Hari ke 8 misi kembara eropah kami tiba di Dortmund. Dortmund merupakan destinasi persinggahan kami untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke Cologne dan Luxembourg keesokan harinya.
 |
| Dortmund - U Tower |
 |
| Novum Business Unique Hotel |
 |
| Adam, Ilman dan Sarah asyik benar melihat ikan laut masin dalam akuarium - di Hotel |
Sebelum meneruskan perjalanan ke Cologne, kami singgah dahulu di Signal Iduna Park homeground bagi pasukan Borussia Dortmund.
 |
| Adam berlatarbelakang stadium |
 |
| Pemandangan stadium dari tingkat atas Fan shop |
Seperti biasa jika ke stadium kami akan singgah di Fan shop. Fan shop Borussia Dortmund sangat besar. Dua tingkat. Dan ada cafe, mini playground, mini court untuk bermain bola bagi kanak-kanak dan booth untuk bergambar. Seronok juga. Biasa kalau ke Fan shop pasukan lain, hanya ada jualan barang-barang sahaja.
 |
| Jersi pasukan Borussia Dortmund |
 |
| Berlatarbelakang pemandangan gambar stadium |
 |
| Photo booth |
 |
| Mafla atau shawl atau selempang - ada pelbagai |
 |
| Soccer table - seronok tau main ni |
 |
| Replika kerusi VVIP dalam stadium |
 |
| Kuning - Hitam = Anggun! |
 |
| Opel Adam (nama kereta ni) |
Selesai urusan membeli belah encek Z, kami keluar bergambar di luar pula.
 |
| Dengan papan iklan pun jadilah.. |
 |
| Penutup longkang pun cantik. Terbaiklah! |
Eh, jom ke
Cologne. Kita layan
Love Bridge pula!
No comments:
Post a Comment