Entri kali ini berkongsi cerita sekitar musim bunga 2014. Kami bersiar-siar di Belvedere Park. Suhu sejuk sederhana lingkungan 15 darjah celcius.
| Beberapa ekor keldai mencuri tumpuan kami setibanya di sini. Kali pertama melihat keldai secara 'live'..hehe |
| Biri-biri yang keletihan... |
| Peta kawasan sekitar. Luas juga kawasannya. Kami tak teroka semua. |
| Korang agak-agaklah.. apakah objek di bawah jam ni? Aku rasa macam tanduk rusa. Macam pernah tengok kan? |
| Ilman cukup kagum melihat bola air tu. Lama juga dia tercegat di situ. Anak oh anak.. |
| Satu-satunya cafe yang ada di sini. Tak ramai pengunjung ketika ini. Pintu kaca yang terletak di hujung sekali tu merupakan pintu laluan ke taman. |
| Ini yang berlaku kalau ada anak kecil. Curiosity kill the cat! |
| Kawasan hutan yang cantik |
| Inilah pemandangan luar Belvedere House. |
| Menenangkan fikiran setelah bertungkus lumus di dapur pagi tadi.. hehehe |
| Denai ini membawa masuk ke dalam kawasan hutan kecil bunga biru tadi. |
| Antara aktiviti yang digemari Adam dan Ilman. Main buih sabun... |
| Belvedere Park merupakan kawasan hutan yang cantik. Anda hanya akan temui flora dan fauna yang semulajadi hidup di sini. Kawasannya tenang. Sunyi. |
| Seperti perumpamaan pohon tidak berdaun... |
| Rumah burung yang aku rasa unik.. |
| Perasan tak rumah burung tu? |
| Lagi rumah burung |
| Dan lagi... |
Kalau nak pelihara burung secara alami, tak perlu kurung dalam sangkar.. aku cadangkan cara yang paling bijak adalah dengan menyediakan rumah-rumah burung. Yup, memang akan ada burung datang singgah. Encek Z pernah bercadang nak buat satu rumah burung di laman belakang rumah kami. Mungkin di pokok epal. Mungkin di kawasan belakang tangki. Aku pun kurang pasti. Nanti bila encek Z siap projek rumah burung tu, aku update ok?
| Pondok buaian yang banyak terdapat di sekitar kawasan hutan |
| Runtuhan castle lama |
| Yang tinggal cuma dinding sekeping.. mungkin ada cerita di sebaliknya.. |

No comments:
Post a Comment