Anda
berada di entri yang betul untuk mencari hotel murah di UK! Di sini ada
beberapa perkara yang kami titikberatkan dalam pemilihan hotel di
United Kingdom:
1) Harga hotel -
harga hotel sebenarnya lebih murah jika anda tempah dari laman web
rasmi hotel berbanding dengan menempah dari ejen hotel. (sila tempah
awal)
2) Kemudahan Parking - kalau boleh yang percuma! Tak sanggup rasanya nak bayar parking yang kadang-kadang harganya separuh dari harga bilik hotel!
3) Boleh masuk 5 orang (kerana rata-rata hotel hanya untuk 4 orang sahaja) - 2 dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 bayi (Tips: di ruangan tempahan pilih 2 adults, 2 kids dan tanda di bahagian 'cot' untuk bayi.)
Di UK hanya ada dua rangkaian hotel yang menepati citarasa kami iaitu rangkaian Hotel Primier Inn dan juga rangkaian Hotel Travelodge.
Harga yang ditawarkan amat murah berbanding dengan hotel-hotel lain.
Namun saya nasihatkan agar menempah lebih awal kerana harga hotel
sentiasa berubah. Ada rangkain hotel Primier Inn yang tidak menyediakan
kemudahan parking percuma. Jadi anda perlu periksa kemudahan hotel yang
disediakan terlebih dahulu sebelum membuat tempahan.
Selain
daripada dua rangkaian hotel ini, terdapat juga rangkaian hotel budget
yang lain antaranya Campanile Hotel. Kami pernah menginap sekali sahaja
di rangkaian hotel Campanile walaupun harga yang ditawarkannya
berpatutan. Ini kerana kami perlu menyewa dua bilik untuk 2 dewasa, 2
kanak-kanak dan 1 bayi. Berbeza dengan Primier Inn dan Travelodge yang
membenarkan kami tidur lima orang sebilik (lebih jimat!).
HOTEL PRIMIER INN
![]() |
Manchester:
Sewaktu di Manchester kami menginap di Premier Inn Salford Quay.
Memang terbaik! Panorama indah bersebelahan dengan sungai. Harga yang
kami dapat £35 semalam(tanpa sarapan pagi) untuk 2 dewasa dan 3
kanak-kanak. Kemudahan parking percuma. Sila tempah awal untuk harga
murah.
Kami juga pernah menginap di Primier Inn Old Trafford.
Harganya juga £35 semalam (tanpa sarapan pagi). Kemudahan parking
percuma. Betul-betul berdekatan dengan Stadium Old Trafford. Bagi
peminat bola sepak yang ingin menonton perlawanan di stadium Old
Trafford dicadangkan untuk tidur di sini kerana hanya jalan kaki sahaja
ke stadium.
London:
Banyak
cawangan Primier Inn di London tetapi jika ke London kami hanya akan
menginap di Premier Inn Beckton. Harga hotel ini berubah mengikut
hari-hari tertentu. Namun harganya sekitar £35 hingga £60 sahaja
semalam. Kami pilih Primier Inn Beckton kerana bersebelahan dengan stesen Beckton. Hanya lima minit jalan kaki ke stesen. Mudah untuk ke London City.
Norwich:
Primier Inn norwich Broadlands Park terletak berdekatan dengan stadium Norwich. Kemudahan parking percuma
di sediakan. Pemandangan di sekitar kawasan hotel ini sungguh indah.
Sewaktu menginap di sini kami membayar £35/malam.
Bristol:
Ada
beberapa rangkaian hotel Primier Inn dan juga Travelodge di Bristol.
Target kami mencari yang paling murah! Jadi kami bermalam di Primier Inn Bristol South. £35/malam. Parking percuma disediakan.
Swansea:
Sewaktu di Swansea kami menginap di Travelodge Hotel Swansea M4 kerana harga yang ditawarkan £35/malam. Ada juga hotel Primier Inn di
sini tetapi kebetulan hari yang ingin kami tempah harga yang ditawarkan
£45. Jadi kami memilih untuk bermalam di Travelodge. Parking percuma
disediakan untuk tetamu hotel. Hotel ini terletak di kawasan R&R M4.
Bangunan hotel berkongsi dengan bangunan kedai.
Edinburgh:
Di Edinburgh kami menginap di Travelodge Hotel - Dreghorn Link Edinburgh. Sudah pasti kerana harganya £35/malam. Kemudahan parking percuma disediakan.
Belfast:
Primier Inn Carrickfergus Belfast terletak berhampiran laut. Kemudahan parking percuma disediakan. Sewaktu menginap di sini kami perlu membayar £35/malam.
Jika dibandingkan Hotel Primier Inn dengan Hotel Travelodge, saya lebih suka Hotel Primier Inn kerana hiasan biliknya yang cantik dan katil yang selesa seperti hotel yang menawarkan harga lebih mahal. Kemudahan WiFi yang disediakan percuma tanpa had. Berbanding Hotel Travelodge yang menyediakan kemudahan WiFi percuma hanya selama 30 minit.
Perlu Tips Shopping di UK? (Klik di sini)





















































