Logo KBBA

2 March 2016

Menziarah Waterford.. Ibu Kota Kristal

Waterford merupakan bandar tertua di Ireland. Menurut sejarah, bandar ini dijumpai oleh orang-orang Viking pada tahun 914. Aktiviti yang boleh dilakukan jika anda datang ke Waterford antaranya ialah water surfing di Tramore, melawat Madieval Museum yang menyimpan khazanah tinggalan purba di Waterford dan berjalan kaki di sekitar bandarnya untuk melihat monumen tinggalan sejarah seperti Reginald's tower dan clock tower.


Bergambar sementara menunggu rakan-rakan yang lain untuk jalan-jalan di Waterford city

Inilah Tramore. Terkenal dengan aktiviti sukan air.


Clock Tower yang terletak di Waterford's Quay di percayai dibina sekitar tahun 1881 atas arahan Mayor Thomas Meagher. Kini menara jam ini merupakan landmark utama di Waterford. 

Itulah Clock Tower!

Kami parking kereta di waterford's Quay dan berjalan kaki sahaja pusing-pusing sekitar bandar.




Sekitar bandar Waterford




Kapal Viking


Inilah kawasan Viking House. Hanya tinggal Reginald's tower ini sahaja yang dibina oleh Reginald sekitar tahun 1003. Berketinggian 16 meter. Asalnya hanya menggunakan kayu tetapi telah dibina semula dengan menggunakan batu. Sepanjang hayatnya, Reginald's tower pernah berfungsi sebagai istana raja, pernah menjadi penjara, pernah diguna untuk menyimpan senjata dan rumah kepada Chief Constable of Waterford. Menurut sejarahnya orang-orang Viking banyak yang meninggal sekitar umur 40 tahun. Orang-orang Viking dipercayai amat mahir seni pertukangan antaranya membuat barang kemas, ukiran pada batu, tulang, logam, perabot kayu, kapal dan alatan muzik. Semua artifak yang dijumpai ada disimpan di Madieval Museum. 










Selesai melayan sejarah yang tinggal bolehlah terus ke Waterford Crystal. Waterford crystal merupakan kristal yang popular di Ireland.

Waterford Crystal mula beroperasi sekitar tahun 1783 merupakan pengeluar utama kristal sehingga kini.

Mahal-mahal harga kristal yang dijual. Halus buatannya, kemas dan cantik. Kristal lebih kukuh berbanding kaca yang mudah pecah.

Jika kita lihat dari luaran, tidak banyak beza antara kristal dan kaca. Lazimnya kristal hanya diminati oleh penggemar kristal sahaja. Mungkin kerana harganya yang mahal tidak ramai yang mampu memiliki koleksi kristal ini.

Mujur aku tidak dilahirkan sebagai penggemar koleksi kristal.. 







Tengok harganya.. tapi kalau dah minat apa salahnya kan? Hehehe


Sebenarnya ada pelbagai lagi tempat-tempat menarik di Waterford cuma kami tidak berkesempatan ke sana. Jadi ini sahaja yang dapat dikongsi. Jumpa lagi di entri yang lain!


Ingin tips melancong di eropah? Boleh baca di entri ini. (sila klik)


read more "

1 March 2016

Wales - Cinta terpaut pada Aberystwyth

Kawasan lapang, rumput yang tumbuh segar menghijau, biri-biri comel asyik meragut rumput memang sinonim dengan pemandangan di Eropah. Melalui kawasan bukit bukau menuju ke Wales bukan hanya paru-paru sahaja 'bernafas' otak dan minda turut bernafas sama.. Hanya rasa tenang yang menghuni hati ketika ini. 






Lebih kurang dua jam perjalanan kami tiba di satu bandar kecil di bahagian barat Wales. Terpukau seketika tatkala melihat pemandangan di sekeliling. Hati sedih tiba-tiba kerana kami hanya boleh berada sekejap sahaja di sini...
















Kami pusing-pusing sekitar bandar kecil ini untuk meninjau keadaan sekeliling.










Bagi yang ingin menaiki keretapi dan melihat keindahan Wales boleh datang ke sini. Keretapi akan melalui kawasan bukit bukau. Namun tidak beroperasi pada musim sejuk. Mungkin kerana cuaca yang tidak menentu - hujan ribut.. salji.. banjir... Teringat aku sewaktu kami melalui kawasan Snowdonia. Salji turun memutih tiba-tiba mengganggu penglihatan. Nak berhenti ambil gambar namun kawasan tidak sesuai. Kami berada di lereng bukit ketika itu. Jalan rayanya persis jalan lama ke Cameron Highlands. Bersimpang siur. 

Nasib kami lebih baik dari jiran yang turut berjalan-jalan sekitar UK. Kasihan mereka. Dalam perjalanan mereka ke Cainryan untuk menaiki feri pulang ke Ireland, mereka terkandas kerana banjir. Jalan terpaksa ditutup menyebabkan mereka perlu patah balik ke Wales dan menaiki feri dari sini untuk pulang. Jadi kita kena sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan ketika musim sejuk. Pandangan peribadi aku, musim sejuk bukanlah waktu sesuai untuk melancong ke Eropah jika melihat kepada faktor cuaca. Tapi.. kalau melihat kepada faktor lain, contohnya keseronokan membeli belah... datanglah pada musim sejuk! Ada Boxing Day tau...





Selain daripada grafiti, di eropah juga banyak marble mural. Kreatif!! 






Selamat tinggal Aberystwyth!! WE LOVE YOU!!!



Ingion tips melancong ke eropah bagi mereka yang pertama kali ke eropah? (Klik di sini)


Wales memang banyak ayat yang menggunakan huruf h, s, t, w, y. 
Contoh nya... dalam gambar di bawah:


Hahaha... jumpa lagi di entri yang lain... 


read more "

Singgah merakam memori di Cardiff dan Swansea


Jika anda taip 'Cardiff top 10 things to do' memang banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Bagi yang meminati sukan ekstrem dan sukan air, Cardiff antara tempat yang menjanjikan keseronokan untuk anda.

Kami tiba di Cardiff lewat petang. Lebih kurang pukul 5.30 petang. Biasalah musim sejuk malamnya lebih awal sekitar pukul 4.15 petang. Kami dalam perjalanan menuju ke Swansea untuk singgah bermalam. 

Pada waktu malam memang tiada aktiviti lain yang sesuai untuk dilakukan selain daripada jalan-jalan menikmati angin malam. Hujan renyai-renyai turun sewaktu kami tiba di Cardiff Bay Water. 

Wales Millennium centre terletak di kawasan Cardiff Bay. Bangunannya sangat besar. Di sini selalu berlangsung pementasan opera, komedi, aktiviti muzikal dan macam-macam lagi seperti aktiviti di Panggung Budaya. 

Plat ukiran huruf diperbuat daripada bronze yang disadur dengan copper oxide. Pada waktu siang boleh lihat warna plat yang perang berkilat.

Wales Millennium Centre
Cardiff Bay kawasan tepi laut. Kuat anginnya ditambah pula dengan hujan. Kami jalan hingga ke penghujung jeti kemudian berpatah balik ke kereta untuk terus ke Cardiff Stadium.



Inilah Cardiff Stadium!







Perjalanan diteruskan ke Swansea. Destinasi pertama ialah Liberty Stadium. 



Pada waktu malam. Esok kita datang lagi bergambar ye...

Travelodge M4 tempat kami bermalam. Murah sahaja. £35 semalam. Hotel ini terletak di kawasan rehat. Jadi senang jika nak beli apa-apa keperluan.







Pagi itu sebelum meneruskan perjalanan ke Aberystwyth  kami singgah di Swansea Marina. Rakam beberapa keping gambar.


Tertarik dengan pulau buatan ini. Dibuat khas untuk itik dan burung berehat.





Di tengah-tengah hiruk pikuk bandar Swansea masih gah tersergam monumen tinggalan sejarah. Swansea castle yang dahulunya pusat pemerintahan kini terbiar dimakan usia. Terletak di puncak bukit di bawahnya mengalir sungai Tawe merupakan kawasan paling strategik. Apa yang dapat dilihat kini cuma kawasan kecil bahagian istana yang dibina sekitar kurun ke 13. Kawasan utama istana telah tiada. Yang ada cuma bangunan-bangunan moden.  



Castle dalam bandar





Inilah bandar Swansea!!





Jom kita singgah dahulu di Swansea stadium. Encek Z nak cari ole-ole untuk dirinya... Hehehe...






Pusing-pusing sekitar bandar Swansea, terperasan banyak bangunan 'Free House'. Memang menarik perhatian saya untuk google 'what is Free House??'

Free House rupanya merupakan sebuah bangunan/pub yang menjual alkohol. Oh.. jadi tiada kaitan dengan kami.. Hahaha..




Saya tertarik dengan grafiti di tembok ini. Grafiti yang saya takrifkan sebagai satu seni yang menyimpan cerita tersendiri. Hanya yang melakar sahaja tahu apa perasaan yang terbuku di hatinya ketika itu.


Terima kasih sudi luangkan masa baca entri ini. Salam peluk cium dari Sarah!!!



Perlu panduan melancong dengan anak-anak kecil? Boleh klik di sini.


read more "
Back to Top