25 December 2014

From Athlone to UK - Episode London


Hello London!

Sejak dari kecil aku memang teringin nak jejak kaki di kota London. Semua gara-gara makcik dan kakak ipar aku yang belajar di London. Bila mereka bercerita tentang London. Aku siap berangan sendiri... Tapi bila kaki sendiri yang jejak di bumi London, mata sendiri yang melihat.. Oh, tak jauh beza dengan Kuala Lumpur. Bandaraya yang sibuk. Sesak. 


London Eye. Mengingatkan aku pada Eye on Malaysia. Yang kat Malaysia tu aku naik. Yang ni kami tak naik. Sebab tak sanggup nak tunggu lama-lama kat dalam cable tu. Berjanggut kut tunggu nak naik, beratur panjang. Lagi berjanggut tunggu wheel tu pusing. Haha..
Suhu di London lebih panas jika dibanding dengan Ireland.. nampak tak terik matahari?
Taman di sekitar London eye


Hasil-hasil kreativiti. Seperti  yang aku selalu cakap, jika kamu terhibur sila beri sumbangan


Berlatarbelakang bangunan Big Ben. Ini juga salah satu mercu tanda kota London.

Kasi close up!
Big Ben. Kalau korang ke sini, korang akan jumpa banyak cenderamata replika Big Ben. Boleh beli bawa pulang.

Pemandangan ini di ambil dari atas jambatan 'Tower Bridge'

Pemandangan dari jauh. Objek: Tower bridge

Biasa saja. Macam Kuala Lumpur kan?

Satu kon 2.5 pound

London Bridge - merentangi River Thames











Inilah Tower Bridge. Jambatan bercabang berwarna biru.

Bayaran masuk untuk naik ke atas menara 'tower bridge'









Ini bukan patung. Orang tau. Mula-mula aku ingat robot. Terkejut aku bila pergi dekat... 




Nak baca lagi entri jalan-jalan London? Klik di sini




No comments:

Post a Comment

Back to Top