21 June 2016

Kisah garam dan musim sejuk

Garam memang banyak kegunaannya. Selain daripada perasa dalam masakan, garam ini penting bagi penduduk-penduduk yang tinggal di negara empat musim. Musim panas, musim luruh, musim bunga.. kami guna garam untuk memasak. Tapi, pada musim sejuk.. garam ni jadi 'teman istimewa' pula! 

Biasanya kaedah apa yang kita sering guna untuk cairkan ais? Ya. Betul jawapan anda - panaskan ais. Tuang air panas. Ais akan mencair. Tapi, ada cara yang lebih mudah dan jimat untuk mencairkan ais. Caranya adalah menabur garam di permukaan ais. Terkejut! Benda yang tidak panas pun mampu mencairkan ais?!


Garam yang saya maksudkan

Kebiasaanya, pada musim sejuk, salji akan turun. Kalau tiada salji pun, permukaan jalan akan licin kerana Frost (ais beku di permukaan jalan kerana terlalu sejuk). Bahaya untuk kenderaan. Bahaya juga untuk pejalan kaki. Memang licin jalan raya ketika ini. Saya dan anak-anak pun selalu tergelincir jika salah pakai kasut. Sebab itulah kebanyakan negara mewajibkan penggunaan winter tyre ketika musim sejuk. Winter tyre ini direka khas untuk cengkaman permukaan jalan ketika Frost. Selain itu, alternatif tambahan pihak yang bertanggungjawab adalah menabur garam di permukaan jalan.


Lori digunakan untuk menabur garam di atas jalan raya

Jika di kawasan kediaman, anda sendiri perlu membeli garam dan tabur di kawasan rumah.


Tabur saja garam macam biasa


Di kawasan luar kedai, selalu saya lihat tong-tong garam yang disediakan oleh pekedai untuk memudahkan urusannya menabur garam setiap pagi.



Sebenarnya, garam yang ditabur ke atas ais bukan bertindak secara langsung mencairkan ais tetapi garam akan menurunkan takat beku ais (dari takat beku normal iaitu 0 darjah celsius). Keadaan yang dipanggil Freezing Point Depression ini yang akan mencairkan ais. 

Fakta Sains mudah

Apabila garam (NaCl - Natrium Klorida)  ditabur di atas permukaan ais, molekul garam NaCl akan terurai menjadi ion iaitu ion Natrium dan ion Klorida. Ion-ion ini akan mengisi ruang di antara molekul ais, menjadikan jarak antara molekul ais ini renggang. Keadaan ini menyukarkan molekul ais untuk membentuk struktur molekul ais yang stabil. Maka ais akan mencair.

Jenis garam

Anda boleh cuba sendiri di rumah menggunakan garam dapur(NaCl) dan tabur di atas permukaan ais. NaCl - garam biasa yang kita guna untuk masak ini berkesan ke atas ais dalam suhu persekitaran lebih 16 darjah celsius sahaja. Tetapi di eropah, musim sejuknya suhu di bawah takat beku. Jadi, garam yang digunakan untuk menabur di luar kawasan rumah atau di jalan raya bukanlah garam yang sama yang kita guna untuk masak. Garam yang digunakan adalah dari unsur Magnesium Klorida, Kalsium Klorida dan beberapa jenis lagi.

Saya tidak tulis sesuatu yang 'berat' kan? Cuma sedikit Sains berkisar dengan kehidupan harian saya pada musim sejuk di Ireland. Anda boleh lihat suasana kawasan rumah saya ketika salji turun. Klik di sini.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Cerita Kembara Kami di Eropah!

3 comments:

  1. Replies
    1. Nak buat sendiri pun boleh..letak garam atas ais.nti ais cepat sikit mencair.

      Delete
    2. Nak buat sendiri pun boleh..letak garam atas ais.nti ais cepat sikit mencair.

      Delete

Back to Top