12 April 2015

I Amsterdam


Jika ke Amsterdam, perkara yang anda tak boleh lepas ialah bergambar di tulisan I AMSTERDAM. Tulisan I Amsterdam ini ada di banyak tempat. Tapi yang paling popular di Rijksmuseum. Kerana pemandangan di Rijksmuseum cukup unik dan cantik.

Perjalanan menuju Rijksmuseum. Amsterdam dan basikal. Sahabat karib.

Parking

Puas juga kami pusing-pusing cari parking yang murah. Memang sengaja nak elak parking dalam bangunan. Rata-rata parking dalam bangunan lebih kurang Eur 4.20 setengah jam. Pusing punya pusing kami jumpa satu kawasan yang agak tenang. Tak banyak kereta parking di sini. Jarak tempat parking dari I AMSTERDAM cuma lima minit sahaja jalan kaki. Yang paling seronok kawasan ini parking PERCUMA! Jimat duit. Tapi sebelum kami buat keputusan untuk parking di situ, kami tinjau-tinjau dahulu kawasan sekitar. Kawasannya nampak macam dodgy saja. Risau juga. Jadi kemas kereta, simpan apa-apa yang patut supaya tidak terdedah sangat. Kawasan ini masih ada kereta lalu lalang. Dan ada juga kereta yang parking di situ. Jadi tidaklah terlalu risau..

Ini kawasan yang dimaksudkan...

Kawasan parking itu terletak di belakang bangunan ini. 

Jalan kaki tak sampai berpeluh pun, eh, dah sampai ke destinasi tujuan. Memang dekat sangatlah dengan tempat parking tadi. Kalau anda nak datang ke sini, parking saja di tempat yang kami parking. Jimat. InsyaAllah selamat.


I AMSTERDAM

Itulah huruf I AMSTERDAM !

Dalam kolam cetek ini bersusun pasu-pasu bunga Tulip. Sekarang musim bunga di eropah. Tulip memang terkenal di Netherlands kerana ada Taman Tulip terbesar di dunia di sini.


Seronoklah anak-anak dapat lari-lari bebas begini.. letih juga nak control takut jatuh dalam kolam..

Mohon bergambar dulu ye :)

Yang berdukung di belakang tu Ilman. Puncanya asyik sangat berlari.. jatuh. Terpaksalah mama ye..

Kalau nak bergambar dengan 'tenang' di sini, kena datang awal-awal pagi. Waktu orang tidur. Matahari terbit lebih kurang pukul 7 pada musim ini. Kalau datang awal, baru lah cantik bergambar.


Bahagian depan orang ramai sangat. Sampai tak nampak huruf. So kita bergambar di belakang saja. Boleh?

Lama juga mama kena dukung Ilman nih... 



S for Sarah kata Adam..

Nampak tak? Seronok kan jadi budak-budak?


Alamak. ada superman tersangkut kat atas!!

Nak layan koleksi Tulip yang ditanam di kawasan ini? OK, saya kongsi sebahagiannya ya.

















  









Ok. Rijksmuseum tu bangunan yang di belakang tulisan I Amsterdam. Pemandangan di sini membuatkan ramai orang akan pilih untuk bergambar di I Amsterdam Rijksmuseum daripada I amsterdam di tempat lain. 




Be Amsterdam? I AMSTERDAM. Selamat tinggal I AMSTERDAM. Nak ikut kami jalan-jalan kawasan bandar Amsterdam? Jom ke entri ini. (KLIK)

Anda merancang ke Eropah? Jom baca dulu Tips melancong ke Eropah. Klik di sini.

Nak tahu cara kami pikat emosi anak-anak sepanjang tempoh masa travel? Baca Panduan Melancong dengan anak-anak kecil di sini. (KLIK)

Terima kasih singgah di blog Cerita Kembara Kami! Jumpa lagi.





No comments:

Post a Comment

Back to Top