19 May 2016

Ingin melancong? Awasi 'scammers' anda!


Siapa kata orang yang pergi melancong ini selalu untung? Kalau anda ingin tahu tidak semua yang pergi melancong membawa pulang kenangan indah. Ada yang gambar kenangan pun tiada kerana kamera hilang! Melancong sebenarnya meletakkan diri kita ke dalam 'risiko'. Ya, kita tidak akan dapat menghidu bala apa yang bakal menimpa di sana.  

Entri kali ini saya ingin kongsikan jenis-jenis scammers dan modus operandi sekitar eropah berdasarkan pengalaman sendiri juga rakan-rakan.


1) Bertopi... Si berkaca mata hitam
Mereka ada di mana-mana. Sentiasa mencari mangsa. Kami pernah diekori lelaki seperti ini di Trieste, Italy. Alhamdulillah kami sedar kelibatnya setelah asyik bertembung dengan dia. Pada mulanya memang tidak perasan. Dia siap boleh berdiri sebelah dan masuk ke kedai yang sama. Beberapa kali kami 'test' dia. Kami stop dia pun stop. Kami pusing patah balik. Jumpa dia juga. Sehingga kami sengaja masuk keluar kedai, namun dia tetap setia mengekori kami. Hampir satu jam melengahkan masa. Akhirnya dia hilang mungkin mencari mangsa yang lain. Dia mungkin menunggu kami lalu di kawasan yang agak sunyi. 

2) Pembawa bunga rose
Kejadian ini juga berlaku di Trieste. Dia datang memberi salam. Raut wajah memang baik ala-ala penjual karpet di Malaysia. Bertanya khabar. Memuji anak-anak. Kemudian dia beri rose kepada suami untuk diberi kepada saya. Suami menolak. Namun dipaksa ambil. For your beauty wife katanya. Banyak sangat ayat-ayat manis keluar dari mulutnya. Kami ambil sebab malas nak melayannya. Rupa-rupanya kami silap. Dia minta Eur 2 untuk bunga tersebut. Saya terus pulangkan dengan alasan tidak suka bunga dan durinya akan mencederakan anak-anak. Apa lagi kami cepat-cepat beredar dari dia.

3)Remaja, kertas dan sebatang pen
Hohenzollern bridge a.k.a Love Bridge terletak di Cologne, Germany. Ya, jambatan yang penuh dengan padlock cinta dan kasih sayang. Sesuai dengan tema jambatan ada pula sekumpulan remaja yang 'menggunakan' kasih sayang untuk memperdaya orang. Kita sibuk-sibuk ambil gambar jambatan, dia datang Hello Hello pula. Minta tandatangan untuk support usaha mereka memperjuangkan hak Orang Kurang Upaya. Kami hanya geleng-gelengkan kepala dan terus pergi tinggalkan mereka. Saya sempat mengendap perbuatan mereka dari jauh. Memang mereka minta tandatangan namun selepas itu minta duit. Iyalah, sudah tandatangan.. mana ongkosnya??? 

4)Anak beranak yang peramah!
Ini pengalaman rakan baik saya di Paris. Ada sekumpulan anak beranak orang Romania masuk ke dalam lif sekali dengan rakan saya. si ibu yang tua peramah bertanyakan perihal anak rakan saya ini. Lif yang penuh sesak dengan stroller, dengan geng anak beranak sehingga rakan tidak sedar beg galasnya di buka dan dompet dicuri.

Di dublin juga ada kumpulan orang-orang begini. Masuk ke dalam restoren. Mencari-cari mangsa yang meninggalkan beg di meja makan dan pergi ke toliet atau sinki basuh tangan. 

5)Gadis kesusahan di lapangan terbang
Cerita ini berlaku di Dublin Airport. Sewaktu dalam kapal terbang saya duduk di sebelah gadis cantik. Dia mengaku orang Germany namun bekerja di Belfast. Baik budaknya. Sewaktu di ruangan mengambil bagasi dia menghampiri kami. Muka macam tengah susah. Dia minta duit untuk tambang balik ke Belfast. Katanya tiada cash dan kad ATM nya rosak. Kami sedar dia sedang menipu. Kami bawa dia ke mesin ATM untuk mengambil duit. Duit tidak boleh keluar bukan kerana kad rosak tetapi kerana memang akaunnya tidak ada duit! Walaupun kami tahu dia menipu tapi kami bagi sahaja amaun yang dia perlu untuk tambang bas. Dia minta maklumat untuk bayar balik. Tapi itu hanya janji kosong sahaja (kami tahu tu... Hahaha). Sejak peristiwa itu saya malas nak beramah mesra dengan orang yang duduk sebelah semasa dalam kapal terbang. 

6) "Biar saya tolong angkat!"
Kejadian ini berlaku di Venice. Venice.. Bandar romantik atas air tu.. Bagi yang punya anak-anak kecil, ada stroller, melancong di Venice cukup mencabar! Naik turun tangga. Semua tempat, jalan dan jambatan bertangga! Sewaktu kami terhegeh-hegeh mengangkat stroller, datang beberapa orang (saya agak orang tempatan) ingin menolong kami. Kami fikir mereka ikhlas. Sampai sahaja di atas, mereka minta bayaran. Kami bayar dia buat muka tak cukup. Memang kami bagi segenggam syiling sambil buat muka.. Alamak! itu saja yang kami ada. Mungkin malas nak paksa kami, mereka angguk-angguk saja setuju terima jumlah itu. Berhati-hati dengan orang yang selalu nak tolong anda angkat beg, angkat itu, angkat ini di Venice. Kerana dia punya hati untuk 'angkat' duit anda!

Itu kisah stroller. Kisah yang saya pernah dengar tentang photographer tidak bertauliah pula, ada yang datang offer untuk tolong ambil gambar kita. Lepas dia tolong dia suruh kita bayar.. yalah, dah tolong kan? (Kalau tak bayar dia tak pulangkan kamera kita) Tak pasal-pasal anda guna khidmat photographer berbayar hari itu. 


7) "Encik, Ada barang bawah kereta,"
Kejadian ini berlaku pada jiran kami sewaktu mereka ke Paris. Kasihan mereka. Sewaktu parking di kawasan hotel, dua orang lelaki menghampiri suaminya. Memberitahu ada sesuatu di bawah bahagian depan kereta. Jiran saya ini ikut dia ke depan. Sementara rakan dibelakang mengambil beg dari bonnet kereta. Macam-macam dalam beg tersebut termasuk passport!

8) "Dah dengar saya main muzik, sekarang bayar!"
Kisah ini juga berlaku kepada rakan saya. Sedang menikmati suasana petang yang indah di Spain, dia di hampiri pemain muzik. Pemain muzik itu bermain muzik sambil memandangnya. Rakan saya hanya tersenyum (reaksi ini seolah-olah rakan terhibur dengan muzik yang dimainkan itu). Habis dia main muzik, dia minta rakan saya bayar! Hah, terkena pula!


9) Cenderamata diberi kepada anak
Kejadian ini berlaku di Paris. Sedang rakan saya membelek barang cenderamata di sebuah gerai, seorang lelaki (menjual cenderamata sambil berjalan) meminta dia duit untuk cenderamata yang dipegang oleh anaknya. Terkejut dia! Dia cuba pulangkan semula namun lelaki itu tidak mahu mengambil barang tersebut. Malas nak kecoh-kecoh rakan saya terus membayar harga cenderamata itu. 


Perkara utama yang perlu anda lakukan sewaktu melancong:

1) Sentiasa berdoa moga Allah lindung anda dari malapetaka yang buruk
2) Mata perlu lebih liar dari si penjahat
3) Sentiasa pastikan anak-anak berada dekat dengan anda
4) Perlu sedikit sombong dari melayan orang luar
5) Berhati-hati di tempat yang sesak
6) Jangan mudah percaya - Too good to be true!
7) Beg perlu sentiasa tertutup.
8) Elak travel bersendirian!
9) Ada ilmu tentang selok belok tempat yang ingin dikunjungi 

Eh, anda ada pengalaman kena scammed? Jangan malu-malu share di sini. Moga lebih ramai yang mengambil pengajaran dari kisah anda..

Selamat melancong ke Eropah! Hati-hati!

Perlu Tips melancong ke eropah? (Klik di sini)


read more "

18 May 2016

Tourist atau Traveller?

Saya pasti persoalan ini cukup popular di kalangan mereka yang gemar melancong. Kadang-kadang isu kecil ini suka sangat diperdebatkan. Ok, lupakan sebentar isu tourist dan traveller. Saya ingin kemukakan beberapa point penting (tourist buat, traveller juga buat) sewaktu melancong.

1) Tujuan melancong
Saya yakin anda sedia tahu tujuan anda berkunjung ke sesuatu tempat. Rata-rata memberi jawapan 'untuk melihat negara orang'. Ya, memang tujuan utama melancong untuk melihat negara luar. Budaya masyarakat, makanan, tinggalan sejarah, keindahan alam semulajadi dan banyak lagi untuk saya senaraikan di sini.  Khabarnya tourist melihat budaya, traveller 'merasai' budaya. Iya??


Pergunungan di banjaran Alps


2) Cara melancong
Setiap orang punya cara yang berbeza. Ada yang suka naik turun train. Naik turun bas. Mencabar katanya. Ada pula yang suka menyewa kereta. Mencabar juga memandu di negara orang. Selain itu boleh singgah berhenti di mana-mana sahaja sepanjang perjalanan. 

Kota Salzburg


3) Teman sewaktu melancong
Ada yang suka travel secara solo. Ada yang suka berpasangan. Ada yang suka berkumpulan. Ada yang suka bersama keluarga. Dengan siapa pun anda pergi melancong, yang penting anda selamat di sana dan tujuan anda tercapai.


4)Tempat melancong
Kata orang.. tourist akan berkunjung ke tempat-tempat tumpuan orang ramai manakala traveller akan ke tempat-tempat asing yang jarang dikunjungi orang. Pilihan tempat melancong sebenarnya lebih kepada minat seseorang. Sudah pasti anda tidak akan pergi ke tempat yang tidak menarik minat anda. Jika anda suka melihat Eiffel Tower, pergilah ke sana. Jika anda lebih suka melihat spesis kumbang di hutan Amazon atau masuk ke kawasan pribumi.. pergilah. Bumi Allah ini luas untuk kita pergi melihat keindahan yang Allah pinjamkan. 

Pheonix Park, Dublin - rusa liar yang jinak

5)Jangkamasa melancong
Tourist akan travel 10 hari. Traveller akan travel selama 10 bulan! Wow! Masa sangat subjektif. Setiap orang punya komitmen tersendiri (dari segi masa dan wang). 

6) Jumlah tempat dikunjungi
Adakah isu berapa jumlah negara yang dikunjungi dalam satu misi jelajah boleh diperdebatkan? Pandangan peribadi saya, sekali lagi komitmen dari segi wang dan masa yang memainkan peranan utama.

7) Aktiviti yang dilakukan
Tourist suka selfie? Tidak dinafikan ramai pelancong yang melancong ke negara luar pasti akan bergambar untuk kenangan. Ya, bergambar di Berlin wall. Selfie memandang Big Ben. Bergambar 'menolak' menara Pisa. Aksi jengket kaki menyentuh hujung Eiffel. Jadi apa yang traveller akan lakukan? Umumnya traveller lebih kepada mengambil gambar environment. Gambar orang tengah dukung anak. Gambar budak-budak tengah main aci kejar. Gambar labah-labah di celah batu. Selfie sambil naik rakit di sungai. 

Pandangan saya aktiviti yang dilakukan lebih kepada minat. Minat shopping tidak akan sama dengan minat trekking. Anda boleh jadi tourist yang buat/layan sahaja aktiviti on the spot dan anda juga boleh jadi traveller yang rancang aktiviti dan singgah selfie di Clifton Suspension Bridge di Bristol.

Kesimpulannya.. walau siapa pun anda, tourist atau traveller, sama-sama menjejakkan kaki ke negara tersebut. Sama-sama berjaya melakukan aktiviti mengikut minat masing-masing. Tourist atau traveller anda bertuah kerana dapat melihat dunia luar. Saya tabik anda berdua!

  
sumber gambar: www.holidify.com


Psssttt... Anda Tourist atau Traveller??


read more "

10 Tips Travel dengan anak-anak kecil

Hai..

Jika anda menemui entri ini bermakna anda sedang merancang percutian dengan anak-anak. Tahniah kerana tidak tinggal anak-anak di rumah!



Apa yang perlu kita lakukan jika ingin travel dengan mereka? Ada 10 tips yang ingin saya kongsi:

1) Bilangan hari travel
Perlu tahu anak-anak tidak fit macam orang dewasa untuk travel lama-lama. Paling lama mungkin 12 hari. Dan mereka mudah demam jika lama sangat travel.


2) Jumlah jam sehari
Sediakan itinerari yang bermula pukul 9 pagi dan tamat pukul 8 malam. Anak-anak perlu rehat yang cukup jika mereka keletihan pasti akan meragam.


3) Bahagikan itinerari anda
Pastikan itinerari anda adil. Maksud saya tempat-tempat yang ingin dikunjungi haruslah atas minat anda dan anak. Contoh: Anak-anak ikut kami melawat bangunan bersejarah selama satu jam kemudian kami ke kedai mainan atau playground selama satu jam. Jika dua jam masa diperuntukkan untuk shopping pastikan bawa mereka shopping barang yang mereka suka juga.


4) Pelbagaikan kenderaan yang dinaiki
Jika anda menyewa kereta, cari peluang untuk sesi naik bot, bas atau train. Anak-anak mudah bosan jika asyik naik kereta.

Boat tour - antara aktiviti yang sesuai untuk satu keluarga

5) Belanja makanan/minuman kegemaran
Anda pasti tahu makanan/minuman kegemaran anak-anak kan? Contoh anak-anak saya suka makan macaroon. Jadi kami akan cari macaroon sebagai hadiah penghargaan.


6) Baju yang selesa
Kadang-kadang apa yang kita rasa cantik dan selesa untuk anak, tidak bagi mereka. Jadi apa salahnya kita pilih baju kemudian tanya pendapat mereka yang mana mereka suka yang mana tidak. Contohnya anak-anak saya ( 6 dan 5 tahun) ada baju favourite yang mereka suka pakai. Dan kadang-kadang mereka request untuk pakai baju tersebut. Ada juga baju yang jika mereka pakai (saya pilih tanpa tanya pendapat anak) akan buat mood swing pada hari itu. Ha!Ha!Ha!. So better bincang dulu dengan mereka. 


7) Berhenti rehat
Ya saya faham jika pergi melancong macam-macam tempat kita nak pergi. Alang-alang sampai kan.. Tapi pastikan ada masa untuk anak berehat. Rehat fizikal dan minda. Berada di tempat tumpuan orang ramai memang serabut! Kalau kita pun rasa serabut anak lebihlah lagi! Bawa mereka duduk makan aiskrim atau ke tempat yang mereka boleh main kejar-kejar, main bubble, hilangkan stress mereka.

Kanak-kanak memang suka fountain

Sarah dan Ilman teruja benar membelek pelbagai jenis  padlock yang dikunci


8) Sentiasa ada bekal makanan
Perut anak-anak tidak sama macam kita. Bila berhenti makan, kadang-kadang mereka belum rasa lapar. Pastikan ada bekal makanan untuk mereka makan dikala perut tiba-tiba lapar. Jika makanan ruji anak anda nasi, pastikan mereka makan nasi. Kalau perut kosong muntah nanti. Anda boleh bawa nasi impit atau nasi biasa. Atau beli di restoren halal, Insyaallah pasti ada. Selain itu pastikan bekalan air kosong (air masak/air mineral) sentiasa ada. Elakkan minum terlalu banyak air manis. 

  
9) Bekal buah-buahan
Bila travel rutin makanan akan berubah. Seboleh-bolehnya pastikan anak-anak makan makanan yang seimbang. Beli buah-buahan yang anak suka. Pastikan anak makan satu jenis buah sehari. Anak-anak saya memang suka delima dan anggur. Jadi kami akan beli untuk mereka makan.


10) Jangan marah anak
Kita pergi bercuti bukan pergi berperang. Jauhkan negative mood. Jika anak buat salah, cari idea untuk tackle masalah itu selain daripada marah. Elakkan bawa anak-anak masuk ke kedai yang boleh mengundang marah anda. Contohnya kedai barangan kaca. Yes kita sedia tahu apabila sibuk membelek pinggan mangkuk (berjam-jam) anak mudah bosan. Mereka mula main kejar-kejar dalam kedai. Dan kita cukup risau kalau ada barang terjatuh dan pecah. Jadi kalau perlu sangat ke kedai barangan kaca, pandai-pandailah bincang dengan pasangan anda. Mungkin anda seorang saja yang perlu masuk ke dalam kedai. 


Jauh perjalanan luas pandangan. Kita yang mencipta pengalaman menarik atau ngeri untuk anak-anak. Kunci utama kita perlu ADIL, BIJAK dan SABAR. Barulah semua orang happyAdios!

Ingin baca tips melancong ke eropah? (Klik di sini)















read more "

17 May 2016

Tips naik kapal terbang dengan anak-anak kecil



Melancong dengan anak-anak merupakan aktiviti luar yang paling kami sekeluarga suka. Inilah peluang untuk luangkan masa dengan mereka sambil beriadah dan melihat dunia luar. Percutian akan lebih seronok jika segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Tetapi kita juga perlu pandai untuk pikat emosi anak-anak supaya semua orang rasa gembira.




Sudah lama saya ingin kongsikan tips untuk naik kapal terbang dengan anak-anak kecil atas permintaan dari rakan-rakan namun tidak berkesempatan menulisnya.

Untuk memastikan segalanya berjalan seperti yang dirancang segala keperluan anak-anak sepanjang perjalanan perlu diambil berat supaya perasaan mereka sentiasa stabil dan mereka gembira sebelum sampai ke destinasi yang ingin dituju. Barang keperluan anak-anak berubah mengikut minat dan umur mereka. Juga mengikut jenis kenderaan yang kita naiki sama ada kereta, bas, feri ataupun kapal terbang.

Di sini kami ingin kongsikan barang keperluan anak-anak kami jika ingin bercuti dengan menaiki kapal terbang.

8 benda yang kami bawa untuk mengelakkan sebarang kesukaran semasa penerbangan. Dan juga untuk ibubapa yang suka berjimat.

1) Air mineral yang dibeli setelah melepasi security check point.

2) Kudapan untuk anak-anak: Bijirin segera seperti corn flakes, koko crunch yang diletak dalam bekas makanan, kuih dan pisang. Letak sahaja dalam tray yang disediakan untuk scan. Selalunya kudapan untuk anak-anak saya sediakan apabila menaiki kapal terbang domestik sahaja. Kalau yang berjarak jauh ada disediakan makanan jadi tidak perlu risau. Makanan dan minuman ada dijual di dalam pesawat tetapi harganya berbeza. Dah naik 30,000 kaki!

3) Beg galas untuk menyimpan baju persalinan (risau mereka muntah), lampin dan tuala mini.

4) Natural lip balm atau apa sahaja jenis pelembap bibir kerana bibir mereka selalu kering apabila berada dalam pesawat.

5) Beg plastik yang saya lipat atau gulung kecil-kecil buat menyimpan pakaian yang kotor semasa berada dalam kapal terbang. Kadang-kadang mereka muntah, ataupun kotor terkena makanan. 

6) Mainan baru (jika dirasakan perlu). Mainan baru lebih menarik perhatian anak-anak kerana mereka belum explore lagi mainan tersebut. Kalau mainan lama yang sudah biasa mereka main, memang kurang berkesan. Kanak-kanak mudah bosan apabila terpaksa duduk setempat. Jadi bawalah mainan baru atau mainan kegemaran mereka dan hanya keluarkan bila keadaan mendesak. 

7) Ubat-ubatan peribadi anak. Sekiranya anak ada penyakit lelah ataupun apa-apa penyakit yang memerlukan ubat yang spesifik, pastikan anda bawanya sekali.

8) Kusyen penyandar leher (jika dirasakan perlu). Ini untuk keselesaan mereka tatkala tidur.


Jika ada anak yang sering mabuk kenderaan, pastikan anda sediakan beg muntah. Minta beg muntah dari pramugari sebagai persediaan. Semasa kapal terbang baru mula berlepas dan waktu kapal terbang hampir mendarat boleh menyebabkan anak muntah.

Kami akan letakkan barang-barang ini dalam beg galas mereka. Masing-masing ada satu beg galas supaya mereka rasa teruja untuk pergi bercuti!





Ingin Tips melancong ke Eropah? Boleh baca di sini (klik)

Tips Travel bersama anak-anak kecil boleh (klik di sini)

Selamat melancong!
















read more "

10 May 2016

Sekapur Sireh, Seulas Pinang...






Hai! Salam Perkenalan..

Terima kasih kepada semua yang membaca Cerita Kembara Kami. Kami amat menghargai anda. Blog ini memuatkan segala kisah dan pengalaman kami kembara di bumi Eropah.

 Jauh perjalanan, luas pandangan

Dahulunya langkah kami cuma setapak. Keinginan untuk travel timbul apabila menetap di sini. Rasa rugi pula tidak mengambil peluang yang ada. Bumi ini rupanya terlalu 'luas'. Pelbagai ragam manusia, bahasa pertuturan, adat dan budaya boleh kita jumpa. Apabila ke luar negara dan melihat banyak tinggalan tamadun lama, mereka sudah lama maju.. beratus malah beribu tahun dahulu, baru tersedar Malaysia sebuah 'negara yang baru'. Masih banyak yang perlu kita belajar.

Oberbaum Bridge- Jambatan dua tingkat di Berlin, Germany dibina sekitar tahun 1894.

Setiap etnik dan bangsa di dunia ini punya seribu satu budaya dan kepercayaan. Sensitif bagi kita tidak pula bagi mereka. Begitulah sebaliknya. Kita cuma perlu belajar menghormati. Terima perbezaan. Raikan persamaan. 

Tidak dinafikan tanah air kita memang cukup indah. Namun bumi Allah yang begitu luas masih menanti kita. Mengalukan kedatangan untuk kita belajar mensyukuri setiap butir pasir ciptaan Tuhan. 

Pemandangan indah gunung-gunung di Banjaran Alps


Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri

Bijak sungguh orang-orang lama mencipta peribahasa ini. Cukup indah. Kini kami benar-benar faham maknanya yang tersirat. Ya, memang di luar negara jauh lebih baik. Tambah-tambah di Eropah. Segala kemudahan dan fasiliti cukup lengkap. Bagi yang gemar barangan berjenama, di sini adalah syurga buat mereka. Jika hendak membeli barangan dapur tidak perlu habis beratus-ratus seperti di tanah air sendiri sedangkan barangan yang dibeli bukanlah mewah mana. Begitu juga dengan pakaian dan keperluan harian. Gel mandian boleh dibeli semurah 59 sen sebotol! Seekor ayam mentah harganya Eur 3.00 di sini. Setiap anak-anak di beri elaun sara hidup tanpa mengira pendapatan bulanan ibubapa. Cuti bersalin bergaji penuh sehingga 6 bulan. Hati mana yang tidak teruja?


Namun apabila pejam mata, tarik nafas dalam-dalam dan keluar melihat keadaan sekeliling. 'Rambut tidak sama hitam'. Jenaka lawak mereka bukan gaya kita. Pernah anda terfikir mengapa sesumpah menukar warna yang sama dengan persekitarannya? Banyak yang berbeza. Terlalu banyak. Walaupun di mulut mengkagumi mereka namun di hati.. kita sahaja yang tahu. Sehinggakan jika anda terjumpa 'Made in Malaysia' anda sudah mampu tersenyum.

Hendak seribu daya

Pernah terbaca jika kita travel boleh menjadikan kita lebih kreatif. Pelik juga pada mulanya. Namun, akhirnya kami menyedari hakikat itu. Di luar, kita boleh melihat bagaimana mereka mencari rezeki. Bagaimana mereka menghargai dan menggunakan kelebihan yang mereka ada. Bagaimana mereka berfikir untuk memajukan diri dan negara sendiri.


Cube House terletak di Rotterdam - salah satu tarikan pelancong untuk datang ke Rotterdam


Lelaki terapung di udara - Idea kreatif untuk mencari rezeki. Charles Bridge, Prague

English man tidak berkepala di sekitar Tower Bridge, London


Melanconglah jika anda punya kesempatan. Apa salahnya menabung untuk keluar melihat bumi Tuhan?

Untuk pengetahuan pembaca, kami ada menyediakan ruangan iklan dengan harga 'paling mampu' sekiranya anda ingin beriklan dengan kami (klik di sini). Dan jika anda ingin melancong ke Eropah dan tidak mempunyai masa untuk rancang sendiri perjalanan, tidak menggunakan travel agent, kami menawarkan khidmat penyediaan itinerari dengan upah yang berpatutan (klik di sini). Boleh hubungi kami di ruangan komen atau email ke: noorsyamcy@gmail.com.


Ikhlas dari kami,









Disclaimer: Ini adalah pandangan peribadi penulis. Mungkin sama dengan anda mungkin juga berbeza.






read more "

6 May 2016

Jalan-jalan di Cork, Ireland


Kinsale

Ireland cukup terkenal dengan keindahan pinggir pantainya. Angin dingin yang kadang-kadang buat kita rasa nak pakai baju tebal walaupun di musim panas (summer). County Cork merupakan salah satu bandar tumpuan pelancong jika berkunjung ke Ireland selain dari Galway, Dublin, Waterford dan Northern Ireland. 

Tujuan kami ke Cork untuk menziarahi sahabat-sahabat Malaysia yang menetap di Cork. Kami sempat bersiar-siar di beberapa buah bandar menarik yang terletak di Cork antaranya ialah Kinsale dan Cobh. 

Untuk entri ini, saya akan berkongsi sekitar Kinsale sahaja kerana koleksi gambar-gambar di Cobh hilang dalam simpanan. (#nangis)

Di Kinsale, kami bersiar-siar di Kinsale Harbour, Charles Fort dan Old Head.

Kinsale Harbour


Bergambar berlatarbelakang Kinsale Harbour


Bermain pasir di Pantai Kinsale


Antara sukan air yang popular di sini selain dari 


Pemandangan Bandon River dari Charles Fort

Charles Fort terletak berhampiran Kinsale Harbour. Kedudukannya cukup strategik di tebing bukit Bandon River. Kota yang berbentuk bintang ini dibina sekitar tahun 1670.

Pandangan atas kota. Gambar ini diperolehi dari galeri pameran di Charles Fort. Kota ini berbentuk bintang


Adam dan Ilman berkejaran di pintu masuk Charles Fort




Sekitar kawasan dalam kota

Tebing bukit di Bandon River. Pemandangan dari Charles Fort


Salah satu pinggir pantai yang tercantik di Ireland terletak di Old Head. Pemandangan biru Lautan Atlantik yang luas terbentang cukup menenangkan.

Berlatarbelakang tebing laut di Old Head


Luasnya Lautan Atlantik!


Kawasan padang golf


Angin dan deru ombak sama kuat

Dari jauh pemandangan kawasan padang golf kelihatan rumah api

Sebelum ke Cobh, kami singgah makan tengah hari di Dinos yang terletak di Kinsale.



Antara menu Fish n Chip yang kami pesan ialah:



Onion ring - wajib cuba. Sedap!



Boleh pilih jenis ikan mengikut yang kita suka. Pelbagai ikan ada antaranya Salmon, Hake, Dowry, Seabass, Seabream.. eh! Banyak lagi lah!

Terima kasih singgah di blog kami. Moga ada info berguna untuk anda!

Nak baca pengalaman petik epal kami di Cahir? Boleh baca di sini (klik)

read more "

3 May 2016

Dublin Zoo, Ireland - Percutian anak-anak

Bercuti dengan anak-anak merupakan aktiviti yang paling seronok. Anak-anak enjoy. Kita pun happy. Jika anda berkunjung ke Ireland, antara tempat-tempat menarik untuk mengisi jadual itinerari anda ialah berkunjung ke Zoo. Di Ireland terdapat 3 buah zoo yang agak popular iaitu Dublin zoo, Belfast Zoo di Antrim dan Fota Wildlife Park yang terletak di Cork.  

Bagi Adam, Ilman dan Sarah.. tempat-tempat yang menarik bagi mereka:

1) Toy Smith (Kedai Toys yang banyak cawangannya di serata Ireland. Pelbagai jenis toys. Harganya juga berpatutan)

2) Menonton wayang di IMC (Setiap hari Ahad, panggung wayang IMC mengadakan promosi harga untuk keluarga. €3/orang)

3) Playground (Di Ireland terdapat banyak park dan juga playground. Ada indoor dan outdoor)

4) Zoo dan Akuarium

 *        *        *

Hari ini, tiga beradik berkunjung ke Dublin Zoo. Harga Family ticket ( 2 dewasa, 2 kanak-kanak) ialah EUR 46.50. Bawah 3 tahun masuk percuma. Kami dapat free ticket sebab redeem voucher Vodafone. Thank you Vodafone!


Mengekalkan ciri-ciri habitat semulajadi haiwan


Apa yang menarik di Dublin Zoo ialah pihak zoo berusaha menyediakan persekitaran yang mirip habitat asli haiwan terbabit. Contohnya, lihat gambar hutan buluh ini. Rasa seperti berada di hutan tropika bukan? Ini ialah kawasan kandang gajah dan harimau. Sudah tentu gajahnya dalam kawasan berpagar. 'Hutan-hutan' ini ditanam supaya gajah berada seperti di habitat asalnya.



Sementara di kawasan ini pula, ada panggung untuk pengunjung melihat aktiviti gajah. Di sini penjaga gajah akan memberi gajah makan. Di sini juga disediakan sebuah kolam supaya gajah keluar dari 'habitatnya' untuk minum air di sini dan disaksikan pengunjung.



Di kawasan harimau, juga berhutan. Cuma di bahagian tempat pengunjung melihat harimau diletakkan kaca. Jadi, anak-anak boleh melihat harimau lebih dekat!


Teruja adam melihat harimau dengan lebih dekat!

Tiba di kawasan lapang, luas, agak panas, kita dapat melihat kumpulan zirafah, kuda belang dan ostrich. Bebas bergerak kerana 'kandangnya' luas.

Mirip habitat asli zirafah

Kuda belang berkongsi kawasan dengan zirafah


Kawasan yang agak redup, banyak pokok dan rumpun buluh halus letaknya 'kediaman' Red Panda.
Brown Panda sedang 'lunch'

Di zoo ini terdapat juga hidupan akuatik seperti singa laut dan Penguin.

Singa laut yang agak aktif 

Comel kan?

Banyak keluarga monyet dari pelbagai jenis di jaga di Dublin Zoo. Dari spesis biasa yang selalu kita tengok hinggalah yang luarbiasa.

Yellow monkey

Gorilla merupakan haiwan 'wanted' Adam dan Ilman. Sampai sahaja di Zoo mereka tak sabar-sabar nak tengok Gorilla.

Selain daripada keluarga monyet, terdapat juga pelbagai jenis burung dan itik.

Replika rumah burung



Reptilia seperti buaya dan lizard juga ada di sini. Kami berpeluang melihat cicak tokei yang pernah terkenal di Malaysia suatu ketika dahulu. 

Mana satu si bujang senang??

Paling best adalah usaha pihak zoo mengkelaskan haiwan kepada beberapa kategori seperti dalam gambar di bawah:

Tengok pada status semasa haiwan ini - Least concern. Sedia faham spesisnya mungkin terlalu banyak di muka bumi ini. Hahaha


Spesis terancam


Ada banyak playground di sekitar kawasan zoo. Boleh berehat seketika sambil anak-anak main gelungsur!  

Yippie!!

 Perkenalkan... haiwan di bawah namanya cukup comel. Okapi!!

Okapi...


Nak balik dah..

Kemudahan di zoo

Di Dublin zoo, disediakan picnic bench. Boleh bawa bekal dari rumah. Ada juga kedai yang menjual minuman dan makanan. Vending machine juga banyak diletakkan di sekitar kawasan. Ada hawker jual popcorn dan aiskrim di kawasan-kawasan tertentu. Pendek kata anda tidak akan kelaparan semasa bersiar-siar dalam kawasan 'hutan' zoo. Tandas awam juga banyak.

Pheonix Park

Berhampiran dengan Dublin zoo ada Pheonix Park Dublin. Masuk percuma. Ada banyak kumpulan rusa jinak di kawasan ini. Bawa carrot untuk bagi rusa makan.

Rusa liar yang sangat jinak!

Wefie dengan rusa! 


Bosan melihat castle yang terlalu banyak di ireland? Ingin cari hutan dalam bandar besar? Cari tempat lepak sambil makan-makan? Ada peacock dan itik lalu lalang di sebelah anda. Ada banyak playground. Jomlah ke Dublin Zoo!

Jumpa lagi!!!

Kenangan - Hadiah dari Vodafone

Melancong dengan anak-anak kecil bukan satu perkara mudah jika kita tidak pandai cipta emosi positif mereka. Jika anda perlu tips melancong dengan anak-anak kecil boleh baca di sini. (Klik)


read more "
Back to Top