Bath merupakan salah sebuah bandar yang terletak di England. Terkenal di kalangan orang-orang Rom dahulu sebagai tempat utama mata air panas sehingga mereka membina tempat mandi air panas yang dikenali sebagai Roman Baths. Mungkin kerana itu 'Bath' mendapat nama. Pengalaman menjejakkan kaki di sini merupakan sesuatu yang sukar untuk dilupakan. Bangunan-bangunan dengan warna seragam perang muda mencuri perhatian buat seketika. Senibina Georgian yang terpelihara ini pasti menambat hati sesiapa sahaja yang memandangnya.
 |
| Suasana di Bath sekitar pukul 10 pagi |
 |
| Majoriti bangunan di Bath berwarna perang muda |
Singgah melawat ke Avon Valley Railway sebelum ke Bath
Kami melawat Bath pada musim sejuk. Pada mulanya tidak merancang untuk ke sini. Jujurnya kami tidak pernah mendengar nama bandar Bath sebelum ini sehinggalah diberitahu oleh kakak ipar yang pernah menetap di Leeds. Aku dan suami mengambil keputusan saat akhir untuk ke Bath. Kami bermalam di Bristol pada hari itu. Mula-mula kami merancang untuk pergi ke Clifton suspension Bridge namun rancangan itu kami tunda ke sebelah petang. Pagi itu kami terus ke Bath selepas melawat Avon Valley Railway. Masa perjalanan dari Avon Valley Railway ke Bath adalah selama 20 minit.
 |
| Bergambar di pintu masuk |
 |
| Keretapi tidak beroperasi pada musim sejuk |
 |
| Rekabentuk dan susun atur perabot dalam keretapi masih kekal seperti dalam filem Inggeris dulu-dulu |
Anda sebenarnya boleh menaiki keretapi stim ini. Bayaran berpatutan dikenakan. Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan Avon Valley Railway boleh didapati di sini.
Bath - Kota lama yang tidak lapuk dek hujan
Sambung cerita tentang Bath - Tiba di bandar Bath, gerimis mula membasahi bumi tua itu. Memang kami tidak ada hala tuju. Kami hanya pusing-pusing di sekitar bandar sambil menikmati keindahan bandar dan merakam beberapa foto. Aku terpana melihat terusan di Grand Parade. Suasananya cukup tenang. Kami singgah di sebuah kedai cenderahati. Selepas itu kami patah balik ke Bristol kerana tidak mahu lewat ke Clifton Suspension bridge. Matahari tenggelam pada pukul 4.30 petang. Kami tidak mahu ketinggalan merakam pemandangan jambatan itu pada waktu siang.
 |
| Grande Parade |
 |
| Pemandangan Grande Parade dari jauh |
 |
| Antara lorong-lorong pejalan kaki di Bath - Lihat warna bangunannya. Juga perang muda. |
Tidak puas rasanya berada di Bath hanya untuk beberapa jam namun cukup untuk menambah pengalaman baru buat kami. Bagi yang berminat untuk melancong ke Bath dan ingin merancang aktiviti boleh lawati laman web ini.
Clifton suspension bridge, Bristol
Tiba di Clifton suspension bridge lebih kurang pukul 3.30 petang. Kami terus memandu ke
Clifton Suspension bridge observatory point. Hujan turun agak lebat menyukarkan kami untuk membawa anak-anak sekali mendaki bukit. Terpaksa berpayung sambil mendaki. Syukur jalannya sudah diturap tar untuk pejalan kaki. Kalau tidak mungkin trek akan licin. Kami terpaksa bergilir-gilir untuk ke sana kerana mengambil giliran menjaga anak. Hanya mengambil masa beberapa minit untuk ke observatory point. Langsung tidak letih. Cuma baju sahaja yang basah kerana hujan.
 |
| Castle lama kecil di puncak bukit |
 |
| Pemandangan Clifton suspension bridge dari observatory point. Jambatan dibina merentangi sungai Avon |
 |
| Clifton suspension bridge - pemandangan dari kawasan kediaman penduduk |
 |
| Pemandangan jambatan pada waktu malam |
Clifton Suspension bridge sepanjang 412 meter mula dibina pada tahun 1829 dan siap pada tahun 1864. Maklumat ini kami perolehi sewaktu berkujung di
Bridgemaster's office. Segala sejarah tentang jambatan ini ada di sini termasuklah cadangan-cadangan awal rekabentuk jambatan oleh beberapa arkitek. Pada yang suka menyimpan cenderamata kenangan bolehlah berkunjung di Bridgemaster's office yang terletak di sebelah kiri anda sebelum melintasi jambatan. Bayaran £1 dikenakan untuk kenderaan yang ingin melalui jambatan manakala percuma untuk pejalan kaki.
 |
| Bridgemaster's office |
 |
| Antara barang pameran dalam Bridgemaster's office |
Arkitek yang bertanggungjawab dalam idea awal rekabentuk dan pembinaan Clifton suspension bridge ialah Isambard Kingdom Brunel, William Henry Barlow dan John Hawkshaw.
Belon udara panas
Sebenarnya ada macam-macam acara di dua bandar ini cuma pada musim sejuk segala aktiviti dihentikan. Jika anda melancong ke Bath atau Bristol pada musim panas, bolehlah naik belon udara panas ataupun cukup hanya bergambar berlatarbelakangkan jambatan dan juga belon udara panas yang cantik di udara.
Memang berbaloi melacong di Bath dan Bristol. Rekabentuk bangunan, jambatan dan pemandangan yang cantik pasti membuat lensa kamera anda sibuk! Sila berkunjung di dua bandar ini jika anda berkesempatan melancong ke United Kingdom nanti. Selamat melancong!
No comments:
Post a Comment