Ni gambar lama. 23 November 2013. Tapi end of 2014 baru release. Biasalah filem panggung. Haha. Masa ni busy ok. Sarah belum lahir lagi. Destinasi kami pusing-pusing sekitar Ireland Utara. Ireland utara berada di bawah jajahan UK. Jadi kami guna matawang pound sterling di sini. Route kami ialah Castle di Sligo-jalan pantai-national park-hotel-Giant Causeway.
| Castle terletak di co. Sligo. Waktu ni winter. |
| Dalam castle ada satu kawasan lapang. besar juga. dua kali padang bola seingat aku. |
| Inilah serba sedikit penerangan. Oh ya! namanya Ballymote castle. |
| Kawasan sekitar castle |
| Kawasan luar castle. Tinggi binaannya. |
| ok. Kita ke kawasan pantai pula.Strandhill beach. |
| Sejuk. Ombak kuat. sinonim dengan kawasan pantai di Ireland. |
| Sesat pun sesatlah janji pemandangan cantik. Kan?? |
| Ok. Ini tempat penginapan kami. Donegal Guest House. Rumah agam yg besar. Cantik. Terbaik! |
| Laluan ke pantai |
| Rumah api |
| Kami dan rakan-rakan di Ireland dan juga kenalan yang datang menziarah dari Malaysia |
| On the way ke Giant causeway. Kami singgah solat dalam kereta dan lunch juga dalam kereta di sini. |
| Sambil layan-layan bunyi ombak memukul tebing bukit... |
| Ok. Kita dah sampai ke Giant Causeway. Ini muzium. Kena beli tiket dulu untuk ke sana. |
| Apa yang istimewa tentang Giant Causeway? Nanti kita lihat sama-sama... |
| Masih lagi menyusur tebing untuk ke sana |
| Pemandangan sebelah kiri. sebelah kanan lereng bukit. |
| Nampak tak batu-batu berbentuk heksagon tu? |
| Perhatikan betul-betul. Batu-batu ni bentuknya serupa. Memang seakan tiang. Yang disusun rapi. Siapa yang menyusunnya? Tepuk dada.. tanya iman :) |
Itu sahaja yang nak dikongsi buat kali ini. Next time kalau kami pusing-pusing lagi, kami update ok! Babai :)
Z'nWifey

No comments:
Post a Comment