan Ireland. Shannon river adalah nadi utama perhubungan suatu masa dulu dan pernah dipetakan oleh Ptolemy. Sungai yang mengalir dari Shannon Pot yang terletak di county Cavan ini berakhir di lautan Atlantic. 

Gambar-gambar yang dirakam ini sekitar kawasan Shannon river yang terletak di Athlone county Westmeath.


Musim sejuk (winter) air sungai penuh sehingga menutupi tebing yang di bina merentasi sungai











Sebuah Lock dibina untuk membantu bot dan kapal kecil untuk berhenti berehat. Lock berfungsi sebagai 'lif' untuk menangkat bot atau kapal kecil ke bahagian sungai yang lebih tinggi.


Bot sedang menunggu air penuh di dalam takungan Lock untuk pergi ke bahagian atas sungai.

Empangan kecil dibina untuk mengawal paras air sungai. Pada musim sejuk, isipadu air sungai meningkat sehingga membanjiri kawasan yang berhampiran. Manakala pada musim panas sungai ini menjadi cetek . 



Tenangnya melihat aliran air sungai. Mengajar diri mensyukuri nikmat kurniaan Allah yang tidak pernah kering walau setitis. Damainya River Shannon ... moga keindahanmu terus terpelihara.


Ingin baca kisah kembara kami di bumi Ireland? Boleh klik link di bawah.


- Pengalaman pertama kami salji turun lebat di Ireland

- Musim luruh di Ireland

read more "

2 March 2016

Seharian di Manchester


Kami tiba di Manchester pada malam Krismas. Terpaksa ambil feri pada 24 Disember kerana feri tidak beroperasi pada 25 Disember. Nak pergi Cheshire Outlet punya pasal.. Sebab Boxing Day pada 26 Dis. Jadi sewaktu mereka meraikan Krismas, kami bersiar-siar di bandar Manchester. Sunyi sepi. Seperti Jalan Tunku Abdul Rahman KL ketika sambutan hari raya!

Semua kedai, restoran dan shopping mall tutup. Jalan raya lengang. Boleh ambil gambar sambil baring kalau nak.. hahaha

Kami jalan kaki sahaja pusing-pusing bandar. Free parking kerana cuti umum. 


MANCHESTER UNITED STADIUM




Antara posing popular yang orang selalu buat bila datang ke sini.. hehehe

Albert Square terletak ditengah-tengah bandar Manchester. Tempat tumpuan orang ramai kerana selalu diadakan pelbagai acara tahunan seperti Christmas market. Khabarnya Christmas Market di sini yang paling menarik di eropah. Sewaktu kami tiba di sini, kawasannya kosong sahaja. Cuma ada beberapa ekor burung berterbangan dari pohon ke pohon.


ALBERT SQUARE





SEKITAR MANCHESTER CITY




Kemudian kami singgah ke Etihad stadium. Bergambar buat kali kedua. Ini kali kedua kami datang ke sini.

ETIHAD STADIUM




Pada malamnya, kami jalan-jalan sekitar Media City. Di sini tempat berpusatnya stesen TV di UK.



PANORAMA MALAM DI MEDIA CITY UK




Salford Quays


Kawasan yang paling sibuk pada waktu siang - Media city UK


Itu sahaja bagi mengisi kekosongan jadual kami pada 25 Dis. Memang tiada aktiviti yang boleh dilakukan pada hari tersebut memandangkan cuti umum. Tak mengapalah, esok kita pujuk hati di Cheshire Outlet.. Hehehe...

Babai!

Ingin baca cerita kami melawat stadium-stadium di UK sewaktu pertama kali kami ke UK? (Klik di sini)

read more "

Menziarah Waterford.. Ibu Kota Kristal

Waterford merupakan bandar tertua di Ireland. Menurut sejarah, bandar ini dijumpai oleh orang-orang Viking pada tahun 914. Aktiviti yang boleh dilakukan jika anda datang ke Waterford antaranya ialah water surfing di Tramore, melawat Madieval Museum yang menyimpan khazanah tinggalan purba di Waterford dan berjalan kaki di sekitar bandarnya untuk melihat monumen tinggalan sejarah seperti Reginald's tower dan clock tower.


Bergambar sementara menunggu rakan-rakan yang lain untuk jalan-jalan di Waterford city

Inilah Tramore. Terkenal dengan aktiviti sukan air.


Clock Tower yang terletak di Waterford's Quay di percayai dibina sekitar tahun 1881 atas arahan Mayor Thomas Meagher. Kini menara jam ini merupakan landmark utama di Waterford. 

Itulah Clock Tower!

Kami parking kereta di waterford's Quay dan berjalan kaki sahaja pusing-pusing sekitar bandar.




Sekitar bandar Waterford




Kapal Viking


Inilah kawasan Viking House. Hanya tinggal Reginald's tower ini sahaja yang dibina oleh Reginald sekitar tahun 1003. Berketinggian 16 meter. Asalnya hanya menggunakan kayu tetapi telah dibina semula dengan menggunakan batu. Sepanjang hayatnya, Reginald's tower pernah berfungsi sebagai istana raja, pernah menjadi penjara, pernah diguna untuk menyimpan senjata dan rumah kepada Chief Constable of Waterford. Menurut sejarahnya orang-orang Viking banyak yang meninggal sekitar umur 40 tahun. Orang-orang Viking dipercayai amat mahir seni pertukangan antaranya membuat barang kemas, ukiran pada batu, tulang, logam, perabot kayu, kapal dan alatan muzik. Semua artifak yang dijumpai ada disimpan di Madieval Museum. 










Selesai melayan sejarah yang tinggal bolehlah terus ke Waterford Crystal. Waterford crystal merupakan kristal yang popular di Ireland.

Waterford Crystal mula beroperasi sekitar tahun 1783 merupakan pengeluar utama kristal sehingga kini.

Mahal-mahal harga kristal yang dijual. Halus buatannya, kemas dan cantik. Kristal lebih kukuh berbanding kaca yang mudah pecah.

Jika kita lihat dari luaran, tidak banyak beza antara kristal dan kaca. Lazimnya kristal hanya diminati oleh penggemar kristal sahaja. Mungkin kerana harganya yang mahal tidak ramai yang mampu memiliki koleksi kristal ini.

Mujur aku tidak dilahirkan sebagai penggemar koleksi kristal.. 







Tengok harganya.. tapi kalau dah minat apa salahnya kan? Hehehe


Sebenarnya ada pelbagai lagi tempat-tempat menarik di Waterford cuma kami tidak berkesempatan ke sana. Jadi ini sahaja yang dapat dikongsi. Jumpa lagi di entri yang lain!


Ingin tips melancong di eropah? Boleh baca di entri ini. (sila klik)


read more "
Back to Top