Dalam perjalanan dari kota London ke Stonehenge, kami singgah bergambar di David Mach Sculpture yang terletak di Kingston Upon Thames. Tujuan kami ke sini semata-mata untuk mencari pondok telofon yang menjadi trademark England sekian lamanya. Tetapi kami tidak mahu versi yang biasa-biasa.. Kalau yang biasa memang banyak terdapat di sekitar England.. Hahaha.. Apa yang aku maksudkan dengan 'bukan versi biasa-biasa'?
Sebelum tiba di David Mach Sculpture, kami perlu berjalan kaki lebih kurang 10 minit dari tapak parking. Sebagai pununjuk arah kami guna Google Maps.
Cantik marble mural di bawah. Aku memang pencinta street art yang tegar.
Memang tiada aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini selain daripada... POSING!
![]() |
| Harganya bolehlah. Tidaklah mahal. Empat ketul rib harganya £4++. Beserta french fries. |
![]() |
| Inilah kedai yang kami singgah untuk lunch! Berdekatan sahaja dengan sculpture tadi. |




























