18 May 2016

10 Tips Travel dengan anak-anak kecil

Hai..

Jika anda menemui entri ini bermakna anda sedang merancang percutian dengan anak-anak. Tahniah kerana tidak tinggal anak-anak di rumah!



Apa yang perlu kita lakukan jika ingin travel dengan mereka? Ada 10 tips yang ingin saya kongsi:

1) Bilangan hari travel
Perlu tahu anak-anak tidak fit macam orang dewasa untuk travel lama-lama. Paling lama mungkin 12 hari. Dan mereka mudah demam jika lama sangat travel.


2) Jumlah jam sehari
Sediakan itinerari yang bermula pukul 9 pagi dan tamat pukul 8 malam. Anak-anak perlu rehat yang cukup jika mereka keletihan pasti akan meragam.


3) Bahagikan itinerari anda
Pastikan itinerari anda adil. Maksud saya tempat-tempat yang ingin dikunjungi haruslah atas minat anda dan anak. Contoh: Anak-anak ikut kami melawat bangunan bersejarah selama satu jam kemudian kami ke kedai mainan atau playground selama satu jam. Jika dua jam masa diperuntukkan untuk shopping pastikan bawa mereka shopping barang yang mereka suka juga.


4) Pelbagaikan kenderaan yang dinaiki
Jika anda menyewa kereta, cari peluang untuk sesi naik bot, bas atau train. Anak-anak mudah bosan jika asyik naik kereta.

Boat tour - antara aktiviti yang sesuai untuk satu keluarga

5) Belanja makanan/minuman kegemaran
Anda pasti tahu makanan/minuman kegemaran anak-anak kan? Contoh anak-anak saya suka makan macaroon. Jadi kami akan cari macaroon sebagai hadiah penghargaan.


6) Baju yang selesa
Kadang-kadang apa yang kita rasa cantik dan selesa untuk anak, tidak bagi mereka. Jadi apa salahnya kita pilih baju kemudian tanya pendapat mereka yang mana mereka suka yang mana tidak. Contohnya anak-anak saya ( 6 dan 5 tahun) ada baju favourite yang mereka suka pakai. Dan kadang-kadang mereka request untuk pakai baju tersebut. Ada juga baju yang jika mereka pakai (saya pilih tanpa tanya pendapat anak) akan buat mood swing pada hari itu. Ha!Ha!Ha!. So better bincang dulu dengan mereka. 


7) Berhenti rehat
Ya saya faham jika pergi melancong macam-macam tempat kita nak pergi. Alang-alang sampai kan.. Tapi pastikan ada masa untuk anak berehat. Rehat fizikal dan minda. Berada di tempat tumpuan orang ramai memang serabut! Kalau kita pun rasa serabut anak lebihlah lagi! Bawa mereka duduk makan aiskrim atau ke tempat yang mereka boleh main kejar-kejar, main bubble, hilangkan stress mereka.

Kanak-kanak memang suka fountain

Sarah dan Ilman teruja benar membelek pelbagai jenis  padlock yang dikunci


8) Sentiasa ada bekal makanan
Perut anak-anak tidak sama macam kita. Bila berhenti makan, kadang-kadang mereka belum rasa lapar. Pastikan ada bekal makanan untuk mereka makan dikala perut tiba-tiba lapar. Jika makanan ruji anak anda nasi, pastikan mereka makan nasi. Kalau perut kosong muntah nanti. Anda boleh bawa nasi impit atau nasi biasa. Atau beli di restoren halal, Insyaallah pasti ada. Selain itu pastikan bekalan air kosong (air masak/air mineral) sentiasa ada. Elakkan minum terlalu banyak air manis. 

  
9) Bekal buah-buahan
Bila travel rutin makanan akan berubah. Seboleh-bolehnya pastikan anak-anak makan makanan yang seimbang. Beli buah-buahan yang anak suka. Pastikan anak makan satu jenis buah sehari. Anak-anak saya memang suka delima dan anggur. Jadi kami akan beli untuk mereka makan.


10) Jangan marah anak
Kita pergi bercuti bukan pergi berperang. Jauhkan negative mood. Jika anak buat salah, cari idea untuk tackle masalah itu selain daripada marah. Elakkan bawa anak-anak masuk ke kedai yang boleh mengundang marah anda. Contohnya kedai barangan kaca. Yes kita sedia tahu apabila sibuk membelek pinggan mangkuk (berjam-jam) anak mudah bosan. Mereka mula main kejar-kejar dalam kedai. Dan kita cukup risau kalau ada barang terjatuh dan pecah. Jadi kalau perlu sangat ke kedai barangan kaca, pandai-pandailah bincang dengan pasangan anda. Mungkin anda seorang saja yang perlu masuk ke dalam kedai. 


Jauh perjalanan luas pandangan. Kita yang mencipta pengalaman menarik atau ngeri untuk anak-anak. Kunci utama kita perlu ADIL, BIJAK dan SABAR. Barulah semua orang happyAdios!

Ingin baca tips melancong ke eropah? (Klik di sini)















3 comments:

  1. Terima kasih info tips berguna ni.. pcl anak2 dah besar.. tak perlu risau nk travel, cuma.. belanja agak besar sebab diorang tu dah dikira dewasa..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak-anak masih bawah 3 tahun syok jalan-jalan sebab masuk free..hahah.. kalau dah besar memang 'sedih' sikit.. semua kena bayar.. tapi takpe.. bole buat setahun sekali..

      Delete
  2. Anak sy travel ok je.part naik aeroplane tuu,fobia tempit sempit kut. Memang byk kali dah. Dah besar ni pn masih menangis2 nk turun kalau naik aeroplane 😂 kalau ingat balik mmg fobia nak travel tp tu laaa hati nak g berjalan haha

    ReplyDelete

Back to Top