26 April 2016

Catatan Perjalanan - Berlin, Germany

Tiba di entri Berlin, saya termenung seketika. Berkira-kira sama ada ingin menulis entri yang agak 'berat' dengan sejarah atau entri yang hanya santai sahaja. Kisahnya saya memang meminati tembok Berlin dan sejarahnya sejak di bangku sekolah, ingin lihat dengan mata sendiri Tembok Berlin. Sudahnya, saya membuat keputusan untuk berkongsi entri yang santai sahaja tentang Berlin. InsyaAllah, jika ada kelapangan saya akan menulis satu entri khas untuk 'Tembok Berlin'.



Perjalanan selama 3 jam lebih sejauh 350 km dari Prague ke Berlin memang cukup meletihkan. Kami tiba di Berlin lebih kurang pukul 10 malam. Hujan turun renyai-renyai ketika itu. Berhenti di pasaraya Aldi untuk membeli barang mentah buat sarapan esok pagi. Rata-rata pasaraya di Germany beroperasi sehingga pukul 8.00 malam. 

Keesokan paginya, kami keluar ke bandar agak lewat kerana masing-masing keletihan. Selepas sarapan pagi, lebih kurang pukul 11 kami bertolak ke Berlin wall - East side Gallery. 




Dari East side gallery, kita boleh nampak Oberbaumbr├╝cke (Oberbaum bridge). Oberbaum bridge merupakan jambatan dua tingkat yang dibina merentangi sungai Spree. Mula dibina sejak tahun 1894 dan siap 2 tahun kemudiannya.

Kami dan Oberbaumbridge

Oberbaum bridge


Kemudian kami bergambar di Mercedes-Benz Arena yang terletak bertentangan dengan East side gallery.

Bergambar di photo booth di Mercedes-Benz Arena

Bas yang dijadikan kiosk menjual makanan

Kemudian kami parking di kawasan Museum Island. Berjalan kaki menyusuri sungai Spree dan singgah di beberapa buah kedai cenderamata.

Sungai Spree

Kami menyeberangi jambatan di sungai Spree dan akhirnya tiba di Altes museum. Muzium ini terletak di kawasan yang sama dengan Berliner Dom. Altes museum menempatkan artifak Greek dan Roman.


Berlatarbelakang Altes Museum



Di bahagian atas hadapan Altes Museum terpatri "FRIDERICUS GUILELMUS III STUDIO ANTIQUITATIS OMNIGENIAE ET ARTIUM LIBERALIUM MUSEUM CONSTITUIT MDCCCXXVIII" yang bermaksud Friedrich Wilhelm III dedicated this museum to the study of all antiquity and liberal arts in 1828. 




Dari jauh kelihatan Berliner Fernsehturm. Berliner Fernsehturm adalah menara televisyen yang terletak di tengah-tengah Berlin. Menara ini dibina sekitar tahun 1965. Menara yang berketinggian 368 meter ini boleh di lihat dari jauh jika anda berkunjung ke Berlin.



Berlatarbelakang Berliner Dom (cathedral) dan Berliner Fernsehturm

Bermain di padang luas berhampiran Altes museum


Bear - Beruang menjadi simbol Berlin sejak sekian lamanya. Tapi mengapa beruang??? Menurut cerita, kebakaran tahun 1380 telah memusnahkan segala sejarah tentang Berlin. Jadi tiada rekod mengapa beruang menjadi simbol bagi Berlin.




Jujurnya, kami langsung tidak tahu tentang beruang yang menjadi simbol Berlin. Ketika bersiar-siar sekeliling Berlin, kami lihat banyak patung beruang di merata tempat.




Peta Berlin suatu masa dahulu. Bandar ini dibahagikan berada di bawah jajahan yang berbeza.

Peta Berlin


Checkpoint Charlie atau Checkpoint C. Tentera US bertanggungjawab menjaga 3 penjuru sempadan yang bertemu di Berlin.  Pos yang menjadi tumpuan pelancong hingga kini ialah Checkpoint Charlie. Di sini ada 2 orang yang berpakaian tentera US. Bayaran Eur 3/orang dikenakan jika ingin bergambar dengan mereka. Untuk kami berlima harganya Eur 10.


Tabik hormat ala Amerika

'A piece of Berlin Wall'


Blackbox Charlie banyak menyimpan sejarah tentang Tembok Berlin dan peristiwa yang berlaku sejak mulanya dibina tembok sehingga runtuhnya tembok Berlin.



Dari Checkpoint Charlie, kami terus berjalan sehingga tiba di Gendarmenmarkt. Di kawasan ini terdapat Konzerthaus Berlin (Gambar: bangunan sebelah kiri), German Church dan French Church (Gambar: bangunan sebelah kanan).


Gendarmenmarkt

Holocaust memorial -  Memorial to the Murdered Jews of Europe. Dalam perjalanan (berjalan kaki) ke Brandenburg Gate, kami melalui satu kawasan yang bersusun tembok-tembok tinggi rendah. Besar kecil secara rawak. Khabarnya memorial ini dibina untuk memperingati orang-orang Yahudi yang menjadi mangsa Genocide (penghapusan etnik) di zaman pemerintahan Nazi. 



Tugu peringatan yang besar dan tinggi


Akhirnya kami sampai juga di Brandenburg Gate. Kami hanya berjalan kaki sahaja dari Checkpoint Charlie. Memang jauh tetapi berbaloi dapat menikmati panorama sepanjang perjalanan.

Bergambar di tiang Brandenburg Gate

Brandenburg Gate merupakan salah satu landmark terkenal di Eropah selain daripada Arc de Triomph yang terletak di Paris. Brandenburg Gate mula dibina sekitar tahun 1788. Awal pembinaannya, gerbang ini berfungsi sebagai pintu masuk ke Berlin. Frederick William II raja dari Prussia yang mengarahkan pembinaannya sebagai simbol perdamaian. Di bawah gerak kerja Carl Gotthard Langhans, gerbang ini siap dibina sekitar tahun 1791.

Patung di atas pintu gerbang dikenali sebagai Berlin Quadriga. Patung ini berbentuk kereta yang ditarik empat ekor kuda dan dikendalikan oleh Victoria. 

Selepas tamat Perang Dunia II, Tembok Berlin dibina oleh pemerintah dan orang ramai tidak lagi boleh melalui pintu gerbang ini. Namun, runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1969 sekali lagi Brandenburg Gate menjadi simbol kebebasan, kedamaian dan kesatuan Jerman. 


Pintu gerbang Brandenburg Gate


Berlin Wall Memorial terletak di kawasan tapak bersejarah iaitu Bernauer Strasse. Di sini terletaknya sebahagian lagi Tembok Berlin yang masih terpelihara. Tiada Graffiti.

Bangunan ini banyak menyimpan sejarah tentang Tembok Berlin

Di perkarangan Berlin wall memorial.

Besi cerucuk tembok

Apartment lama yang masih kekel hingga kini - banyak peristiwa hitam dan kematian berlaku di sini antaranya penduduk apartment terjun dari tingkat atas rumah mereka untuk melarikan diri



Inilah Tembok Berlin. Rupa asal tanpa sebarang grafiti.

  Besi tajam diletakkan di bawah tembok


Berlin dan sejarah hitamnya kami tinggalkan di sini. Jumpa lagi di entri seterusnya Hannover.










No comments:

Post a Comment

Back to Top