27 April 2016

Itinerari dan tips melancong: Pandu sendiri ke Germany-Austria-Czech-Luxembourg

Sama ada anda tourist mahupun traveller, anda perlukan tips ini jika ingin MEMANDU di Germany-Austria-Czech-Luxembourg. Jadi, selamat menimba ilmu!!



Misi Jelajah Eropah kali ini ialah ke 4 buah negara yang berhampiran dan tiada sempadan iaitu Luxembourg, Germany, Austria dan Republik Czech. Perjalanan 10 hari dengan menaiki kereta sewa dari Lapangan Terbang Frankfurt Hahn.

Itinerari dan Tips penting:

1) Penginapan (2 dewasa dan 3 kanak-kanak):


Kami memilih untuk bermalam menggunakan perkhidmatan AirBnB dan juga hotel. (Klik di sini untuk baca lebih lanjut tentang perkhidmatan AirBnB dan hotel di Eropah). Kami lebih mementingkan 'yang murah' dan 'yang selesa' untuk kami berlima. 

Faktor-faktor lain yang diambil kira adalah:

1) Kids/Family Friendly - Lihat di bahagian 'Amenities' (AirBnB) untuk tahu kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah. Kemudahan seperti Kitchen, Washer dan Dryer juga penting sebab kami akan masak jika tinggal di Airbnb dan membasuh baju.

2) Tidak terlalu terpencil - Terdapat juga BnB yang berada di kawasan pedalaman seperti di kawasan ladang, di kawasan pinggiran pantai dan juga bukit. Kebiasaannya, rumah-rumah ini jauh dari kedai dan hospital. Kawasan ini juga berada jauh dari pusat bandar dan juga dari tempat tumpuan pelancong. 

3) Ada lif untuk naik ke rumah. Jika tidak rumah yang di sewa sekurang-kurangnya berada di tingkat satu. Pengalaman kami menyewa di BnB ketika melancong di Paris, rumah yang di sewa berada di tingkat 4 dan tiada lif! 

4) Rumah yang tidak terlalu lama/usang - Di Eropah, masih ada lagi rumah-rumah yang di bina pada tahun 1920 dan kekal di huni serta dijadikan rumah sewa. Ada rumah yang telah di pasang sistem pemanasan rumah, Ada juga yang hanya bergantung kepada chimney (perlu bakar arang dan kayu untuk panaskan rumah).

5) Ada kemudahan parking percuma. Paling tidak pun ianya percuma dari pukul 10 malam hingga 8 pagi.



Harga yang tertera di bawah: Hotel untuk 5 orang. Airbnb untuk 4 orang (kami bincang dengan tuan rumah untuk ambil 4 orang kerana Sarah baru 2 tahun)


i) Frankfurt: Airbnb (1 malam) -  Apartment di Wasserstrasse 11, Langen. Eur 92. Lengkap kemudahan memasak. Juga ada washer dan dryer. Cuma rumah berkongsi dengan tuan rumah.

ii) Munich: Airbnb (2 malam) - Studio di Pfälzer-Wald-Str. 73, Romm Nr. 046. Eur 198 untuk 2 malam. Lengkap kemudahan memasak. Boleh cuci baju di mesin basuh yang terletak di tingkat bawah. Harga cucian lengkap Eur 5 sekali penggunaan. Parkingnya 3 minit jalan kaki dari rumah. Rumah ini terletak 5 minit jalan kaki dari train station.

iii) Vienna: Hotel (1 malam) -Austria Trend Hotel Bosei, Gutheil-Schoder-Gasse 7B, 1100 Wien, Austria. Kami booked di Booking.com. Harganya Eur 68.24 termasuk sarapan pagi di hotel. Parking percuma.



iv) Prague: Hotel (1 malam) -Wellness Hotel Step, Malletova, Prague 9, Czech Republic. Juga di tempah di Booking.com. Harganya Eur 56 termasuk sarapan pagi di hotel.

v) Berlin: Airbnb (2 malam) - Rumah di Straße 158 15A, 13053 Berlin, Germany. Harganya Eur 131 untuk 2 malam lengkap kemudahan untuk memasak, ada washer dan dryer. Parking percuma.

vi) Dortmund: Hotel (1 malam) -  Novum Business Unique , High Wall 38, 44137 Dortmund. Harganya Eur 94.35 tidak termasuk sarapan pagi. Kami bawa bekal nasi himpit dan Sardin yang dimasak di Berlin semalam untuk sarapan. Ada kemudahan parking percuma di tepi-tepi jalan. Tetapi kami tersilap parking di garaj hotel. Bayaran parking Eur 14.

 Novum Business Unique

vii) Luxembourg: Airbnb (1 malam) - Studio yang terletak di Rue des Églantiers. Eur 92 semalam. Ada kemudahan parking percuma.


2) Sewa kereta:

Di Lapangan Terbang Frankfurt Hann terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa antaranya Sixt, Europcar, Hertz dan Avis. Kami menyewa kereta Opel Meriva dari company Sixt. Harganya €240 (untuk 10 hari) perjalanan terhad sehingga 2700 km sahaja. Bagi setiap kilometer yang lebih akan dikenakan caj €0.26 per kilometer. Jika anda inginkan peruntukan kilometer tanpa had boleh pilih dari syarikat lain yang menawarkan seperti Budget dan Avis. Sila semak had umur untuk kelayakan menyewa kereta di Germany.

Insuran dan Waiver:

Beberapa terma yang perlu difahami:

1) CDW - Collision Damage Waiver

Pakej ini disertakan sekali apabila kita menyewa kereta. Nilai CDW (€700 - €1200) berbeza-beza mengikut syarikat. Penyewa akan di kenakan bayaran access sekiranya berlaku kemalangan, kerosakan, kecurian bahagian kereta atau kecurian kereta. Nilai bayaran access ini mengikut tawaran oleh syarikat penyewa kereta. Jika nilai access €1000, maka penyewa perlu menanggung segala bayaran sehingga €1000 selebihnya ditanggung oleh pihak insurans.

2) SCDW - Super Collision Damage Waiver

Untuk mengelakkan bayaran access penyewa perlu membeli Super CDW (SCDW) yang berharga lebih kurang €100 dan keatas bergantung kepada bilangan hari dan kategori kereta yang disewa. Jadi tidak perlu risau kerana jika berlaku sebarang kecelakaan, 100% ditanggung oleh pihak insurans.

3) Insurans tambahan (jika tidak mahu membeli SCDW)

Jika rasa SCDW terlalu mahal, anda boleh juga membeli insurans tambahan untuk elak dari perlu bayar bayaran access CDW. Nilai insurans ini lebih kurang €40 dan kami beli dari syarikat insurance AIG. (Lebih jimatkan? Daripada bayar €100++ lebih baik bayar €40)

Kaedah tuntutan sekiranya berlaku kecelakaan:  Anda perlu membayar dahulu nilai bayaran access yang dikenakan oleh syarikat penyewa kereta, kemudian boleh menuntut bayaran semula (claim) kepada syarikat insurans yang melindungi bayaran access tersebut (contoh: AIG Insurance).
Kaedah ini sedikit rumit kerana kita perlu mengeluarkan duit sendiri dahulu kemudian baru menuntut bayaran balik daripada pihak ketiga iaitu syarikat insurans.

Insuran: Kami ada membeli Travel Insurance dari syarikat AIG. Harga insuran yang kami beli untuk 10 hari ialah Eur 13.06 untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Harga tertera termasuk cukai 5%.  Anda boleh rujuk syarikat insuran di tempat anda untuk maklumat lanjut.

Pesanan penuh hikmah: Doa. Pandu cermat. Jiwa selamat.


3) Matawang:

Sila tukar matawang RM kepada Euro di Malaysia (atau matawang negara asal anda). Kerana di Germany, Luxermbourg, Czech dan Austria tidak menerima nilai RM.

Kaedah lain: Aktifkan kad ATM untuk pengeluaran wang di luar negara.

Luxembourg: Euro
Germany: Euro
Austria: Euro

Republik Czech: Koruna (CZK). Tukaran boleh dibuat di Petrol Station di autobahn (lebuh raya) atau di money changer kawasan Pedestrian street dalam bandar Prague. Sila survey dengan beberapa money changer sebelum membuat tukaran kerana ada money changer yang mengenakan komisen terlalu tinggi (40%). Pengalaman kami, ada money changer yang menawarkan CZK16 untuk €1 dan ada yang menawarkan CZK26 untuk €1.  Jika anda ada Euro, tidak perlu risau kerana di Prague kebanyakan kedai menerima Euro (termasuk kedai makan dan kedai cenderahati).

Koruna


4) Tatacara pemanduan:

Luxembourg, Germany, Austria dan Republik Czech merupakan negara yang sibuk lalulintasnya dengan Tram, metro, bas dan basikal selain daripada kereta. Jalan raya untuk kereta berkongsi dengan Tram/metro. Anda perlu memandu di sebelah kanan, memotong di sebelah kiri (stereng kereta berada di sebelah kiri). Undang-undang asas seperti memakai tali pinggang kaledar, memiliki International Driving Licence, penggunaan WAJIB infant/child carseat dan toddler booster, peratus kandungan alkohol dalam darah sama seperti di Malaysia. Anda perlu mematuhi undang-undang jalanraya yang ditetapkan mengikut negara yang ingin dilawati.

Luxembourg: Penggunaan winter tires diwajibkan hanya apabila permukaan jalan dilitupi salji atau ais. Undang-undang ini baru sahaja dikuatkuasakan di Luxembourg. Denda sebanyak €74 dikenakan jika tidak memasang winter tires pada keadaan yang dinyatakan. Tiada bayaran tol dikenakan di sepanjang Luxembourg expressway untuk semua kenderaan ringan.


Germany: 1) No Sticker. no entry!
                  2) O to O Rule!
                  3) Free Driving For Free Citizens
                  4) No speed limit
                  
1) No sticker, no entry!

2006 Anti air pollution law mewajibkan semua kenderaan yang dipandu dalam negara Germany menampal satu sticker khas 'Environmental sticker' di cermin hadapan kenderaan untuk memandu dalam kawasan ' Green zone'. Jika anda menyewa kenderaan di Germany, pastikan kenderaan yang disewa mempunyai sticker berwarna hijau seperti dalam gambar yang disertakan. Sticker hijau mematuhi standard paling tinggi dan boleh memandu di semua kawasan termasuk kawasan 'Green Zone'.


(Sumber gambar: Google)
(Sumber gambar: Google)


Sticker berwarna kuning untuk kenderaan yang menggunakan diesel atau kenderaan yang lama.
Sticker berwarna merah untuk standard yang paling rendah.
Rata-rata kawasan di Germany ialah 'Green Zone'.
Anda akan disaman (Eur 40) jika tidak menampal sticker yang berkenaan..

2) O to O Rule

Jika percutian anda ke Germany pada musim sejuk (winter) kenderaan yang dipandu perlu menggunakan snow tires. O to O bermaksud penggunaan winter tires bermula dari Oktober sehingga Ostern. Ostern ialah Easter iaitu akhir bulan mac. Anda akan disaman Eur 40 jika tidak menggunakan tayar yang dinyatakan. Winter tires dikenalpasti dengan cop M+S di bunga tayar yang bermaksud 'Mud' + 'Snow'.

3) Free driving for free citizens

Memandu di autobahn Germany adalah percuma! Ya.. maksudnya tiada bayaran tol dikenakan. Memandulah sejauh mana yang anda inginkan. Ada ura-ura mengatakan bayaran tol akan mula dikenakan menjelang 2016, namun masih lagi dalam perbincangan. Sewaktu entri ini ditulis, memandu di autobahn masih lagi percuma!

4) No speed limit??

Ada had laju tertentu yang dinyatakan di kawasan bandar, kawasan pinggir bandar, kawasan pembinaan dan autobahn. 130 km/h merupakan had laju yang dinyatakan di autobahn. Namun ada juga jalan yang tiada had laju.  Hanya perlu perhatikan papan tanda halaju di kiri atau kanan jalan untuk rujukan anda.

Dari Frankfurt ke Munich yang melalui Stuttgart seterusnya ke Vienna melalui Salzburg, ke Prague melalui Brno dan ke Berlin kami tidak bertembung langsung dengan kamera AES. Namun keluar dari Berlin, memandu ke Hannover, Dortmund, Cologne seterusnya ke Luxembourg, terlalu banyak kamera AES. Di persimpangan jalan, di dalam kawasan semak tepi jalan, di lampu isyarat. Berhati-hati sekiranya ingin berjimat!

Austria: Berbeza dengan Germany dan Luxembourg, Austria mengenakan caj tol atau dikenali sebagai Maut untuk tempoh 10 hari, sebulan atau setahun. Autobahnvignette atau Austrian autobahn sticker perlu ditampal di cermin hadapan kereta anda. Sticker ini bole dibeli di petrol station sebelum memasuki Austria atau setelah anda memandu masuk ke Austria. Bayaran minimum ialah 10 hari iaitu Eur 8.70. Di Austria, anda wajib menyalakan lampu kenderaan pada setiap masa. Penggunaan Winter tires pula wajib dipasang bermula 1 November sehingga 15 April.

Sticker untuk 10 hari


Republik Czech: Peratus kecurian kereta sangat tinggi di negara ini. Kebiasaannya, syarikat kereta sewa tidak akan membenarkan anda menyewa kereta mewah untuk ke Czech. Anda perlu memaklumkan pihak syarikat sekiranya ingin ke Czech kerana ada kereta tertentu yang dikhaskan untuk disewa jika ingin ke Czech. Memandu di Republik Czech tidak banyak beza dari Germany, Luxembourg dan Austria. Cuma anda perlu membawa first aid kit dan warning triangle. Penggunaan hon kereta dilarang di tengah bandar Prague dari pukul 9.00 malam sehingga pukul 5.00 pagi (15 Mac-15 Okt) dan 8.00 malam sehingga 6.00 pagi (15 Okt-15 Mac). Sticker kenderaan boleh dibeli di Petrol station atau post office. Sekiranya anda disaman, polis akan meminta bayaran on the spot. Pastikan anda mempunyai wang tunai Koruna.

Harga sticker:

10 hari: CZK 310
1 bulan: CZK 440
12 bulan: CZK 1500

Denda yang dikenakan sekiranya gagal mempamerkan sticker kenderaan: CZK 5000

Contoh sticker untuk 10 hari. Sumber: Google.


##Untuk membaca lebih lanjut tentang tatacara pemanduan di Eropah boleh ke link ini (Klik di sini)


Itinerari  10 hari di Germany, Austria, Czech dan Luxermbourg

Day 1: Tiba di Frankfurt Hahn Airport. Singgah di Mainz. Bermalam di Langen.
Day 2: Bersiar-siar di Frankfurt. Seterusnya ke Stuttgart. Bermalam di Munich.
Day 3: Bersiar-siar di Munich. Bermalam di Munich.
Day 4: Singgah di Salzburg. Bermalam di Vienna.
Day 5: Bersiar-siar di Vienna. Bermalam di Prague.
Day 6: Bersiar-siar di Prague. Bermalam di Berlin.
Day 7: Bersiar-siar di Berlin. Bermalam di Berlin.
Day 8: Singgah di Hannover. Bermalam di Dortmund.
Day 9: Bersiar-siar di Dortmund seterusnya ke Cologne. Bermalam di Luxermbourg.
Day 10: Bersiar-siar di Luxermbourg dan bertolak ke Frankfurt Hahn Airport.

Sila klik nama bandar untuk itinerari lengkap di Mainz - Frankfurt - Stuttgart - Munich - Salzburg -Vienna - Prague - Berlin - Hannover - Dortmund - Cologne - Luxembourg

Untuk entri jalan-jalan cari makan di Germany boleh klik di sini (klik)


Sekian Tips dan Itinerari dari kami. Salam kembara. Selamat memandu!!


Jom travel!


Jika suka tips dan itinerari ini, boleh kongsi di Facebook!!!





1 comment:

  1. puan, jika menyewa kereta di paris dan memandu ke jerman bagaimana nak dapatkan sticker green yg dimaksudkan?

    ReplyDelete

Back to Top