13 June 2016

Frambozen Kenari: Kuih sedap!

Minggu ini saya mula fikirkan juadah Aidilfitri. Bukannya apa, Aidilfitri kali ini merupakan yang terakhir kami menyambutnya di Ireland. InsyaAllah, jika diberi keizinan Allah tahun depan kami menyambutnya di Malaysia! 

Juadah raya

Teringin rasanya nak buat open house seperti rakan-rakan di Malaysia untuk merapatkan lagi silaturahim dengan sahabat-sahabat di Ireland. Juadah raya keluarga saya mesti ada rendang (ini wajib), selain daripada ketupat daun pisang bagi menggantikan lemang. Kerana di Ireland tidak ada daun palas dan juga buluh lemang! Nanti bila-bila saya masak ketupat daun pisang, saya kongsi ya! Selain daripada ketupat dan rendang, bihun sup atau mi rebus menjadi pilihan saya dan Encek Z. Bersyukur juga citarasa kami sama. Tidak perlu saya fikir susah-susah nak sediakan menu.. Hahaha. 

Anak-anak pula lebih suka kuih raya. Selalunya kuih raya saya habis dek dikerjakan mereka 3 beradik. Kadang-kadang, tak sempat tunggu pagi raya. 15 Ramadhan kuih saya licin habis! Salah satu kuih yang memang menjadi 'pojaan hati' anak-anak ialah Frambozen Kenari. Kali pertama terdetik untuk mencuba resepi Frambozen Kenari yang saya lihat di blog Azlita Masam manis (klik di sini). Langkah yang dikongsi cukup mudah. Tidak sangka rupa-rupanya sampai ada bengkel untuk belajar cara membuat kuih Frambozen Kenari ini. Tapi jika kita ikut step mudah yang dikongsi dalam blog Azlita saya pasti anda boleh buat dengan baik walau kali pertama mencubanya dengan izin Allah..

Ok. Saya nak tunjuk hasil Frambozen Kenari yang pertama kali saya cuba. Saya ni bukanlah kaki masak. Tapi kalau kaki jalan.. memang ya!


   
Bahan-bahan yang diperlukan untuk Frambozen Kenari:

1) Lapisan Cookies - based

284g tepung gandum 

45g gula kastor 

180g mentega


2) Lapisan Putih - Topping
60 g putih telur 
100 g gula icing
1 sudu teh tepung jagung

3) Jem strawberry

Cara-cara membuatnya:

1) Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
2) Ayak tepung gandum ke dalam adunan mentega dan gula.
3) Gaul sehingga menjadi doh.
4) Canai ke dalam loyang.
5) Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga kekuningan.
6) Setelah doh masak, keluarkan dan sejukkan.
7) Sapu jem strawberry atas permukaan doh.
8) Sediakan topping. Cara penyediaan topping - Satukan semua bahan untuk topping dan putar dengan kelajuan maksimum sehingga adunan topping likat.
9) Tuang topping di atas adunan kuih yang telah disapu jem strawberry. Tabur kepingan badam.
10) Bakar dalam oven suhu 90 darjah celcius selama satu setengah jam. Tutup api. Rehatkan kuih di dalam oven selama satu setengah jam lagi.
11) Apabila sejuk bolehlah dipotong petak-petak seperti dalam gambar.

Senang kan? Saya pun boleh buat. Anda lebihlah lagi.. Jadi azam saya untuk buat lagi sekali kuih ini untuk raya 2016. InsyaAllah..

Selamat mencuba!

Ingin tips melancong dengan anak-anak kecil? Boleh baca di sini. (Klik) 


8 comments:

  1. Serius first time dengar nama ni haha. Next time nak try lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. o yeke. tau pun sbb duk viral dlm instagram last year. bakers buat kelas utk biskut ni

      Delete
  2. Wahhh sgt mudah n nmpak sedap. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. senang je. boleh cuba nnti.lain dari kuih raya yg biasa2 kita mkn tu

      Delete
  3. Smlm sy cube buat.topping lembik.nape yea😓?

    ReplyDelete
    Replies
    1. topping tu.. lepas da bakar 90 minit suhu 90 darjah celcius.. tutup api.. ada tak rehatkan kuih dalam oven selaman 90 minit lagi? Kuih tu kena rehat dlm oven 90 minit lepas dah tutup api. Kemudian baru keluarkan and tunggu sejuk.. da sejuk baru potong..

      Delete
  4. Salam puan~

    Nak rehatkan kueh tu nak bukak pintu oven ke biarlan shj didalam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sy rehatkan kuih, saya tutup pintu oven.

      Delete

Back to Top