17 May 2016

Tips naik kapal terbang dengan anak-anak kecil



Melancong dengan anak-anak merupakan aktiviti luar yang paling kami sekeluarga suka. Inilah peluang untuk luangkan masa dengan mereka sambil beriadah dan melihat dunia luar. Percutian akan lebih seronok jika segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Tetapi kita juga perlu pandai untuk pikat emosi anak-anak supaya semua orang rasa gembira.




Sudah lama saya ingin kongsikan tips untuk naik kapal terbang dengan anak-anak kecil atas permintaan dari rakan-rakan namun tidak berkesempatan menulisnya.

Untuk memastikan segalanya berjalan seperti yang dirancang segala keperluan anak-anak sepanjang perjalanan perlu diambil berat supaya perasaan mereka sentiasa stabil dan mereka gembira sebelum sampai ke destinasi yang ingin dituju. Barang keperluan anak-anak berubah mengikut minat dan umur mereka. Juga mengikut jenis kenderaan yang kita naiki sama ada kereta, bas, feri ataupun kapal terbang.

Di sini kami ingin kongsikan barang keperluan anak-anak kami jika ingin bercuti dengan menaiki kapal terbang.

8 benda yang kami bawa untuk mengelakkan sebarang kesukaran semasa penerbangan. Dan juga untuk ibubapa yang suka berjimat.

1) Air mineral yang dibeli setelah melepasi security check point.

2) Kudapan untuk anak-anak: Bijirin segera seperti corn flakes, koko crunch yang diletak dalam bekas makanan, kuih dan pisang. Letak sahaja dalam tray yang disediakan untuk scan. Selalunya kudapan untuk anak-anak saya sediakan apabila menaiki kapal terbang domestik sahaja. Kalau yang berjarak jauh ada disediakan makanan jadi tidak perlu risau. Makanan dan minuman ada dijual di dalam pesawat tetapi harganya berbeza. Dah naik 30,000 kaki!

3) Beg galas untuk menyimpan baju persalinan (risau mereka muntah), lampin dan tuala mini.

4) Natural lip balm atau apa sahaja jenis pelembap bibir kerana bibir mereka selalu kering apabila berada dalam pesawat.

5) Beg plastik yang saya lipat atau gulung kecil-kecil buat menyimpan pakaian yang kotor semasa berada dalam kapal terbang. Kadang-kadang mereka muntah, ataupun kotor terkena makanan. 

6) Mainan baru (jika dirasakan perlu). Mainan baru lebih menarik perhatian anak-anak kerana mereka belum explore lagi mainan tersebut. Kalau mainan lama yang sudah biasa mereka main, memang kurang berkesan. Kanak-kanak mudah bosan apabila terpaksa duduk setempat. Jadi bawalah mainan baru atau mainan kegemaran mereka dan hanya keluarkan bila keadaan mendesak. 

7) Ubat-ubatan peribadi anak. Sekiranya anak ada penyakit lelah ataupun apa-apa penyakit yang memerlukan ubat yang spesifik, pastikan anda bawanya sekali.

8) Kusyen penyandar leher (jika dirasakan perlu). Ini untuk keselesaan mereka tatkala tidur.


Jika ada anak yang sering mabuk kenderaan, pastikan anda sediakan beg muntah. Minta beg muntah dari pramugari sebagai persediaan. Semasa kapal terbang baru mula berlepas dan waktu kapal terbang hampir mendarat boleh menyebabkan anak muntah.

Kami akan letakkan barang-barang ini dalam beg galas mereka. Masing-masing ada satu beg galas supaya mereka rasa teruja untuk pergi bercuti!





Ingin Tips melancong ke Eropah? Boleh baca di sini (klik)

Tips Travel bersama anak-anak kecil boleh (klik di sini)

Selamat melancong!
















No comments:

Post a Comment

Back to Top