Mainz adalah destinasi persinggahan kami dalam perjalanan menuju ke Frankfurt city. Dua tempat yang sempat kami pergi ialah Fan shop Coface Arena dan Kirchgarten.
Coface Arena dibuka secara rasmi pada 4 Julai 2011. Stadium yang terletak di kawasan padang rumput yang luas ini mampu menempatkan seramai 34 000 penonton.
![]() |
| Kelab: FSV Mainz 05 |
Kemudian kami ke Kirchgarten yang terletak dalam kawasan pedestrian street di kawasan bandar Mainz. Bangunannya cukup unik mirip bangunan-bangunan di Romerberg, Frankfurt. Kawasan ini adalah salah satu tempat tumpuan pelancong jika berkunjung ke Mainz. Masa perjalanan dari Coface Arena ke Kirchgarten hanya 10 minit menaiki kereta.
![]() |
| Kawasan pejalan kaki di Kirchgarten |
Di sini terdapat butik-butik berjenama terkenal, kedai cenderamata, bakeri, cafe dan restoran. Lebih kurang satu jam kami peruntukkan untuk jalan-jalan sambil bergambar dalam kawasan ini.
Gambar-gambar sekitar bandar Mainz.
Kemudian perjalanan diteruskan ke Frankfurt city. Kami bermalam di AirBnB yang terletak di Langen kerana harga hotel untuk 5 orang di Frankfurt city terlalu mahal. Jumpa lagi di entri Frankfurt!



hi, boleh saya dapatkan airbnb di langen.. terima kasih
ReplyDelete