1 March 2016

Singgah merakam memori di Cardiff dan Swansea


Jika anda taip 'Cardiff top 10 things to do' memang banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Bagi yang meminati sukan ekstrem dan sukan air, Cardiff antara tempat yang menjanjikan keseronokan untuk anda.

Kami tiba di Cardiff lewat petang. Lebih kurang pukul 5.30 petang. Biasalah musim sejuk malamnya lebih awal sekitar pukul 4.15 petang. Kami dalam perjalanan menuju ke Swansea untuk singgah bermalam. 

Pada waktu malam memang tiada aktiviti lain yang sesuai untuk dilakukan selain daripada jalan-jalan menikmati angin malam. Hujan renyai-renyai turun sewaktu kami tiba di Cardiff Bay Water. 

Wales Millennium centre terletak di kawasan Cardiff Bay. Bangunannya sangat besar. Di sini selalu berlangsung pementasan opera, komedi, aktiviti muzikal dan macam-macam lagi seperti aktiviti di Panggung Budaya. 

Plat ukiran huruf diperbuat daripada bronze yang disadur dengan copper oxide. Pada waktu siang boleh lihat warna plat yang perang berkilat.

Wales Millennium Centre
Cardiff Bay kawasan tepi laut. Kuat anginnya ditambah pula dengan hujan. Kami jalan hingga ke penghujung jeti kemudian berpatah balik ke kereta untuk terus ke Cardiff Stadium.



Inilah Cardiff Stadium!







Perjalanan diteruskan ke Swansea. Destinasi pertama ialah Liberty Stadium. 



Pada waktu malam. Esok kita datang lagi bergambar ye...

Travelodge M4 tempat kami bermalam. Murah sahaja. £35 semalam. Hotel ini terletak di kawasan rehat. Jadi senang jika nak beli apa-apa keperluan.







Pagi itu sebelum meneruskan perjalanan ke Aberystwyth  kami singgah di Swansea Marina. Rakam beberapa keping gambar.


Tertarik dengan pulau buatan ini. Dibuat khas untuk itik dan burung berehat.





Di tengah-tengah hiruk pikuk bandar Swansea masih gah tersergam monumen tinggalan sejarah. Swansea castle yang dahulunya pusat pemerintahan kini terbiar dimakan usia. Terletak di puncak bukit di bawahnya mengalir sungai Tawe merupakan kawasan paling strategik. Apa yang dapat dilihat kini cuma kawasan kecil bahagian istana yang dibina sekitar kurun ke 13. Kawasan utama istana telah tiada. Yang ada cuma bangunan-bangunan moden.  



Castle dalam bandar





Inilah bandar Swansea!!





Jom kita singgah dahulu di Swansea stadium. Encek Z nak cari ole-ole untuk dirinya... Hehehe...






Pusing-pusing sekitar bandar Swansea, terperasan banyak bangunan 'Free House'. Memang menarik perhatian saya untuk google 'what is Free House??'

Free House rupanya merupakan sebuah bangunan/pub yang menjual alkohol. Oh.. jadi tiada kaitan dengan kami.. Hahaha..




Saya tertarik dengan grafiti di tembok ini. Grafiti yang saya takrifkan sebagai satu seni yang menyimpan cerita tersendiri. Hanya yang melakar sahaja tahu apa perasaan yang terbuku di hatinya ketika itu.


Terima kasih sudi luangkan masa baca entri ini. Salam peluk cium dari Sarah!!!



Perlu panduan melancong dengan anak-anak kecil? Boleh klik di sini.


No comments:

Post a Comment

Back to Top