17 June 2016

Laksa Penang Orang Rantau

Benda paling mencabar ketika berada di perantauan bukannya untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan masyarakat sekeliling tetapi - saat anda scroll down laman di Facebook dan terjumpa gambar makanan kegemaran anda yang dimuatnaik oleh kawan! Perasaan ini tidak terungkap! Saat itu anda hanya mampu melihat sambil terbayang rasa makanan tersebut yang mungkin kali terakhir anda makan adalah beberapa tahun yang lepas! 

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya berada jauh dari tempat asal budaya dan tradisi anda? Jawapannya : Anda perlu sentiasa belajar! Ya, sekiranya anda tidak pandai memasak, anda perlu belajar masak - supaya dapat makan. Kalau makanan yang anda inginkan itu mudah untuk dipos, anda bertuah! Mungkin ada insan prihatin yang sanggup pos untuk anda makan. Permasalahannya, apa kata jika makanan itu tidak boleh dipos? Contohnya - LAKSA! Haha. Entri kali ini, saya akan berkongsi resepi untuk memasak laksa. Tapi tidak menggunakan ikan kembung. Saya gunakan ikan Mackerel. Nak tahu resepi ala Nur Yusuf? Jom baca!




Laksa Penang Orang Rantau


Bahan-bahan yang saya guna:

1 ekor ikan Mackerel (Rebus dahulu dengan beberapa keping asam keping dan garam kemudian diasing isi dan tulang ikan. Lebihan air rebusan digunakan untuk mengisar isi ikan dan tulang ikan) 



Seekor ikan harganya €1. Saiz lebih kurang satu kaki.


1 tin ikan sardin (hanya ambil ikan sahaja, kuah tomato asingkan)
3 biji bawang besar (kisar halus)
1 genggam daun kesum (kalau lebih lagi sedap!)

Daun kesum frozen
2 inci belacan bakar
 

Belacan Melaka yang dibawa jauh dari Malaysia


15 batang cili kering (Rendam dengan air panas kemudian kisar)
2 keping asam keping/asam gelugur

Cili kering siap dikisar

Cara memasak kuah laksa:

Dalam periuk, masukkan isi ikan yang telah dikisar bersama ikan sardin, masukkan juga tulang ikan yang telah dikisar. Pastikan tapis tulang ikan supaya hanya air tulang sahaja yang masuk. Masukkan bawang yang telah dikisar. Masukkan cili kering yang telah dikisar. Kemudian masukkan daun kesum dan garam. Saya tidak guna bunga kantan kerana Asian Market di Ireland tidak menjual bunga kantan. Rebus sehingga mendidih.

Sementara tunggu kuah masak, bolehlah direbus mi laksa dan sediakan bahan-bahan untuk ditabur atas laksa seperti nenas, timun, bawang, cili padi, telur rebus, limau nipis dan petis (saya beli petis di Asian Market) . Setelah kuah masak, hidang dan makan!



Selamat menjamu selera!

Untuk resepi turun temurun keluarga saya iaitu Agar-agar santan gula melaka, Klik di sini.

Nak belajar sediakan Tiramisu Strawberi? Klik di sini.




2 comments:

  1. Salam nur...kak lya singgah sini...Wahh siap.buat laksa penang noooo..sedapp nampak tuu...Nur naper tak letak butang follow kat blog..nak follow blog nur camne takdak butang follow laaa hehehe..tq letak blog kak lya kat bloglist nur..nnt kak lya letak blog mur kat bloglist kak lya ya..

    ReplyDelete
  2. oo. nti kite letak ye k.lya. tq. kite ni baru tgh blajar2 buat ni.. hehe

    ReplyDelete

Back to Top