6 June 2015

Welcome Summer 2015!

Kata pepatah... Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. Tapi kalau nak tengok hujan batu di negeri orang.. jom lah datang melawat kami di Ireland.. hehehe.. 
Awal spring tempoh hari, musim bunga disambut dengan salji. Kali ini, musim panas disambut dengan hujan batu.. atau nama 'omputih'nya hailstones.

Turun pada 1 jun 2015. Permulaan musim panas. Sekejap saja hujan batu ni turun. Lebih kurang 10 minit. Bunyi berderap bumbung rumah. Sampai alarm kereta jiran pun berbunyi. Syukur yang turun semua saiz comel-comel. Macam saiz bebuli besi dlm liquid paper tu.. Cuba bayangkan kalau Allah turunkan sebesar bola golf??? Sebab menurut maklumat yang dikongsi di internet saiz hujan batu adalah sebesar kacang pea hingga sebesar bola golf!

Aku teringin sangat nak rasa sakit tak kalau ditimpa hujan batu? Try lah letak tangan sikit.. Uish.. memang sakit. Macam batu kerikil jalan terpelanting kena badan kita. Sakit wooo....

Jom tatap dulu koleksi gambar hujan batu di bawah. Seketul-seketul ais nya. Sama saiz pula tu. Hebatkan Allah turunkan hujan batu yang sama saiz, seragam.. macam masuk dalam mesin.



Adam and the hailstones...


Pokok bunga yang baru keluar daun..

Cantik.. macam gabus kan? Nampak gebu saja.. Tapi kalau kena badan.. SAKIT



Ini pokok strawberry aku. Orang tanam strawberry.. aku pun nak tanam juga ;p

Sarah leka bermain ketul-ketul ais. 

Hujan batu ni tak tahan lama. Dalam lima minit selepas turun.. ais-ais batu ini mencair. Katanya hujan batu memang turun di musim panas. Nak tahu fakta-fakta tentang hujan batu? Jom kita google dan share sini ok!

SIZE CODEDIAMETERDESCRIPTIONINTENSITY RANGE
15 to 10 mmpeaH0 - H2
211 to 15 mmmothball, beanH0 - H3
316 - 20 mmcherry, five pence coin (new), pennyH1 - H4
421 to 30 mmwalnut, one pound or two pence coinH2 - H5
531 to 45 mmgolf ball, table tennis ballH3 - H6
646 to 60 mmhen' s egg, billiard ballH4 - H7
761 to 80 mmtennis ball, orangeH5 - H8
881 to 100 mmgrapefruit, softballH6 - H9
9101 to 125 mmmelonH7 - H10
10over 150 mmcoconutH8 - H10

(Sumber:http://www.weatheronline.co.uk/reports/wxfacts/Hail.htm)

Nampaknya aku tersilap. Saiznya bukan sehingga sebesar bola golf sahaja malah sehingga sebesar buah kelapa! 

Untuk baca lebih lanjut tentang hujan batu boleh layarai laman web ini:

Nak tengok gambar-gambar salji yang turun lebat di kawasan rumah kami? Boleh klik di sini. 

Jumpa lagi!



No comments:

Post a Comment

Back to Top