2 March 2016

Menziarah Waterford.. Ibu Kota Kristal

Waterford merupakan bandar tertua di Ireland. Menurut sejarah, bandar ini dijumpai oleh orang-orang Viking pada tahun 914. Aktiviti yang boleh dilakukan jika anda datang ke Waterford antaranya ialah water surfing di Tramore, melawat Madieval Museum yang menyimpan khazanah tinggalan purba di Waterford dan berjalan kaki di sekitar bandarnya untuk melihat monumen tinggalan sejarah seperti Reginald's tower dan clock tower.


Bergambar sementara menunggu rakan-rakan yang lain untuk jalan-jalan di Waterford city

Inilah Tramore. Terkenal dengan aktiviti sukan air.


Clock Tower yang terletak di Waterford's Quay di percayai dibina sekitar tahun 1881 atas arahan Mayor Thomas Meagher. Kini menara jam ini merupakan landmark utama di Waterford. 

Itulah Clock Tower!

Kami parking kereta di waterford's Quay dan berjalan kaki sahaja pusing-pusing sekitar bandar.




Sekitar bandar Waterford




Kapal Viking


Inilah kawasan Viking House. Hanya tinggal Reginald's tower ini sahaja yang dibina oleh Reginald sekitar tahun 1003. Berketinggian 16 meter. Asalnya hanya menggunakan kayu tetapi telah dibina semula dengan menggunakan batu. Sepanjang hayatnya, Reginald's tower pernah berfungsi sebagai istana raja, pernah menjadi penjara, pernah diguna untuk menyimpan senjata dan rumah kepada Chief Constable of Waterford. Menurut sejarahnya orang-orang Viking banyak yang meninggal sekitar umur 40 tahun. Orang-orang Viking dipercayai amat mahir seni pertukangan antaranya membuat barang kemas, ukiran pada batu, tulang, logam, perabot kayu, kapal dan alatan muzik. Semua artifak yang dijumpai ada disimpan di Madieval Museum. 










Selesai melayan sejarah yang tinggal bolehlah terus ke Waterford Crystal. Waterford crystal merupakan kristal yang popular di Ireland.

Waterford Crystal mula beroperasi sekitar tahun 1783 merupakan pengeluar utama kristal sehingga kini.

Mahal-mahal harga kristal yang dijual. Halus buatannya, kemas dan cantik. Kristal lebih kukuh berbanding kaca yang mudah pecah.

Jika kita lihat dari luaran, tidak banyak beza antara kristal dan kaca. Lazimnya kristal hanya diminati oleh penggemar kristal sahaja. Mungkin kerana harganya yang mahal tidak ramai yang mampu memiliki koleksi kristal ini.

Mujur aku tidak dilahirkan sebagai penggemar koleksi kristal.. 







Tengok harganya.. tapi kalau dah minat apa salahnya kan? Hehehe


Sebenarnya ada pelbagai lagi tempat-tempat menarik di Waterford cuma kami tidak berkesempatan ke sana. Jadi ini sahaja yang dapat dikongsi. Jumpa lagi di entri yang lain!


Ingin tips melancong di eropah? Boleh baca di entri ini. (sila klik)


No comments:

Post a Comment

Back to Top