2 June 2016

Tips - Jimat kos semasa travel?

I travel.. I see and  I share!! Hai.. entri kali ini saya nak kongsi tentang bagaimana hendak berjimat semasa travel. Beberapa point remeh yang kita selalu terlepas pandang:

1) Makan dan minum
Buat sedikit pembacaan tentang makanan popular atau tradisi yang harus anda cuba di negara yang dikunjungi. Cari makanan itu sahaja untuk dirasa. Yang lain anda makan makanan yang anda masak sendiri. Bawa air masak dari tempat anda bermalam. Baca enti jalan-jalan cari makan di Germany kami.(klik)


Trdelnik - wajib cuba di Prague


2)Bermalam di tempat yang boleh masak
Saya tahu ramai yang suka bermalam di hostel. Terutama geng-geng travel berkumpulan atau yang solo. Jika berkumpulan sebaiknya check dahulu sama ada lebih jimat anda stay di hostel yang tidak boleh masak atau stay di tempat yang ada kemudahan dapur




3)Cenderahati
Duit banyak habis untuk cenderahati sahaja. Kalau beli satu untuk diri sendiri sahaja ok juga. Tapi biasa yang beli cenderahati ini banyak untuk kenalan dan saudara mara. So nak jimat macam mana? Cari kedai yang bukan kedai cenderamata. Contoh di Glasgow, Scotland ada satu pasaraya - Cash and carry wholesaler Bonnypack. Menjual pelbagai barangan dengan harga murah. Di situ ada jual fridgemagnet sekitar UK dengan harga £0.70 sekeping. Fridge magnet yang sama dijual di kedai cenderahati dengan harga £3. Di Ireland juga ada.  Mr. Price - Bargain shop. Fridge magnet dijual dengan harga Eur 0.50 sekeping. Jika anda ke Venice, cari cenderahati di kedai-kedai kawasan Rialto Bridge. Fridge magnet Eur 0.69 sekeping. London pula cari di kedai-kedai kawasan Bayswater. Ada yang mahal ada kedai yang buat clearance untuk cenderamata lama tetapi masih elok.

Salah satu kedai di Rialto Bridge, Venice

4) Pengangkutan
Jika anda travel solo atau couple, lebih sesuai menggunakan public transport terutama di Germany, London, Paris. Tetapi jika anda berkumpulan atau keluarga besar, sila study dahulu tempat-tempat yang ingin anda kunjungi- harga tiket, kemudahan parking, accessible. Adakah perlu untuk menyewa kereta atau menggunakan public transport. Adakalanya kereta sewa lebih jimat dan praktikal berbanding public transport.


5) Pakej
Pakej pelancongan. Ops! Pakej memang mahal. Serious! Carilah tiga empat orang rakan untuk travel bersama. Buat itinerari. Go! Tak susah pun..

6) Eurail pass?
Eurail pass - banyak hidden cost! Secara jujur not recommended. Pass yang dijual mengikut bilangan hari ini sebenarnya lebih mahal dari individual ticket yang perlu anda beli dari satu negara ke satu negara. Jika ke London anda hanya perlu beli Oyster card atau travel card. Oyster card dan travel card bukan dalam pakej Eurail. (Klik) untuk baca tentang Oyster card di London. 


7) Masuk percuma
Rajin-rajin survey attraction places yang masuk percuma. Terlalu banyak tempat-tempat yang tidak dikenakan bayaran. 


8) Jaga masa 
Better late than never?? Hahaha.. Bila travel, sila jangan gunakan peribahasa ini. Masa amat penting. Jika anda lalai, kadang-kadang anda terpaksa keluarkan lebih duit disebabkan oleh masa. Faham maksud saya? 


Ada lagi tips anda tahu dan saya tidak sebut di sini? Jom kongsi!

Perlu tips kembara ke eropah? (Klik di sini)


2 comments:

Back to Top