18 May 2016

Tourist atau Traveller?

Saya pasti persoalan ini cukup popular di kalangan mereka yang gemar melancong. Kadang-kadang isu kecil ini suka sangat diperdebatkan. Ok, lupakan sebentar isu tourist dan traveller. Saya ingin kemukakan beberapa point penting (tourist buat, traveller juga buat) sewaktu melancong.

1) Tujuan melancong
Saya yakin anda sedia tahu tujuan anda berkunjung ke sesuatu tempat. Rata-rata memberi jawapan 'untuk melihat negara orang'. Ya, memang tujuan utama melancong untuk melihat negara luar. Budaya masyarakat, makanan, tinggalan sejarah, keindahan alam semulajadi dan banyak lagi untuk saya senaraikan di sini.  Khabarnya tourist melihat budaya, traveller 'merasai' budaya. Iya??


Pergunungan di banjaran Alps


2) Cara melancong
Setiap orang punya cara yang berbeza. Ada yang suka naik turun train. Naik turun bas. Mencabar katanya. Ada pula yang suka menyewa kereta. Mencabar juga memandu di negara orang. Selain itu boleh singgah berhenti di mana-mana sahaja sepanjang perjalanan. 

Kota Salzburg


3) Teman sewaktu melancong
Ada yang suka travel secara solo. Ada yang suka berpasangan. Ada yang suka berkumpulan. Ada yang suka bersama keluarga. Dengan siapa pun anda pergi melancong, yang penting anda selamat di sana dan tujuan anda tercapai.


4)Tempat melancong
Kata orang.. tourist akan berkunjung ke tempat-tempat tumpuan orang ramai manakala traveller akan ke tempat-tempat asing yang jarang dikunjungi orang. Pilihan tempat melancong sebenarnya lebih kepada minat seseorang. Sudah pasti anda tidak akan pergi ke tempat yang tidak menarik minat anda. Jika anda suka melihat Eiffel Tower, pergilah ke sana. Jika anda lebih suka melihat spesis kumbang di hutan Amazon atau masuk ke kawasan pribumi.. pergilah. Bumi Allah ini luas untuk kita pergi melihat keindahan yang Allah pinjamkan. 

Pheonix Park, Dublin - rusa liar yang jinak

5)Jangkamasa melancong
Tourist akan travel 10 hari. Traveller akan travel selama 10 bulan! Wow! Masa sangat subjektif. Setiap orang punya komitmen tersendiri (dari segi masa dan wang). 

6) Jumlah tempat dikunjungi
Adakah isu berapa jumlah negara yang dikunjungi dalam satu misi jelajah boleh diperdebatkan? Pandangan peribadi saya, sekali lagi komitmen dari segi wang dan masa yang memainkan peranan utama.

7) Aktiviti yang dilakukan
Tourist suka selfie? Tidak dinafikan ramai pelancong yang melancong ke negara luar pasti akan bergambar untuk kenangan. Ya, bergambar di Berlin wall. Selfie memandang Big Ben. Bergambar 'menolak' menara Pisa. Aksi jengket kaki menyentuh hujung Eiffel. Jadi apa yang traveller akan lakukan? Umumnya traveller lebih kepada mengambil gambar environment. Gambar orang tengah dukung anak. Gambar budak-budak tengah main aci kejar. Gambar labah-labah di celah batu. Selfie sambil naik rakit di sungai. 

Pandangan saya aktiviti yang dilakukan lebih kepada minat. Minat shopping tidak akan sama dengan minat trekking. Anda boleh jadi tourist yang buat/layan sahaja aktiviti on the spot dan anda juga boleh jadi traveller yang rancang aktiviti dan singgah selfie di Clifton Suspension Bridge di Bristol.

Kesimpulannya.. walau siapa pun anda, tourist atau traveller, sama-sama menjejakkan kaki ke negara tersebut. Sama-sama berjaya melakukan aktiviti mengikut minat masing-masing. Tourist atau traveller anda bertuah kerana dapat melihat dunia luar. Saya tabik anda berdua!

  
sumber gambar: www.holidify.com


Psssttt... Anda Tourist atau Traveller??


No comments:

Post a Comment

Back to Top