9 June 2016

Mencari 'Schokolade' di Cologne

Schokolade - coklat dalam bahasa Jerman. Semasa Misi Kembara Eropah II, kami sempat singgah di Cologne. Di Cologne ada sebuah muzium coklat. Dan di situ juga dijual pelbagai jenis coklat buatan tempatan, dari Belgium dan juga Switzerland.

Schokolade museum di cologne
Tiba di muzium coklat ini, kami terus ke kafeteria muzium. Di sini ada menjual makanan dan minuman berasaskan coklat. Perasaan nak  makan coklat membuak-buak sebaik sahaja tiba di kafeteria. 

Sebahagian menu di kafeteria coklat

Nak tahu apa pilihan kami? Tunggu..

Pilihan yang pertama: 


Chocolate moose cake




Memang terserlah rasa coklatnya! Buat peminat tegar coklat, anda WAJIB rasa kek ini. Superb! 


Pilihan yang kedua:


Kalau kek yang pertama tadi superb.. yang ini super duper SUPERB! Terkejut bila rasa coklatnya yang betul-betul padat. Creamy. Tidak rasa manis gula tetapi manis coklat. Lembut. Krim coklatnya yang foamy rasa seperti aiskrim coklat mahal.. 

Pilihan yang ketiga: (Drum roll please..)


Eisschokolade

Eisschokalade atau dalam bahasa melayu nya air coklat ais. Ada beberapa scoop aiskrim vanilla dan juga cebisan kasar coklat yang ditabur. Ada whipped cream yang buat air coklat ais ini rasa lebih istimewa! Susah nak zahirkan perasaan tu.. huhuhu

Selesai merasai kesedapan dan keenakan coklat 'padu' di kafe ini kami ke kedai menjual coklat pula. Beratus koleksi coklat yang dijual. Rambang mata melihatnya. 

Antara koleksi unik yang menarik perhatian saya ialah:


Set gincu bibir Che Ta (gurau!) - Coklat berbentuk gincu

Coklat berbentuk gigi palsu

Coklat kasut! Ada yang nak?

Unik kan? 

Cukuplah kan? Ada banyak lagi koleksi. Tapi biarlah jadi simpanan peribadi. Hahaha. 

Serbuk minuman coklat pun ada
Banyak-banyak coklat yang ada, ini juga pilihan hati..

Nougat Cranberry - sangat sedap!

Coklat cili.. ni paling sedap!

Berpeluh nak selesaikan misi coklat ini. Memang menguji juga ketahanan mental - menahan diri dari memborong coklat! Apa-apa pun, secara keseluruhan.. coklat di sini memang terbaik! Gred A! 

Jika anda berpeluang ke Germany, singgahlah sebentar di Cologne untuk menikmati kesedapan dan keenakan coklat di sini! Jumpa lagi.. 

Saya ada berkongsi senarai makanan yang saya temui di Germany. Untuk baca entri jalan-jalan cari makan di Germany boleh klik di sini (klik)


2 comments:

  1. suka coklat jugak .....buat masa ni mampu makan cadbury jer....lain2 brand coklat mahal tak mampu .....apapun jadilahhh ...ehehehehe

    ReplyDelete
  2. Cadbury tu manis sgt.nti kite blk msia kite bawa coklat kt dila.insyaallah.tp mcm biasa bw blk coklat kt msia simpan fridge dlu.. sb smpi klia je dah lembik..

    ReplyDelete

Back to Top