27 September 2015

17jam transit - Dubai kami datang!!

17 jam transit. Dengar macam lama.. kan?? Jom highlight dulu point penting yang kami nak share dengan uolss..

1)Suhu.. real feel temperature
2)Shopping Abaya
3)Tempoh masa penyediaan nasi arab

Silakan baca:::::: :)
Perkara pertama yang kami buat sebelum nak rancang apa-apa tentang Dubai adalah check accuweather. Pada hari yang kami jangka untuk transit selama 17jam cuaca diramal cantik. Cerah. Suhu 40 darjah celcius. Aku cuba bayangkan rasa bahang panas untuk suhu setinggi itu. Mungkin lebih kurang Malaysia.. Ok, boleh terima :)

Pada mulanya memang berhasrat untuk tidur di hotel. Eur 42 semalam (ini yang paling murah untuk 2 dewasa 3 kanak-kanak). Matawang Dubai dalam Dirham tapi kami survey hotel sewaktu di Ireland, so lebih mudah guna Euro. Sewa kereta pula Eur 35 sehari (tambahan: 1 carseat dan GPS). Ok lah tu kan? Daripada naik teksi lagi mahal. 

Berikut adalah itinerary asal kami di Dubai, memang kami tahu tak dapat nak cover semua, tapi tak salah merancangkan?? Hehe..

Plan tidak ukur baju di badan sendiri:
1) Bergambar di Burj Khalifa
2) Bergambar di pokok kurma sambil makan buah kurma segar! Walah!!
3) 'Melawat' Naif Souk - ada misi rahsia di sini... (Gelak besar)
4) 'Melawat' spice souk (nak beli saffron) dan gold souk (nak beli rantai tangan Sarah)
5) Makan nasi arab!

Kemudian plan asal kami tukar hampir 90%..  kami tumpang bermalam di rumah sahabat.. rakan malaysia yang menetap di Dubai.. tak jadi menginap di hotel. Alasan: Syok juga kalau ada rakan teman shopping.. hehehe

17 jam bermula dari saat kami mendarat di Dubai Airport. Shirhan dan Lin siap menunggu kami. Berbekal 100 pound (duit lebih jalan-jalan di UK dulu) kami tukar dapat 525 Dirham. Sampai di rumah Lin  lebih kurang pukul 12 tengah malam. Kami dijamu dengan makanan tradisi masyarakat di Dubai. Memang sedap. Rasa macam roti canai cheese dan susu. Yang lagi satu agak masin. Tapi kenalah.. satu manis, satu masin..oh gituuuu...

<<<Suhu>>>

Matahari terbit sekitar pukul 6.30 pagi. Rumah Lin terletak di Sharjah. Lebih kurang 15minit dari Dubai. Sharjah dan Dubai dua negeri yang berbeza. Alah macam Penang dan Kedah.. Dublin dan Galway.. Dalam rumah Lin memang terasa seakan berada di Ireland. Dingin sahaja. Tuan rumah memang on aircond sepanjang masa. Tengok suasana pagi Sharjah yang tenang (bunyi kenderaan dan hon biasalah.. adat bandar..) dengan barisan pepohon kurma yang aku tak pernah tengok 'live' (kecuali dalam gambar) terpanggil naluri kecilku untuk merasa 'fresh air' UAE. Yelah, nak tahu rasa apa kan? Sama tak macam Malaysia?? Buka pintu balcony, aku langkah selangkah saja keluar, masuk balik rumah tutup pintu semula. Ya Allah! Panasnya!!! Aku pandang Lin sambil tersengih.. "Lin, Kita ingat panas Dubai sama macam Malaysia.. rupanya.. erm.. panaskan?" Hehehe. No wonder Lin on aircond 24 jam. Lin.. now i feel you!! 

Waktu sesuai untuk jalan-jalan Dubai adalah pada hujung tahun (winter). Pada waktu ini suhu sekitar 20 darjah celcius. Memang tak ralat nak bawa anak-anak kalau suhu 20 darjah celsius. 

Pemandangan luar dari kediaman Lin dan keluarga. 

Kedai-kedai di Naif Souk mula beroperasi pada pukul 10 pagi. Souk bermaksud Market yakni pasar. Tempat shopping abaya arab.  Ada juga barang-barang perhiasan dan rempah. Aku pilih Naif Souk kerana menurut blogger yang pernah sampai ke Dubai, Naif souk merupakan 'sorga' membeli belah.

Lebih kurang pukul 10 pagi kami bertolak ke Naif Souk. Keadaan traffic di Dubai.. sama macam di Malaysia. Papan tanda ditulis dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Bahasa pertuturan boleh guna Arab, boleh guna Inggeris. Pemanduan sebelah kiri. Sama seperti di France, Netherlands dan Belgium (boleh klik untuk baca entri memori kami di negara-negara tersebut)

Gambar-gambar dirakam dari dalam kenderaan. Kualitinya gitu-gitu. Bolehlah kan?



Nampak seakan jerebu.. tapi bukan jerebu..


Boleh aku buat terkejut tengok pasir bertimbun tepi jalan.. "Eh, pantai ke?"

Pohon kurma memang banyak ditanam di sekitar Dubai

Dubai-- negara padang pasir. Ya, aku lupa itu. Patutlah tak ada tanah seperti di Malaysia! Terlupa seketika Geografi Dubai sebab leka melihat bangunan-bangunan tinggi, dan hamparan rumput-rumput yang menghijaukan lagi panorama Dubai.  





Nampak tak? Padang pasir. Bukan pasir putih tepi pantai ok?



Seperti yang aku cakap tadi, papan tanda dwibahasa. So jangan risau. tak akan tersesat InsyaAllah...




Rumput ---> Lin kata.. rumput-rumput di sini high maintainance.. Ingat semula di padang pasir, tempat yang ada sumber air dan tumbuhan cuma di oasis. So betapa government dan pihak-pihak tertentu berhabisan untuk menanam rumput supaya tumbuh subur di kawasan tanah pasir.




]
Yang ni aku suka. Hentian bas. Bukan sahaja bertutup untuk elak pasir yang berterbangan tatkala ditiup angin malahan hentian bas ini juga ada aircond. Tunggu 10 jam pun sanggup! Hahahaha
Cerita Lin.. bukan sahaja hentian bas, jejantas pejalan kaki pun ada yang pasang aircond.. wah!!!

Perhati lama-lama gambar ini. Lampu isyarat. Tumpukan pada pasir yang bertimbun di permukaannya... kenderaan di Dubai juga aku perhatikan ada yang bersih cun.. ada yang berpasir penuh. Memang bila berjalan kalau ada angin tiup, rasa habuk-habuk pasir. Mungkin biasa bagi penduduk di sini. Luar biasa dan Waduh!! bagi aku.. Sempat aku fikir kalau Allah takdirkan aku menetap di Dubai sudah pasti akan kupakai Burqa. 

Kenangan Adam bersama Ilyas dan Sofia

<<<Shopping Abaya>>>

Gambar-gambar yang sempat dirakam adalah antara beberapa buah kedai menjual abaya di Naif Souk. Banyak sangat kedainya. Sampai aku jadi tak tahu nak beli abaya yang mana. Jadi rambang mata. Semua berkenan. Sampai tak terbeli. Dan lagi satu sila jangan terkejutlah kalau jumpa semua penjual jantinanya lelaki. Malu pun ada nak beli baju sebab yang jualnya lelaki. Selamat ada Lin dan encek Z. Kalau tak memang aku tak belilah baju. Ish, seganlah.. kan?

Cantik.. fesyen baru katanya.. ala-ala Kimono


Lin memang pakar tentang Abaya. Bab-bab kualiti kain dan harga boleh tanya Lin. Salah seorang supplier abaya Dubai  ke butik-butik di Malaysia. 
Rata-rata harga abaya yang kami tanya sekitar 120 hingga 350 Dirham. Tapi boleh minta kurang. Bila tanya best price.. harga akan dikurangkan 20 Dirham lagi. Begitu..



Sekitar kawasan luar Naif Souk. Sibuk. Macam kat Jalan TAR kan?

Untung dapat kenal Lin. Lin banyak ajar tentang cara nak beli abaya. Kasihan juga pada Lin sebab berpanas-panas sambil melayan karenah anak-anak.. sambil melayan karenah 'aku'.. sorry tau Lin.. but you are the best! Hopefully we can meet again.. InsyaAllah.. 

Apa yang aku tahu tentang Abaya?? (Sifu: Lin)

1) Kainnya sangat soft. Kain Nada/Nida namanya. Nada/Nida juga ada banyak jenis. Kalau yang biasa agak kasar berbanding dengan yang kualiti tinggi.

2) Saiz abaya bukannya S,M,L.. tapi diukur mengikut labuh. Paling kecil 52 (maksud:labuhnya 52 inci) Saiz seterusnya 54,56.. Kalau tinggi anda bawah 157cm tu better ambil saiz 52. Kalau rasa badan besar sikit boleh ambil 54. Boleh juga tanya tokey kedai saiz kita apa. Ada sesetengah kedai yang menawarkan khidmat alter abaya ikut saiz kita. Tapi ambil masa juga. 

3) Basically warnanya hitam. Kalau yang fesyen baru (kimono) adalah yang campur-campur warna kainnya.

4) Sila minta kurang. Minta saja. Minta juga-juga. Hehehe... Minta at least dia bagi kurang 20-30 Dirham. Semua kedai yang kami masuk bagi kurang sekitar 20-30 Dirham. Tapi aku suruh Lin minta lebih lagi. TQ Lin! Sori tau tokey kedai..huhuhu














<<<Tempoh masa penyediaan nasi arab>>>

Boarding pada pukul 2 petang. Jam menunjukkan pukul 12.15 tengah hari. Ada masa lagi untuk makan nasi Arab. Lin bawa kami ke Al Tawasol Restaurant.

Lega dapat duduk bersimpuh. Sarah sampai tertidur keletihan. 


Menu di Al Tawasol
Jika anda kesuntukan masa seperti kami, eloklah bertanya pada waiter apa menu yang boleh disediakan dalam masa setengah jam ke.. 40 minit ke.. ikutlah masa anda. Sebab menu-menu di sini ada yang mengambil masa berjam-jam nak siap. 2jam.. 3 jam.. so better tanya dulu ok? Nanti tak pasal-pasal kena cancel order makan burger kat airport.. sedih tau!


Penat ok. Mujur ada senyuman yang masih tersisa di bibir :)



Toilet asing.. tempat basuh tangan pun asinglah




Lamb Mandy mix chicken Biryani harganya 75 Dirham. Kami makan 3 dewasa 4 kanak-kanak. Sarah tidur tak sempat makan.


Close up bagi uols tak sabar nak ke Dubai! Hahaha.. Cuba tengok Lamb dia.. nyummm!!! Bayangkan sangat juicy sehingga kecur liur... Hah.. kau rasa??


Jam pukul 1.15 petang. Masa memang tik tok tik tok laju saja. Terpaksa tinggalkan INI untuk ke airport sekarang!


Bergambar kenangan dulu di pintu kedai

Terima kasih Lin, Shirhan dan family yang sudi terima kami selama 17 jam di Dubai. InsyaAllah ada rezeki, ada umur kita jumpa lagi..

Mesti uols cari gambar Burj Khalifa kan?? Sekejap ye..

Burj Khalifa AED60, Burj Arab AED15. Beli di Dubai Airport.

Ops! Tentang kurma.. kalau nak makan buah kurma segar waktu mid summer.. harvest dalam bulan 6.. Masa kami melawat Dubai adalah awal september.. kalau ada pun kurma segar mungkin dijual di pasaraya. So mimpi untuk bergambar dengan pohon kurma yang berbuah dan makan kurma segar terpaksa ditangguhkan.. :)

Perlu tips melancong dengan anak-anak kecil? Klik di sini.

Jumpa lagi di entri seterusnya!!! Jangan lupa untuk join kami di https://www.facebook.com/ssoffiya untuk dapatkan update tempat-tempat menarik untuk dilawati!


No comments:

Post a Comment

Back to Top