11 August 2016

Panduan melancong ke Switzerland bersama anak-anak








Switzerland negara paling cantik dan paling mahal di eropah untuk melancong. Tetapi setiap swiss franc yang anda keluarkan pasti berbaloi! Anda tidak mungkin dapat melihat panorama yang sama di tempat lain. Jika anda sedang merancang untuk melancong ke Switzerland bersama anak-anak kecil anda boleh menggunakan panduan berikut:

1) Cadangan itinerari


Saya tidak akan cadangkan banyak tempat di Switzerland kerana kebiasaannya pelancong yang berkunjung ke Switzerland pasti akan berkunjung ke 2 atau 3 negara eropah yang lain juga. Contoh trip eropah yang hanya melibatkan 3 negara ialah Italy-Switzerland-Germany. Jadi masa dan wang merupakan faktor yang saya ambil kira. 

4 tempat menarik di Switzerland dan sesuai untuk seisi keluarga ialah: Bern - Lauterbrunnen - Jungfraujoch. Jika anda tiba dari Malaysia atau London, anda mungkin akan tiba di Geneva dahulu. Sekiranya anda melancong ke Italy sebelum ke Switzerland, kemungkinan anda datang dari Milan. Sekiranya anda menaiki kapal terbang murah dari mana-mana negara eropah, kemungkinan anda akan tiba di Basel dahulu. Maka adakan perjalanan ke Bern sama ada menaiki train, kereta sewa ataupun bas. 

Cadangan itinerari bermula di Bern, Switzerland.

Hari pertama: Melawat Bern. Bermalam di Bern.

Hari kedua: Bertolak ke Lauterbrunnen. Singgah sebentar melawat Interlaken dan kemudian ke   Lauterbrunnen. Bermalam di Lauterbrunnen.

Hari ketiga: Bertolak ke Jungfraujoch. Bermalam di Lauterbrunnen.

Hari keempat: Bertolak pulang atau ke negara eropah yang lain.

Bern 


Anda perlu melawat Bern sekiranya melancong ke sini kerana Bern merupakan ibu negara bagi Switzerland. Sebuah bandar yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi madieval. Luangkan sepanjang hari anda di Bern. Antara tempat menarik yang wajib pergi di Bern ialah:


1) Old Town Bern





2) Gurten Park


Gurten park merupakan taman rekreasi untuk seisi keluarga. Anak-anak pasti suka bermain di sini. Untuk sampai ke kawasan ini anda perlu menaiki Gurtenbahn untuk sampai ke puncak bukit Gurten. Di taman ini terdapat pelbagai permainan yang menarik antaranya ialah miniature train, wooden climbing, kiddie cars dan macam-macam lagi. Boleh bawa bekal makanan kerana kawasan ini sesuai untuk berkhelah.








3) Clock Tower


Ukiran Clock Tower yang terletak di Bern lebih kurang sama seperti Prague Clock Tower. Saya rasa fungsinya juga sama. Clock tower berada di Bim Zytglogge 3.






4) Einstein museum/Einsteinhaus


Jika anda tidak singgah terlalu lama di Gurten Park, anda mungkin sempat ke Einstein museum yang terletak berhampiran Clock Tower. Hanya lebih kurang 10 minit berjalan kaki menyeberangi sungai Aare. Einstein museum atau Einsteinhaus merupakan kediaman saintis terkenal Albert Einstein suatu masa dahulu.




Interlaken


Interlaken bermaksud 'di antara dua tasik' merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di antara dua tasik iaitu Brienzersee dan Thunersee. Pemandangan di kawasan Interlaken cukup cantik. Anda boleh menaiki keretapi di stesen keretapi Interlaken iaitu Interlaken OST dan Interlaken West untuk ke beberapa tempat tarikan pelancong antaranya ke Jungfrau. Jika anda singgah di Interlaken jangan lupa ke Unterseen iaitu pekan kecil berhampiran Interlaken West Train Station. Anda boleh bersiar-siar di pekan ini dan singgah di Coop supermarket. Barang-barang runcit dan coklat dijual dengan harga agak murah di Coop supermarket berbanding di tempat lain.




Lauterbrunnen


Lauterbrunnen merupakan pekan kecil dan anda hanya perlu berjalan kaki sahaja sekiranya ingin bersiar-siar di kawasan ini. Boleh juga menyewa basikal.

1) Lauterbrunnen town

Pekan ini juga cantik seperti Interlaken. Dari Lauterbrunnen terus ke Kleine Scheidegg dengan menaiki train untuk ke puncak Jungfrau iaitu Jungfraujoch.




2) Staubbach Falls


Terletak di tengah-tengah pekan Lauterbrunnen. Air terjun ini menambah keindahan panorama pekan Lauterbrunnen. Tiada aktiviti spesifik bersama anak-anak di sini. Cukup hanya jalan-jalan sambil menikmati keindahan alam. 



Jungfraujoch


Anda perlu ke Top of Europe gelaran bagi Jungfraujoch sekiranya berkunjung ke Switzerland. Stesen keretapi tertinggi di eropah terletak 3454 m dari aras laut!

Harga tiket ke Jungfraujoch walaupun mahal namun berbaloi kerana anda boleh melawat ke 3 tempat menarik secara percuma iaitu Ice Palace, Alpine Sensation dan The Sphinx. Manakala untuk bermain salji di snow fun Park, ada bayaran tertentu dikenakan untuk menyewa baju dan alatan.

Perlu semak dahulu cuaca di Jungfraujoch sebelum membeli tiket. Kerana jika cuaca tidak elok atau kabus tebal, sia-sia sahaja anda ke sana kerana banyak aktiviti yang tidak boleh dilakukan. Nak bergambar pun hambar!





1) Ice tunnel/Ice cave/Ice Palace

Ice tunnel ini adalah hasil kerja tangan sekitar tahun 1930 dahulu. Di dalam gua ini terdapat ukiran-ukiran haiwan yang diukir daripada ais sebagai hiasan.




2) Snow Fun Park



Harga tiket di snow fun park

3) The Sphinx observatory

Dari The Sphinx observatory, anda berpeluang melihat kecantikan dan keunikan Glacier disekeliling kawasan Jungfrau.





4) Adventure tour Alpine sensation 

Alpine sensation merupakan terowong ais yang panjangnya 250 m menghubungkan Ice Palace dan The Sphinx. Pameran dinding dan muzik sepanjang terowong ini mewujudkan suasana Jungfrau zaman dahulu dan sekarang.




2) Pengangkutan di Switzerland


1) Kereta sewa


Anda boleh menyewa kereta dari airport. Rata-rata harga sewa kereta (muat 5 orang) sekitar Eur 270 untuk 4 hari. 

Tempat paling jauh (sebelum ke Jungfrau) yang anda boleh pergi sekiranya memandu sendiri ialah Lauterbrunnen. Dari Lauterbrunnen atau Interlaken anda perlu menaiki train ke Kleine Scheidegg. Parking kereta di hotel sahaja, jalan kaki ke Lauterbrunnen train station kerana bayaran parking mahal dan selalu tiada ruang kosong. Anda perlu tiba seawal 8 pagi untuk membeli Good Morning tiket pada harga promosi CHF 145 (pergi-balik) bagi seorang dewasa. Kanak-kanak di bawah 6 tahun percuma. Dan seorang kanak-kanak berumur 6-15 tahun percuma dengan setiap pembelian 1 tiket dewasa. Masa promosi Good Morning ticket hanyalah bagi tiket pukul 8 pagi dan 8.30 pagi sahaja tetapi perlu bertolak pulang dari Jungfraujoch ke Kleine Scheidegg pada pukul 1 petang. Sekiranya anda terlepas waktu ini (8.00 dan 8.30 pagi), harga tiket seorang dewasa ke Jungfraujoch ialah CHF 204.40 (pergi-balik).

2) Train/bas/kereta kabel/bot


Jaringan pengangkutan awam di Switzerland memang terbaik! Sekiranya anda ingin menggunakan sepenuhnya pengangkutan awam sepanjang di Switzerland, saya cadangkan anda beli Swiss Pass. Untuk tiket second class bagi dewasa, 4 hari berharga CHF 251. Jika 3 hari CHF 210. Saya cadangkan cukup untuk 3 hari sahaja memandangkan hari keempat bertolak pulang, boleh beli tiket asing untuk ke airport. Lebih jimat dari beli 4 hari. 

Untuk ke Jungfraujoch, sekiranya anda memiliki Swiss Pass, Swiss half fare card, Eurail Global pass, anda boleh dapat diskaun sebanyak 25% dari harga asal. Maknanya anda hanya perlu membayar sebanyak CHF 153.30. Good morning ticket lebih jimat cuma tidak punya banyak masa di Jungfraujoch kerana perlu turun dari Jungfraujoch pada pukul 1 petang.


Selamat melancong ke Switzerland! Perlu panduan ke eropah bersama anak-anak? Boleh baca di sini. Klik. 



18 comments:

  1. Ye betul agree dengan sarah .... Switzerland negara paling cantik dan mahal . Tapi every cents really worth it . Bila tgk switzerland mesti teringat arwah ayah . Hmm... Travel plan yang tak jadi . Sebab ayah pergi bertemu Ilahi .

    Salam perkenalan sarah . =D

    ReplyDelete
  2. Akak sgt teringin nak ke Switzerland slps Kashmir..

    Ntah bila boleh sampai ek.
    But for sure yr blog i will refer nnt.
    Thanks for sharing dear.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah cantik-cantik temapt dia...

    ReplyDelete
  4. bestnyeee view pun cantikkkk..salam kenal sarah.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya Switzerland 😍 impian siqah mahu ke sana tapi mahalnya ya amat. Mampu tengok view jela sekarang. Seronok tengok gambar Switzerland cantik2 =)

    Salam perkenalan sarah =)

    ReplyDelete
  6. salam sarah.. saya akan ker switzerland bulan january 2017. saya memang bercadang utk naik ke Jungfraujoch. Saya sewa kereta sepanjang 3 hari di Switzerland. Boleh tak Sarah cadangkan dekat mana saya boleh parking kereta di area Lauterbrunnen ? Lagi satu untuk naik ke Jungfraujoch, untuk dapatkan harga tiket Good Morning tu, saya perlu beli tiket dari Kleine Scheidegg atau dari Lauterbrunnen ? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. good morning ticket di Lauterbrunnen train station.Boleh parking di train station.

      Delete
    2. Terima kasih kerana reply. Saya inginkan kepastikan memandu di switzerland memerlukan saya memohon lesen antarabangsa atau tidak ? Atau saya boleh sahaja menggunakan lesen memandu saya di Malaysia ni ? Thanks again

      Delete
    3. Ya perlu International licence.

      Delete
  7. thank sham your blog sgt membantu.. InsyaAllah trip to europe may nxt yr

    ReplyDelete
  8. salam kenalan.. boleh sya tahu bajet dalam 4 hari ke switzerland..
    nurulhanis84@gmail.com
    tima kasih blog sarah sanngat menarik..

    ReplyDelete
  9. salam kenalan.. boleh sya tahu bajet dalam 4 hari ke switzerland..
    nurulhanis84@gmail.com
    tima kasih blog sarah sanngat menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Budget ye.. Ikut individu juga. Tp swiss salah satu negara di eropah yg mahallllllllll... Hehe.

      Delete
  10. wah lawanya dlm checklist ni nk tour hala sana. hihi tp tak sure rezeki ada bila. bestnye kalau dpt landing kt snow tuuuuuuuuuu hihi

    ReplyDelete

Back to Top