12 January 2015

Powerscourt Waterfall, Dublin

Musim panas yang lalu kami ke Powerscourt Waterfall terletak di county Wicklow, Ireland. Air terjun ini merupakan air terjun yang tertinggi di Ireland. Terletak lebih kurang satu jam dari pusat bandar Dublin. 

Walaupun cuaca agak panas terik namun air sungainya sangat sejuk. Tak mampu rasanya nak terjun bermandi manda. Lagipun memang tak ada orang yang mandi. Mungkin sebab sejuk.

Macam-macam aktiviti yang boleh kita buat di sini antaranya BBQ dan sun bathing. 

Untuk berkhelah di kawasan ini, masa yang dijadualkan adalah seperti berikut:
Jan/Feb/Nov/Dis - musim sejuk. Dibuka pada pukul 10.30 pagi hingga 4.00 petang.
Mac/Apr/Sept/okt - 10.30 pagi hingga 5.30 petang.
Mei/Jun/Julai/Ogos - 9.30 pagi hingga 7.00 petang.

Bayaran tiket:
Dewasa Eur 5.50
Pelajar Eur 5.00
Kanak-kanak 3-12 tahun Eur 3.50
Keluarga (2 dewasa, 3 kanak-kanak) Eur 16.00


Satu-satunya air terjun yang ada di sini





Berlatarbelakang air terjun. Kenangan empat sekawan. Adam. Jazril. Ilman. Jazman.


Kawasan parking



Z.

No comments:

Post a Comment

Back to Top