17 June 2016

10 Fakta menarik tentang Travel!

10 Fakta menarik tentang Travel yang perlu anda tahu:


1) Percutian terbesar! 

Jutawan Li Jinyuan dari Tiens Group Company membawa 6,400 orang staf di syarikatnya bercuti di Paris sempena sambutan ulangtahun syarikat yang ke 20. Tindakan jutawan ini sekaligus mencipta rekod dunia dalam 'Breaking Human Chain'! Seronok juga kalau kita ada bos macam ini. Jika anda seorang Bos, apa kata anda contohi Li Jinyuan? Tak dapat bawa 6,400 orang, bawa 6 orang pun jadilah!


sumber: Dailymail.co.uk


2) Orang pertama mengembara ke 201 negara tanpa menaiki kapal terbang! 

Pernah atau tidak anda terfikir untuk melancong ke serata dunia tanpa menaiki kapal terbang? Hal ini sebenarnya tidak mustahil kerana Graham Hughes telah pun melakukannya pada usia 33 tahun! Beliau hanya menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, teksi dan keretapi untuk mengembara sejauh 257495.04 km selama 1426 hari! Perjalanannya bermula dari kediamannya yang terletak di Liverpool. Matlamat utama beliau "I think I wanted to show that the world is not some big, scary place, but in fact is full of people who want to help you!"


sumber: Dailymail.co.uk


3) Paris bandar tumpuan pelancong serata dunia!

Paris dengan nama jolokan 'Kota Cinta' terkenal sebagai pusat fesyen dunia dianggarkan menerima kunjungan seramai 86.3 juta orang pelancong dalam tahun 2015! Data ini dikeluarkan oleh United Nation World Organization's (UNWTO). Anda pernah berkunjung ke Paris? 


Pyramid Lourve


4) Spain negara paling mesra pelancong!

Apakah negara yang paling mesra pelancong yang pernah anda kunjungi pada pandangan anda? Ini kerana menurut laporan yang dikeluarkan oleh Geneva-based World Economic Forum memilih Spain sebagai negara paling mesra pelancong pada tahun 2015. 


sumber:abercrombiekent.co.uk


5) Passport Turki termahal di dunia!

Berapa harga passport anda? Berikut data yang dikeluarkan oleh GoEuro tentang senarai negara dengan harga passport termahal di dunia. Jika anda warganegara Turki, anda perlu membayar sebanyak RM 1030 untuk memiliki passport! 






6) Bilik hotel yang paling mahal!

Jika saya pergi melancong, perkara utama yang diberi penekanan ialah menyewa bilik hotel yang paling murah dan selesa! Jadi sudah pasti saya tidak akan bermalam di Royal Penthouse Suite di Hotel President Wilson, Geneva kerana bilik hotel ini berharga $83,200 untuk satu malam! Jika ditukarkan ke dalam Ringgit Malaysia, harga sewa suite hotel ini untuk satu malam ialah RM 341,548.. Wah!

sumber: edition.cnn.com


7) Sistem pengangkutan awam terbaik!

Pengangkutan awam merupakan salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kelancaran itinerari semasa melancong. Jika kita melancong ke negara yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang bagus, kita tidak perlu risau untuk explore ke merata ceruk negara terbabit. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Global Competitiveness untuk tahun 2014-2015, negara yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang terbaik ialah Hong Kong.





8) Canada miliki tasik terbanyak!

Ada yang suka picnic tepi tasik? Memancing dan berkayak? Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti rekreasi seperti ini, saya cadangkan anda berkunjung ke Canada kerana terdapat hampir 3 juta tasik di sini menunggu masa untuk anda kunjungi! Lebih 60% jumlah tasik di dunia terletak di Canada. 

sumber: www.kirpi.it


9) Raja Bahasa - Papua New Guinea

Apakah bahasa komunikasi anda? Inggeris? Jerman? Jepun? Di Papua New Guinea lebih 820 bahasa dipertuturkan. Agak-agak, Bahasa Melayu ada tak?




10) Melancong lebih baik dari membeli belah! 

Kajian menunjukkan wang yang digunakan untuk melancong akan menyebabkan anda bahagia daripada digunakan untuk membeli barang! Menurut Assoc. Prof. Norton dari Havard Bussiness School.. "We have shown in research that stuff isn't good for you. It doesn't make you unhappy, but it doesn't make you happy. But one thing that does make us happy is an experience." Jadi, untuk 'membeli' pengalaman, pergilah bercuti! Jom Travel!



Baca tips cara elakkan telinga berdengung/sakit telinga ketika naik kapal terbang. Klik di sini.

Baca tips jimat kos semasa melancong. (KLIK)


Mula menabung? Selamat melancong!



3 comments:

Back to Top