15 October 2015

Tempat-tempat menarik untuk dilawati di Netherlands/Belanda

Apabila melancong bersama anak-anak kecil, kita perlu fikirkan tempat-tempat yang sesuai untuk bawa kanak-kanak dan bayi kerana banyak tempat dan aktiviti yang tidak sesuai untuk mereka. Tetapi jika anda mahu melancong ke Netherlands/Belanda, tidak perlu risau kerana banyak tempat menarik yang sesuai untuk dikunjungi walaupun dengan anak-anak kecil.  

Di sini saya nak kongsi 8 buah tempat yang menarik dan sesuai untuk anda yang berkeluarga. Sila hadam betul-betul ya? Enjoy!

1) Taman bunga yang terletak di Keukenhof.



Taman bunga ini hanya dibuka pada musim bunga (Spring). Biasanya di pertengahan bulan Mac sehingga pertengahan bulan Mei. Segala maklumat berkenaan harga tiket, kemudahan yang disediakan dan tempahan tiket boleh layari laman web ini. Tiket Keukenhof.


2) Netherlands juga popular dengan Kincir yang boleh anda lihat di kawasan ladang dan juga di tepi lebuh raya. Jika ingin melihat kincir yang digunakan oleh rakyat Belanda sekitar abad ke 17 dan sebelum kincir moden digunakan bolehlah berkunjung ke Zaanse Schans.


Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berbasikal dan menaiki bot. Jangan lupa untuk membeli pelbagai jenis keju yang dijual. Kincir-kincir lama masih beroperasi untuk dipamerkan kepada pengunjung.


3) Makan seafood dan menunggu feri di Volendam. Ingin merasa keenakan seafood Volendam? Anda boleh bersiar-siar di pekan Volendam sambil menikmati makanan laut yang enak-enak. Sama ada ingin duduk makan di restoran ataupun beli dari food truck di kawasan tepi jeti. Jika ingin masak sendiri, boleh beli seafood yang murah-murah di pasaraya Deen.





4) Ingin melihat bagaimana terompah kayu dibuat? Anda berpeluang menyaksikan sendiri demo membuat terompah kayu/clog sambil melihat suasana perkampungan nelayan yang terletak di Marken.
                                                                                                    




5) Apabila melawat ke tanah belanda tidak sah jika tidak mengambil peluang ini untuk menyusuri terusan/canal di Amsterdam. Amsterdam memang terkenal dengan terusan air yang jernih dan tersusun. Anda boleh lihat terusan air di kiri kanan jalan sama ada di kawasan perkampungan mahupun di tengah bandar. 




6) Bergambar di tulisan I AMSTERDAM

Tulisan I AMSTERDAM  terdapat di beberapa buah tempat. Tetapi jika mahu pemandangan yang cantik untuk bergambar bolehlah ke Rijksmuseum.




7) Jika ingin melihat rumah kiub dan membeli  belah di pasar besar yang menjual pelbagai jenis barang, buah-buahan dan makanan silalah singgah di Rotterdam. Pelbagai jenis makanan laut dijual di pasar terbuka dan juga pasar dalam bangunan (Markthall) di sini. 






8) Untuk peminat bola sepak jangan lupa untuk berkunjung ke PSV Eindhoven yang terletak di Eindhoven dan juga Fayenoord Stadion yang terletak di Rotterdam untuk membeli jersey dan juga barang cenderamata yang lain.




Menarik tak? Apa tunggu lagi? Cepat-cepat tempah tiket dan penginapan di Netherlands. Ingin tips untuk persediaan melancong ke eropah? Boleh baca entri "Tips melancong ke eropah bersama anak-anak kecil". 

Like Fanpage https://www.facebook.com/ssoffiya/ kami di Facebook untuk update tempat-tempat menarik di benua eropah..

Selamat bercuti!!!



2 comments:

Back to Top