Kinsale
Ireland cukup terkenal dengan keindahan pinggir pantainya. Angin dingin yang kadang-kadang buat kita rasa nak pakai baju tebal walaupun di musim panas (summer). County Cork merupakan salah satu bandar tumpuan pelancong jika berkunjung ke Ireland selain dari Galway, Dublin, Waterford dan Northern Ireland.
Tujuan kami ke Cork untuk menziarahi sahabat-sahabat Malaysia yang menetap di Cork. Kami sempat bersiar-siar di beberapa buah bandar menarik yang terletak di Cork antaranya ialah Kinsale dan Cobh.
Untuk entri ini, saya akan berkongsi sekitar Kinsale sahaja kerana koleksi gambar-gambar di Cobh hilang dalam simpanan. (#nangis)
Di Kinsale, kami bersiar-siar di Kinsale Harbour, Charles Fort dan Old Head.
Di Kinsale, kami bersiar-siar di Kinsale Harbour, Charles Fort dan Old Head.
![]() |
| Kinsale Harbour |
| Bermain pasir di Pantai Kinsale |
| Pemandangan Bandon River dari Charles Fort |
Charles Fort terletak berhampiran Kinsale Harbour. Kedudukannya cukup strategik di tebing bukit Bandon River. Kota yang berbentuk bintang ini dibina sekitar tahun 1670.
| Pandangan atas kota. Gambar ini diperolehi dari galeri pameran di Charles Fort. Kota ini berbentuk bintang |
| Adam dan Ilman berkejaran di pintu masuk Charles Fort |
Salah satu pinggir pantai yang tercantik di Ireland terletak di Old Head. Pemandangan biru Lautan Atlantik yang luas terbentang cukup menenangkan.
| Berlatarbelakang tebing laut di Old Head |
| Kawasan padang golf |
| Angin dan deru ombak sama kuat |
| Dari jauh pemandangan kawasan padang golf kelihatan rumah api |
Sebelum ke Cobh, kami singgah makan tengah hari di Dinos yang terletak di Kinsale.
Antara menu Fish n Chip yang kami pesan ialah:
| Onion ring - wajib cuba. Sedap! |
Boleh pilih jenis ikan mengikut yang kita suka. Pelbagai ikan ada antaranya Salmon, Hake, Dowry, Seabass, Seabream.. eh! Banyak lagi lah!
Terima kasih singgah di blog kami. Moga ada info berguna untuk anda!
Nak baca pengalaman petik epal kami di Cahir? Boleh baca di sini (klik)




No comments:
Post a Comment