29 December 2014

FROST di Sli An Aifrinn



The snow glows white on the mountain tonight
Not a footprint to be seen
A kingdom of isolation
and it looks like I'm the queen

(Wahh... fefeeling Frozen gituuu...)

Suhu -3 degree. Bangun pagi tengok putih je keliling rumah... Aku ingat salji turun malam tadi. Tapi bukan. Inilah ais. Macam duduk dalam peti ais! Jom Adam, Ilman, Sarah.. main kat luar! 

Ais halus atas kereta. Atas jalan raya pun putih-putih

Laman belakang rumah kami bagai ditabur tepung

Laman jiran...



Sli an aifrinn 




Tiang gol pun beku. Mula-mula aku cuba alih slide. nak buat prop berdepan dengan tiang gol. Sekali tengok-tengok slide pun beku daaaa... tak boleh alih. Walau seinci.. abes tu macam mane encek Z?


Wajah-wajah ceria walau kesejukan. Tahun lepas kami bertiga je (tak termasuk papa). Tahun ni berempat. Tahun-tahun mendatang berlima.. berenam.. bertujuh... hahahaha





Air bertakung yang telah beku. Ni sebenarnya pokok cili. Tapi dah lama aku tanam. yang tumbuh cuma pokok liar. agaknya benih cili tu dah membeku kat dalam.. ;p

Korang boleh teka tak ni apa? Ni pun turut sama membeku. sekali aku tengok macam kaca murano Venice plak. Yelah.. dalam ada isi macam bunga-bunga. Ini sebenarnya cat food. encek Z yang beli. Dia kan selaku pencinta kucing dalam rumah kami. Tapi kucing kt Sli An Aifrinn ni pelik. Langsung tak sentuh makanan yang aku bagi. Eh, dia makan apa ye? ada idea?





Main-main ais



Pokok epal juga diliputi ais...winter jangan haraplah nak tengok epal. epal cuma ada masa autumn. masa spring nanti penuhla bunga pokok epal ni. Nanti aku upload gambar yek..

Ini namanya keterpaksaan. Hahaha.. Sarah pun tak ketinggalan merasa kesejukan ais. Sengaja bonda letak situ. kut nanti besar boleh cerita kat cik Sarah.. eh, awak dulu merasa semua ni tau...







Permata bonda :)





Adam nak rasa naik ice slide. sejuk woo.. 



Rasa rumput beku ni keras. Macam pijak longgokan ais. Krup krap krup krap bunyi bila pijak. Ha ah. Betul.. macam korang gigit ais dalam ABC tu..



"One for Adam
One for Ilman"

Jom sepak!

Adam cakap ini macam cerita Frozen!

Tetap bermain seperti biasa...

Sepakan kencang!

Alamak.. sampai depan pintu gol je...

Seronok tau main ais! Menggigil sejuk. Tapi tak boleh lama-lama. Baru 20 minit Ilman dah menangis cari heater. Kami masih menunggu salji turun memutih laman rumah.. nanti kalau salji dah turun aku update entri baru ok! 

Tata!


Jom tengok detik-detik awal sajli turun di Sli An Aifrinn. Klik di sini.


No comments:

Post a Comment

Back to Top