7 April 2016

Catatan Perjalanan - Munich, Germany (Bavaria statue)


Entri ini khas untuk Bavaria statue. Ingin baca itinerari lengkap Munich? Boleh klik di sini.

Bavaria statue

Bavaria statue terletak di Bavaria Park. Patung Bavaria ini lambang kekuasaan dan kekuatan Bavaria suatu masa dahulu. Patung ini ialah  patung seorang perempuan yang memegang oak leaves di tangan kirinya manakala tangan kanan pula memegang pedang dan berdamping dengan seekor singa. Singa merupakan lambang kebanggaan Bavarian sehinggakan di mana-mana sahaja sekitar bandar Munich, ada banyak patung singa dan logo singa.

Patung Bavaria setinggi 18.52m ini dibina di depan Ruhmeshalle (Hall of fame). Ruhmeshalle adalah sebuah bangunan gaya Greco-Roman yang telah didirikan di bawah pemerintahan King Ludwig I pada tahun 1843 sehingga 1853.


Bavaria statue terletak di satu kawasan yang sangat luas. Tanah lapang dan luas ini sering digunakan sebagai tapak pesta. Sewaktu kami ke sini, kawasannya lengang sahaja. Tidak banyak pengunjung mungkin kerana tiada sebarang acara yang berlangsung.




Jom kita ke Allianz Arena pula stadium bagi kelab Bayern Munich.



No comments:

Post a Comment

Back to Top