15 March 2016

Carrick-a-rede: Rope Bridge

Carrick-a-Rede Rope Bridge terletak di kawasan pinggir pantai bahagian utara county Antrim di Northern Ireland. Berasal dari bahasa Scottish Gaelic 'Carraig-a-Rade' yang bermaksud 'The Rock In The Road'. Jambatan gantung ini dibina atas tapak asal jambatan yang dibina pada tahun 1755 oleh nelayan-nelayan Salmon di lautan Atlantik. Ia menghubungkan tanah besar dan sebuah pulau kecil yang berhampiran. Khabarnya jambatan ini dibina bertujuan untuk memudahkan para nelayan ke pulau tanpa perlu menaiki bot.

Pembinaan semula jambatan gantung ini bertujuan untuk mengembalikan tapak warisan nelayan Salmon yang kini telah berusia lebih 400 tahun.




Untuk menyeberangi jambatan ini, bayaran dikenakan seperti dalam gambar. Tidak perlu bayar jika anda tidak mahu menyeberangi jambatan.


Pemandangan indah menjamu mata di sepanjang jalan. Tidak letih berjalan kerana bayu yang bertiup cukup dingin.



 Sarah baru berumur 4 bulan ketika ini














Anda perlu berjalan menuruni bukit melalui anak tangga yang disediakan sehingga tiba di hujung tebing. Di pintu ini, ada penjaga yang akan meminta tiket bukti bayaran.


Jambatannya agak kukuh. Penghadang jambatan dibina separas pinggang. Sesekali terasa berbuai apabila sampai di tengah-tengah jambatan.














Walaupun Nothern Ireland terletak di bawah jajahan UK, namun ia berada di tanah besar bersempadan dengan Republik Ireland. Anda perlu menaiki kapal terbang ataupun feri jika datang dari UK. 

Banyak lagi tempat-tempat menarik di Ireland antaranya yang kami pernah kunjungi adalah:

1) Giant Causeway di county Antrim
2) Cliff of Moher di Galway
3) Old Head  di Cork

Jumpa lagi next entry!!


No comments:

Post a Comment

Back to Top