Cologne atau lebih mesra dikenali dengan nama Köln dikalangan penduduk tempatan merupakan kota lama yang kini sudah berusia 2000 tahun. Di tengah-tengah kesibukan kota lama ini mengalir tenang sungai Rhine dan sebuah jambatan pengikat cinta dibina merentangi sungai. Kölner Dom atau Cologne Cathedral yang mula dibina sekitar tahun 1248 masih utuh dipelihara sehingga kini.
| ||||
| Hohenzollern Bridge dikenali sebagai 'Love Bridge' dibina merentangi sungai Rhine |
| Kölner Dom |
Kami singgah di Colonge dalam perjalanan menuju ke Luxermbourg. Hari ini merupakan hari ke-9 misi kembara eropah.
Melihat berjuta-juta padlock yang dikunci di tepi Hohenzollern Bridge.. agaknya mungkin kerana itu juga jambatan ini lebih terkenal dengan nama 'Love Bridge'.
![]() |
| Mengambil kesempatan merakam memori di sini |
| |||
| Bergambar di tengah-tengah jambatan |
| |||
| Pemandangan sungai Rhine dari atas jambatan |
Adam, Ilman dan Sarah begitu teruja melihat padlock yang terlalu banyak sehingga sukar untuk kami ajak mereka bergambar.
Selesai bergambar dan berjalan-jalan menyusuri sungai Rhine, kami singgah minum petang di cafe Winterterrasse yang terletak di Cologne Chocolate Museum.
Puas menikmati rasa coklat yang memang terbaik kami kemudian singgah di kedai coklat bersebelahan cafe. Pelbagai jenis coklat, rupabentuk dan rasa dijual di sini.
![]() |
| Antara coklat yang dijual di sini |
Catatan perjalanan di Cologne, Germany berakhir di sini. Jumpa kami di Luxembourg! Bye!!







No comments:
Post a Comment