Paris berada di kedudukan nombor satu dalam senarai bandar tumpuan pelancong serata dunia menurut data yang dikeluarkan oleh United Nation World Organization's (UNWTO) pada tahun 2015.
Bandar ini terkenal sebagai kota cinta dan sering menjadi destinasi pilihan untuk berbulan madu. Bagi mereka yang gemar barangan berjenama, Paris merupakan syurga fesyen dunia dengan lambakan butik jenama terkenal.
Untuk kali ini saya ingin kongsikan 5 perkara wajib buat sekiranya anda berkunjung ke Paris.
1) Bergambar
Rutin setiap kali melancong adalah bergambar supaya segala memori indah dapat disimpan. Ada banyak tempat menarik dan bersejarah di kota Paris ini. 4 tempat popular di Paris yang ingin saya kongsi dan menjadi landmark kota ini ialah:
1) Eiffel Tower
Eiffel tower merupakan menara besi berketinggian 300 m dibina di Champ de Mars di tengah-tengah kesibukan kota Paris.
 |
| Eiffel tower dari kejauhan |
2) Louvre Pyramid
Tapak lokasi pengambaran filem The Da Vinci Code ini menjadi tumpuan pelancong kerana di sini terdapatnya muzium yang menyimpan lukisan asal Monalisa yang dilukis oleh pelukis terkenal Leonardo Da Vinci. Bayaran masuk ke muzium ialah Eur 15. Tetapi jika anda kurang meminati seni lukisan, saya cadangkan cukuplah bergambar di sisi piramid kaca ini!
 |
| Pyramid Louvre sesak dengan pelancong |
3) Arc de Triomphe
Monumen ini paling popular di Paris. Tingginya 50 m terletak di tengah-tengah bulatan sesak Place Charles de Gaulle. Asal pembinaannya untuk memperingati jasa pejuang Perancis yang terkorban sewaktu Revolusi Perancis.
 |
| Arc de Triomphe tidak pernah sunyi dari menerima kunjungan |
4) Pont Neuf
Pont Neuf merupakan jambatan tertua di Paris yang dibina merentangi sungai Seine bertentangan dengan Eiffel tower. Di atas jambatan ini dibina patung King Henri IV. Di sepanjang jambatan Pont Neuf ada jualan cenderamata oleh penjual jalanan.
 |
| Sungai Seine mengalir tenang di bawah jambatan |
2) Jalan-jalan cari makan
Ada banyak agensi pelancongan yang menawarkan khidmat food tour. Namun bayarannya agak mahal. Bagi yang ingin berjimat anda boleh jalan-jalan cari makan sendiri! Di Paris anda perlu cuba senarai restoran dan makanan yang saya kongsikan ini:
1) Macaroon
Macaroon asalnya dari Itali kemudian menjadi popular di Paris. Walaupun macaroon sudah terkenal serata dunia, setiap pelosok bandar ada sahaja kedai yang menjual macaroon namun saya tetap pilih macaroon Paris kerana keunikannya yang tersendiri. Dua kedai macaroon yang tersohor di Paris ialah Pierre Herme dan La Duree. Ingin baca entri review tentang macaroon Paris boleh baca di sini.
Sila klik.
 |
| Jika Paris itu kota cinta, macaroon ini manisan cinta! |
2) Churros dan croissant
Kali pertama saya jatuh cinta pada churros adalah semasa di Paris. tidak pernah rasa churros sedap seperti itu. Lembut, lemak di bahagian dalam, luarnya rangup dan tidak berminyak. Dicicah bersama coklat cair.
Croissant khabarnya berasal dari Perancis. Perasa asli croissant ialah mentega namun sekarang ada pelbagai perasa dijual di kedai bakeri dan pastri.
3) Belacan Paris
Milik warga Malaysia yang menetap di Paris. Bagi mereka yang tiba-tiba rindu masakan asia di tengah-tengah kota Paris. Anda boleh hubungi Belacan Paris yang menawarkan perkhidmatan penghantaran hingga ke destinasi pilihan anda. Harga setiap menu juga amat berpatutan.
 |
| Halaman instagram milik Belacan Paris |
3) Shopping
Membeli belah merupakan terapi untuk kaum wanita. Pandangan peribadi saya kaum lelaki juga suka aktiviti ini. Tiba sahaja di Paris anda disajikan dengan pelbagai butik berjenama dari beratus pereka fesyen terkenal di dunia.
Antara kawasan membeli belah yang boleh anda kunjungi di sini ialah:
1) Gallery La Fayatte
Melangkah masuk ke dalam Gallery La Fayatte anda pasti terpegun. Rekabentuk bangunan yang cukup unik dan mewah. Pelbagai jenama ada di sini.
2) La Vallee Outlet
La Vallee outlet terletak di Serris 35 minit dari pusat bandar Paris. Juga merupakan kawasan barangan berjenama terkenal. Lazimnya harga yang ditawarkan jauh lebih murah cuma design agak terhad.
3) Champs-Elysees
Kawasan sepanjang jalan menuju ke Arc de Triomphe menempatkan barisan butik-butik berjenama terkenal.
4) Hiburan anak-anak
Bagi mereka yang bercuti bersama anak-anak, 2 tempat menarik yang pasti memberi kenangan indah buat anak-anak ialah:
1) Disneyland Paris
Taman tema yang pasti menjanjikan keseronokan buat anda seisi keluarga. Terletak bersebelahan dengan Disneyland Village. Sehari suntuk menghabiskan masa di sini pun tidak terasa.
2) Disneyland village
Disneyland village merupakan outlet yang menjual permainan kanak-kanak yang berjenama seperti Lego, Barbie, Toy stories dan pelbagai lagi.
5) Awasi scammers
Meskipun ini bukan topik menarik tetapi anda wajib tahu dan perlu berhati-hati. Sebilangan besar pelancong yang berkunjung ke Paris membawa pulang kenangan hitam sewaktu melancong ke sini. Anda perlu berhati-hati dengan penyeluk saku licik dan taktik-taktik scammers di kota ini. Boleh baca taktik scammers di entri ini.
Sila klik.
Selamat melancong ke Paris!
read more "