19 May 2016

Ingin melancong? Awasi 'scammers' anda!


Siapa kata orang yang pergi melancong ini selalu untung? Kalau anda ingin tahu tidak semua yang pergi melancong membawa pulang kenangan indah. Ada yang gambar kenangan pun tiada kerana kamera hilang! Melancong sebenarnya meletakkan diri kita ke dalam 'risiko'. Ya, kita tidak akan dapat menghidu bala apa yang bakal menimpa di sana.  

Entri kali ini saya ingin kongsikan jenis-jenis scammers dan modus operandi sekitar eropah berdasarkan pengalaman sendiri juga rakan-rakan.


1) Bertopi... Si berkaca mata hitam
Mereka ada di mana-mana. Sentiasa mencari mangsa. Kami pernah diekori lelaki seperti ini di Trieste, Italy. Alhamdulillah kami sedar kelibatnya setelah asyik bertembung dengan dia. Pada mulanya memang tidak perasan. Dia siap boleh berdiri sebelah dan masuk ke kedai yang sama. Beberapa kali kami 'test' dia. Kami stop dia pun stop. Kami pusing patah balik. Jumpa dia juga. Sehingga kami sengaja masuk keluar kedai, namun dia tetap setia mengekori kami. Hampir satu jam melengahkan masa. Akhirnya dia hilang mungkin mencari mangsa yang lain. Dia mungkin menunggu kami lalu di kawasan yang agak sunyi. 

2) Pembawa bunga rose
Kejadian ini juga berlaku di Trieste. Dia datang memberi salam. Raut wajah memang baik ala-ala penjual karpet di Malaysia. Bertanya khabar. Memuji anak-anak. Kemudian dia beri rose kepada suami untuk diberi kepada saya. Suami menolak. Namun dipaksa ambil. For your beauty wife katanya. Banyak sangat ayat-ayat manis keluar dari mulutnya. Kami ambil sebab malas nak melayannya. Rupa-rupanya kami silap. Dia minta Eur 2 untuk bunga tersebut. Saya terus pulangkan dengan alasan tidak suka bunga dan durinya akan mencederakan anak-anak. Apa lagi kami cepat-cepat beredar dari dia.

3)Remaja, kertas dan sebatang pen
Hohenzollern bridge a.k.a Love Bridge terletak di Cologne, Germany. Ya, jambatan yang penuh dengan padlock cinta dan kasih sayang. Sesuai dengan tema jambatan ada pula sekumpulan remaja yang 'menggunakan' kasih sayang untuk memperdaya orang. Kita sibuk-sibuk ambil gambar jambatan, dia datang Hello Hello pula. Minta tandatangan untuk support usaha mereka memperjuangkan hak Orang Kurang Upaya. Kami hanya geleng-gelengkan kepala dan terus pergi tinggalkan mereka. Saya sempat mengendap perbuatan mereka dari jauh. Memang mereka minta tandatangan namun selepas itu minta duit. Iyalah, sudah tandatangan.. mana ongkosnya??? 

4)Anak beranak yang peramah!
Ini pengalaman rakan baik saya di Paris. Ada sekumpulan anak beranak orang Romania masuk ke dalam lif sekali dengan rakan saya. si ibu yang tua peramah bertanyakan perihal anak rakan saya ini. Lif yang penuh sesak dengan stroller, dengan geng anak beranak sehingga rakan tidak sedar beg galasnya di buka dan dompet dicuri.

Di dublin juga ada kumpulan orang-orang begini. Masuk ke dalam restoren. Mencari-cari mangsa yang meninggalkan beg di meja makan dan pergi ke toliet atau sinki basuh tangan. 

5)Gadis kesusahan di lapangan terbang
Cerita ini berlaku di Dublin Airport. Sewaktu dalam kapal terbang saya duduk di sebelah gadis cantik. Dia mengaku orang Germany namun bekerja di Belfast. Baik budaknya. Sewaktu di ruangan mengambil bagasi dia menghampiri kami. Muka macam tengah susah. Dia minta duit untuk tambang balik ke Belfast. Katanya tiada cash dan kad ATM nya rosak. Kami sedar dia sedang menipu. Kami bawa dia ke mesin ATM untuk mengambil duit. Duit tidak boleh keluar bukan kerana kad rosak tetapi kerana memang akaunnya tidak ada duit! Walaupun kami tahu dia menipu tapi kami bagi sahaja amaun yang dia perlu untuk tambang bas. Dia minta maklumat untuk bayar balik. Tapi itu hanya janji kosong sahaja (kami tahu tu... Hahaha). Sejak peristiwa itu saya malas nak beramah mesra dengan orang yang duduk sebelah semasa dalam kapal terbang. 

6) "Biar saya tolong angkat!"
Kejadian ini berlaku di Venice. Venice.. Bandar romantik atas air tu.. Bagi yang punya anak-anak kecil, ada stroller, melancong di Venice cukup mencabar! Naik turun tangga. Semua tempat, jalan dan jambatan bertangga! Sewaktu kami terhegeh-hegeh mengangkat stroller, datang beberapa orang (saya agak orang tempatan) ingin menolong kami. Kami fikir mereka ikhlas. Sampai sahaja di atas, mereka minta bayaran. Kami bayar dia buat muka tak cukup. Memang kami bagi segenggam syiling sambil buat muka.. Alamak! itu saja yang kami ada. Mungkin malas nak paksa kami, mereka angguk-angguk saja setuju terima jumlah itu. Berhati-hati dengan orang yang selalu nak tolong anda angkat beg, angkat itu, angkat ini di Venice. Kerana dia punya hati untuk 'angkat' duit anda!

Itu kisah stroller. Kisah yang saya pernah dengar tentang photographer tidak bertauliah pula, ada yang datang offer untuk tolong ambil gambar kita. Lepas dia tolong dia suruh kita bayar.. yalah, dah tolong kan? (Kalau tak bayar dia tak pulangkan kamera kita) Tak pasal-pasal anda guna khidmat photographer berbayar hari itu. 


7) "Encik, Ada barang bawah kereta,"
Kejadian ini berlaku pada jiran kami sewaktu mereka ke Paris. Kasihan mereka. Sewaktu parking di kawasan hotel, dua orang lelaki menghampiri suaminya. Memberitahu ada sesuatu di bawah bahagian depan kereta. Jiran saya ini ikut dia ke depan. Sementara rakan dibelakang mengambil beg dari bonnet kereta. Macam-macam dalam beg tersebut termasuk passport!

8) "Dah dengar saya main muzik, sekarang bayar!"
Kisah ini juga berlaku kepada rakan saya. Sedang menikmati suasana petang yang indah di Spain, dia di hampiri pemain muzik. Pemain muzik itu bermain muzik sambil memandangnya. Rakan saya hanya tersenyum (reaksi ini seolah-olah rakan terhibur dengan muzik yang dimainkan itu). Habis dia main muzik, dia minta rakan saya bayar! Hah, terkena pula!


9) Cenderamata diberi kepada anak
Kejadian ini berlaku di Paris. Sedang rakan saya membelek barang cenderamata di sebuah gerai, seorang lelaki (menjual cenderamata sambil berjalan) meminta dia duit untuk cenderamata yang dipegang oleh anaknya. Terkejut dia! Dia cuba pulangkan semula namun lelaki itu tidak mahu mengambil barang tersebut. Malas nak kecoh-kecoh rakan saya terus membayar harga cenderamata itu. 


Perkara utama yang perlu anda lakukan sewaktu melancong:

1) Sentiasa berdoa moga Allah lindung anda dari malapetaka yang buruk
2) Mata perlu lebih liar dari si penjahat
3) Sentiasa pastikan anak-anak berada dekat dengan anda
4) Perlu sedikit sombong dari melayan orang luar
5) Berhati-hati di tempat yang sesak
6) Jangan mudah percaya - Too good to be true!
7) Beg perlu sentiasa tertutup.
8) Elak travel bersendirian!
9) Ada ilmu tentang selok belok tempat yang ingin dikunjungi 

Eh, anda ada pengalaman kena scammed? Jangan malu-malu share di sini. Moga lebih ramai yang mengambil pengajaran dari kisah anda..

Selamat melancong ke Eropah! Hati-hati!

Perlu Tips melancong ke eropah? (Klik di sini)


6 comments:

  1. Subhanallah...macam2 rupanya yg berlaku..taktik utk meneruskan kelansungan hidup....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.kena selalu hati-hati. mana-mana pergi org mmg suka aim tourist..

      Delete
  2. kak, bnyk peristiwa best ...lagi best kalau ada gambar. wah request u..
    -umminani.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. good idea.. bila rasa org tu nak scam kite..cepat2 amik gambar dia.. ahahah

      Delete
  3. Takut dgr..adik ipr kene kat airport UK. scammer ni claim dia polis..nk cek beg pakaian. Pastu amek duit dlm beg..allahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lah jahatnya.. mmg kalu keluar melancong mmg risiko tetap akn ada. kalau tak besar.. kecil. kena slalu berdoa.

      Delete

Back to Top